"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie

"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"

~ muhasabah diri~

Showing posts with label doakan ana.. :'(. Show all posts
Showing posts with label doakan ana.. :'(. Show all posts

Sunday, March 24, 2013

kerana Allah..

Assalamualaikum...

Selepas satu/dua sem belalu, ini adalah kali pertama jari ini menekan keyboard untuk cuba menulis sesuatu di sini...

Kini diri ini adalah seorang guru praktikal di sebuah sekolah di Seremban. Pengalaman yang sangat baru dalam hidup ini..

Tatkala mula mengenali realiti kehidupan seorang guru hati ini terasa sayu, kadang-kadang terasa kecewa, kadang-kadang terasa sezak di dada..

Besarnya tanggungjawab mendidik..

Besarnya peraan seorang guru..

Besarnya impak seorang guru kepada anak-anak murid..

Maka..........

Selepas dua minggu berpraktikal, cara terbaik yang terbaik dapat dilakukan adlaah menjadi muslim sejati...; Mengamalkan islam secara syumul...

Agar...... diri selamat dari menjadi contoh buruk kepada para pelajar, guru-guru, sahabat dan masyarrakat..

Agar...... diri selamat dari menjadi sekumpulan mereka yang suka bercakap buruk tentang orang lain..

Agar...... diri selamat daripada melakukan sesuatu bukan kerana Allah...

Astaghfirullah...Astaghfirullah...Astaghfirullah...

Semoga diri ini, kamu dan mereka sentiasa melakukan sesuatu bukan kerana selain Dia..


"Ya, Allah hanya kepada-Mu aku memohon perlindungan dari melakukan perbautan keji dan mungkar"



Wednesday, April 27, 2011

ia pergi...

بسم الله الرحمن الرحيم
Apa yang pergi?

Yang pergi meninggalkan diri ini adalah 'ketenangan'..

...................

Usai sahaja membaca sedikit pengisian, tiba-tiba bahu menjadi berat dek amanah yang dipikul sebagai abid dan khalifah di muka bumi ini.

Hati pula tiba-tiba memberontak.

Maka iman tergopoh gapah menenangkan si hati.

Oh Tuhan..

Rabak benar 'muslimah' yang ada dalam diri ini.. :(

Kejora yang ingin ku capai terlalu jauh..

Puas hati bermonolog dengan yang Satu..

"Mana silapku .. ya, terlalu banyak silapku.."

"Astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah.."

"Oh Tuhan.."

"Adakah hati ini lupa pada-Mu lantaran kerja sihirku yang semakin mencengkam ini?"

"Oh tidak..!!"

"Tidak ku rela ia terjadi.."

"Oh tuhan.. Telah ku pastikan bibir ini berzikir di permulaan hari ini..mengapa hati ku resah begini?.."

"Oh mungkin ada ketika diri alpa dengan tugasan duniawi..ya, pastinya ada. di ketika akal ku lelah dalam menelaah ilmu dunia pasti tika itu diri ini alpa, namun ia demi akhirat ku Ya Rahman. kerana ku yakin ia alat bagi mencapai matlamatku.."

"Benarkah??"

"Ya Rahman..Ya Ghafur.. Faqina azabannar.. "

dan..

tatkala hati dan iman saling menguatkan dan bermonolog dengan Yang Esa dalam mencari kekuatan bagi meneruskan perjalanan yang kian mencabar..

Tiba-tiba terdengar sayup-sayup alunan azan di kajauhan sana..

oh... teringat akan perkongsian dari akhwat dalam sebuah pogram yang lalu..

Azan itu, meneutralkan diri kita..

Oh.. terlalu banyak ion-ion negatif yang mengalir dalam badanku agaknya.. ia perlu dialirkan keluar.. Segera!!

maka..

Mata dirapatkan..

dan..

Hati mula mengalunkan azan..

selepas seketika..

sedikit ketenangan menjengah di hati..

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

kini tugas ku sebagai pelajar dapat diteruskan..

"Muslimah yang belajar!!!"

"بسم الله الرحمن الرحيم"

keredhaan-Mu adalah nyawa bagiku

"Astaghfirullah"





Thursday, November 11, 2010

Soalan


“Who’s your partner?”

Perasan tak soalan di atas tu?

Soalan tu sering saya terima dari sahabat Pakistan saya yang kini berada di Malaysia, kerana telah berkahwin dengan orang sini. Setiap kali dapat berbual dalam laman maya, soalan tu tak pernah terlepas untuk diajukan. Saat ramai kawan-kawan yang telah berkahwin dan mempunyai cahaya mata, soalan tu mampu membuatkan saya rasa dunia berhenti berputar dan rasa diri terawang-awang. Tak faham saya, apa yang seronok sangat untuk mengetahui jawapannya. Best ke?

Baiklah, kalau ikut jawapan skema kepada kawan-kawan lama yang sudah kurang kenal diri saya, untuk soalan yang seiras dan sepupu dengan soalan di atas, saya akan jawab :

“ Oh, dah kahwin nanti adalah pakwe/kekasih/boyfriend/balak/what ever…”

Pada kawan-kawan se ‘geng’ sekarang, saya pernah jawab :

“ Saya mencari seseorang yang pandai buat kerja rumah, pandai masak dan sangat pandai melayan isteri” . (n_n) Lawak tapi saya serius dengan jawapan tu.

………………………………………….

Sebenarnya, saya tak reti nak jawab soalan tu secara tepat dan mendapatkan markah penuh dari kalian. Sebab saya tiada jawapan. Dan bagi saya ….

Kalau fikir secara main-main, rasa nak pengsan bila ada orang suruh saya berkahwin dan menjadi seorang isteri. Kalau fikirkan kesunyian, rasa nak nangis menunggu saat tiba waktunya. Kalau fikirkan perjuangan, terasa ingin berjuang bersama si dia dengan menguatkan diri dan terus berlari. harapnya. Kalau fikirkan sumbangan pada agama, rasa nak menjerit apabila terfikir masa bujang saya tak sepenuhnya ‘all out’ untuknya.

Erm, banyak betul ‘kalau’ dan siapalah nak jawap semua ‘kalau’ itu.

Dan hanya Allah yang lebih mengetahui segala-galanya. Dugaan dan ujian diberi ada sebab serta hikmah yang insyaAllah untuk membina diri agar terus mekar mencari redha Illahi. Amin ya Allah.

………………………………

Saya tak sanggup nak menjadi seorang isteri atas dasar semata-mata untuk dijadikan seorang penyeri dalam rumah tangga, sebagai tukang masak, tukang cuci, tukang sapu, tukang jaga dan didik anak serta lain-lain jawapan skema dari kalian.

Ya , saya tak sanggup!!!

Tahu tak, tak ada cuti bila kerja sebagai ‘isteri’?

Tahu tak, terlalu banyak kerja yang perlu dibuat?

Tahu tak, boleh jadi bosan dengan kerja tu?

Tahu tak, saya tak sanggup!!!!!!!!!!

Namun…

Andai perkahwinan itu dibina atas dasar cinta kepada Allah dan Rasulnya, maka saya redha menerimanya. Walaupun saya seorang penyeri dalam rumah tangga, namun serinya datang dari bimbingan agama. Walaupun saya seorang tukang masak, tukang cuci dan tukang sapu, namun saya gembira kerana saya akan lelah dalam mengejar pahala. Si dia pula akan sentiasa sedaya upaya menjadi yang terbaik buat saya dan membuatkan saya hanyut dengan janji Allah dan nikmat syurga-Nya kerana dia juga ingin lelah dalam mengejar pahala.

……………………………

Perkahwinan itu bukan sekadar salah satu kitaran dalam kehidupan, namun ia sebagai satu keperluan disaat masanya telah tiba dan hanya Allah yang lebih mengetahui.

Terasa ada titisan mutiara yang mengalir di pipi, pada saat melihat para mujahidah mengendong si anak dan terus semangat berjuang. Adakah saya akan seperti itu?

“ Wa talak caya sama lu, selagi lu belum kerja, lu belum kahwin, lu belum ada anak dan lu masih aktif berjuang”



p/s : jgn tanya boleh tak? tunggu jer kad wangi sampai rumah. he..he..

Friday, August 6, 2010

suatu ketika:


Sebelum bertemu dengan Ramadan..



bismillah...

Alhamdulillah.... even nikmat tubuh badan yang sihat telah ditarik buat sementara waktu namun saya masih mampu untuk melakukan kerja-kerja seharian...

Subhanallah.. beberapa hari lagi akan tibe bulan yang dinanti-nantikan oleh semua muslim..

RAMADAN...

so, dalam beberapa hari ni selalu jer saya mendengar ucapan gembira dari mulut para sahabat yang merindui bulan yang mulia itu.. :)

erm, minggu ni saya diminta untuk berkongsi dengan akhawat fillah tentang persediaan menyambut ramadhan.. masa mula-mula terima dengan yakinnya saya menjawab.." ok, insyaAllah kak".. (n_n)

tiba-tiba

semua idea lari lintang pukang.. beku akal untuk berfikir, hati layu untuk menghayati.. rasa berdebar muncul disegenap hati ini.. puas buku-buku yang ada di bilik dibelek, blog-blog dibuka, email-email dibaca dan tidak lupa merisik dekat sahabat-sahabat... tapi still rasa macam kosong, langsung tak ada apa yang menarik nak dikongsi..

jiwa jadi kacau.. tapi muka still buat selamba.. he..

...................................................

maka tibalah masa dan waktunya perjalanan ke lokasi "bulatan cinta" bermula... bak kata akhawat fillah " Pengembaraan Bermula"... :)

di dalam kereta (yang diberi nama Farouq), hati yang resah dibiarkan sahaja.. apabila tiba di Ansar (rumah kami di Nilai), selepas solat isya' maka "bulatan cinta" bermula.... PIC (personal in charge a.k.a masulah) pada minggu ini memulakan bicara dengan membuka majlis dengan umul kitab Al-Fatihah...

PIC mula tersengih-sengih (nakal), sebab tak sabar nak kenakan diri ini. Tapi entah macamana "bulatan cinta" pada malam itu dimulakan dengan cerita kami di MUKITA (mukhayam kita), atas permintaan mama kami.. :)

Akhawat fillah mula rancak bercerita dan saya yang hanya dapat hadir ke MUKITA pada hari sabtu sahaja, lebih banyak mendengar dari bercakap. Banyaklah cerita-cerita yang basah dan meresap ke hati kami. terasa cemburu menguasai diri, air mata terus bergenang kerana terasa rugi tak dapat merasainya bersama akhawat fillah. :(

erm... cerita punya cerita maka ia tiba di penghujung. maka tiba saat saya melaksanakan tugasan yang diberi. he.
tiba-tiba rasa kelu..

saya hanya dapat berkongsi apa yang ada dalam hati pada waktu itu, berharap sangat petunjuk dari Allah. tiada apa yang bombastik yang saya kongsikan hanya perkara-perkara biasa.

yang basah dan meresap di hati adalah kata-kata dari mama kami. erm, memanglah kita kata RINDU, ternanti-nanti, dan berazam akan melakukan setiap ibadah dengan lebih baik. tapi kata mama adakah usaha dan persediaan telah kita lakukan..

macam mama, dia membeli sebuah buku berkaitan Ramadan untuk mendapatkan feel Ramadan tu.. itu usaha die..

muhasabah diri..

teringat kata-kata seorang adik di FB nyer:

" ramai orang kata impiannyer adalah syurga,
namun pelik kerana amalan mereka tidak seperti penghuninyer"

..............................................

Tuesday, April 20, 2010

Cerita hati dan....

Hari yang mendung menjadikan suasana sekeliling nampak suram namun menyegarkan. Kilat yang berdentum seringkali menbuat diri teringat kepada keresahan Rasulullah SAW terhadap keselamatan umatnya lantaran baginda sering mengambil ikhtibar daripada kisah-kisah umat terdahulu yg dilenyapkan oleh Allah dimuka bumi ini dengan sekelip mata tanpa meninggalkan sedikit kesan tinggalan dan Allah menghantarkan azab tersebut melalui bencana alam.

Astaghfirullah, semoga kita tergolong di kalangan orang-orang yang beruntung.

Yang paling sweet kisah tersebut membuktikan bahawa Rasulullah SAW kasih dan sayangkan kita. 


................

Diri cuba memahami dan mengikut irama dan corak dunia yang seringkali membuatkan nafas seolah-olah terhenti mencari kekuatna untuk terus bernafas. Astagfirullah.. Apakah yang diri mampu lakukan? Subhanallah.. Kuatkan iman di hati ini.


Tanpa disedari air mata mengalir deras, tak dapat ditahan lagi.

Aduhai berkecai hati ini tatkala mata terpandang sekujur tubuh seorang makhluk yang diri sayangi dan juga pernah bersama-sama tersenyum dan menangis dalam menempuh kehidupan di Jalan Panjang.


.........................

Terdetik di hati…


Jika si hati yang pernah memahami dan merasai manisnya berada di Jalan Panjang turut kecundang.. Apakah ingin dikatakan kepada hati-hati yang tak pernah memahami dan merasai? Astaghfirullah, belum cukup kuat diri ini bekerja.


Apakah tiada rasa bersalah dan takut ketika mereka melakukan maksiat dan dosa?


Hati cuba bersuara mohon kalian fahami dan merasai…

“Maka apakah orang yang berpegang kepada keterangan yang datang dari Tuhannya sama dengan orang yang dijadikan terasa indah baginya perbuatan buruk dan mengikut keinginannya?”
(Muhammada: 14)

Tanpa perlu menunggu lama, Allah terus menjawab melalui ‘love letter’ (Al-Quran)

“Di dalamnya (Al-Quran) terdapat (isi) kitab-kitab yang lurus(benar)”
(Al-Bayyinah:3)

....................

Namun, fitrah insan yang sering lupa jika tidak diingatkan.

Tarikan antara wanita dan lelaki hanya dapat dilawan jika kita sentiasa mengelak dalam menjaga. Bina tabir dihati dengan iman dan sifat malu maka tabir luaran akan turut terbina sendiri. Jika kita cuba menghampiri ia akan membakar diri.


Tapi Ya Allah tidak bolehkah walau hanya sedikit?


Hati yang lemah meronta meminta simpati..

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh oleh api neraka, sedangkan kamu tiada penolong selain Allah, sehingga kamu tidak akan diberi pertolongan”
(Hud : 113)

Sekali lagi Allah menjawab.. Insaf.. dan tak ingin diulangi kesilapan.

Namun tiba-tiba hati merasa malu lantaran kesalahan yang menggunung tinggi.


Masihkah ada lagi ketenangan buat diri ini?


“Dan laksanakanlah solat pada hujung siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan malam. Perbuatan-perbuatan baik itu menghapus kesalahan-kesalahan. Itulah peringatan bagi orang-orang yang selalu mengingat (Allah)”
(Hud:114)

Kelu lidah tak mampu lagi memberi alasan. Dengan penuh kasih sayang Allah menjawanya di dalam AL-Quran. Subhanllah, memang benar Engkau sentiasa ada di sisi ini.


“Dan bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah tak mensia-siakan pahala orang yang berbuat kebaikan”

(Hud:115)

Subhanallah …. MasyaAllah.. Allahuakhbar… Allah memujuk diri ini agar terus bersabar. Memang benarlah Engkau mengetahui luar dan dalam isi hati ini.


“Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakannlah. Sungguh , Dia Maha Mengetahui segala isi hati”

(Al-Mulk:13)

Malam yang indah diiringi air mata yang kasihkan Illahi. Menginsafi diri.


“Ya Allah, matikan aku sebagai Mujahidah”

Wednesday, February 24, 2010

tompokan hitam




Teringat kata-kata seorang yang berilmu dimana beliau mengatakan bahawa umat islam ini dipengaruhi oleh golongan minority. Mula-mula berkerut dahi ini bila dengar bunyi ayat tersebut namun apabila beliau menerangkan dengan lebih lanjut maka kerut di dahi mulai hilang.


Terang beliau, apabila kita baca surat khabar akan ada berita-berita yang akan dikaitkan dengan kita. Contoh mudah bayangkan di dada akhbar tertulis “Sebuah syarikat telah dibom oleh seorang lelaki atas niat ingin membela nasib rakannya yang telah ditipu oleh syarikat tersebut dan lelaki itu beragama islam.”


Pastinya kesannya kepada kita, keluarlah pendapat-pendapat yang memburukkan kita maka semakin susah bagi kita untuk melakukan kerja. Tidak hairanlah jika Hassan Al-Banna benar-benar mengambil berat aspek ni, walaupun nampak remeh namun sangat memberi kesan kepada kerja-kerja menyampaikan islam.

Namun jika kesalahan tersebut dilakukan oleh insan-insan yang tidak dari kalangan kita tidak pula ia dikaitkan dengan agama mereka. Itulah mehnah.


Apalah salah kereta mewah yang telah dicipta dengan sempurna itu, jika berlaku kemalangan mengapa kereta itu pulak dipersalahkan dan kenapa tidak disalahkan si pemandu itu sendiri yang tidak memandu dengan cara dan panduan yang betul.


Seorang sahabat ada memberikan analogi yang menarik:


Bayangkan satu tompokan hitam jatuh pada sehelai kain berwarna putih, pastinya kain yang putih tersebut nampak buruk lantaran tompokan hitam itu sangat jelas kelihatan. Namun jika tompokan hitam tersebut jatuh pada sehelai kain berwarna hitam, pastinya tompokan hitam tersebut tidak akan nampak dan tiada keburukan yang terselah..


Selepas mendengarnya, hanya mengangguk tanda setuju..



p/s : pesanan wat diri sendiri terutamanya : islam itu sangat indah, syumul dan sempurna untuk umat masa kini, dulu dan selamanya. Jangan disalahkan agama tu padahal si pembawa itu yang tidak mengikut manual hidup (alQuran dan sunnah) dengan betul.

Tuesday, January 19, 2010

......

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...


Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...


Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...


p/s : byk yg jadi... even istiqamah pergi program namun ana tetap khilaf

Tuesday, January 12, 2010

indahnya sabar dalam ukhuwah fillah

“Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada tujuan) dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”
(Al-Mu’minun 23: 115


ayat di atas adalah ayat kegemaran seorang akhawat yang menjadi bahan sesi ta’aruf ana pada dauroh yang lepas.. jazakillah.. tuk tugasan tersebut ana cuba melakukan yang terbaik namun ketentuan Allah adalah yang paling sweet.. herm, memang sangat sweet.. (“,)

nak tau tak, pada saat dan ketika itu .. ana banyak bermain dgn perasaan sendiri.. ala, yang orang sastera panggil ‘monolog dalaman’..


“ tugasan”

“douroh”

“adik”

“dengar”

“faham”

“kerja”


haha.. sampaikan tajuk dauroh tersebut bercelaru jadinya,dan ana betol2 faham tajuk tu selepas membuat sedikit ulang kaji secara peribadi.. eleh, peribadilah sangat..

oklah, kali ni ana menerima kiriman berbentuk ayat dari kitab suci Al-quran dan ia sangat2 tepat masa kemunculannya.. jazakallah tuk peringatan ini..


Bertaqwalah Kepada Allah, Nescaya Allah Memberi Jalan Keluar Kepada Segala Permasalahan dan Diberi Rezeki Dari Jalan Yang Tidak Disangka-Sangka. Allah berfirman:”Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu”

(At-Thalaq 65:2-3)


ayat di atas mengingatkan ana kepada kata-kata seorang akhawat yang kini berara di Oman bersama suami tercinta.. uhibuki fillah ya ukhti.. katanya..


“ kenapalah kita selalu minta dekat Allah supaya selesaikan kerumitan dalam setiap dugaan dan ujian yang diterima . kenapa kita tak minta supaya Allah anugerahkan satu kesabaran yang kuat dalam diri kita agar dapat menempuhnya dengan baik. Itulah kita ni manusia, suka sangat pada yang cepat hasilnya kan. Padahal sabar itu lebih manis penghujungnya”


itulah kata-kata yang ana ingat sampai sekarang.. dah hampir bertahun yang lepas ana dengar ayat tu namun ia tetap kuat di ingatan ini ..insyaAllah.. selepas kita berusaha kita sabar dab bertawakal kepada Allah..

masa ana dengar ayat ni dia masih bujang, dan sekarang telah berumah tangga.. semoga dirimu sekeluarga sentiasa dalam rahmat-Nya..ameen..


ohyer.. semenjak masuk semester kedua, ana dah tiga kali pergi pusat kesihatan dan dah dua kali dapat MC.. insyaAllah tanda Allah sayang.. nikmat makan dan tubuh badan yang sihat di tarik sekejap..

dalam menpuh kehidupan sebagai seorang khalifah yang bergelar pelajar ni, macam2 perkara yang berlaku..mohon sangat agar hati ni terus tsabat..


“ Hasbunallah wani’ mal waqil”

Tuesday, November 10, 2009

"Boleh taaruf dengan anti..."

Bismillahirrahman nirrahhim...

erm.???

ana nak jadi mahal... if betol lillahi taala guna cara yg betol... kata dirimu pejuang..

dan jgn lakukan sesuatu yg sia2.. istikharahlah.. mgkin blum masanya..


penyatuan dua hati soleh wa solehah akan melahirkan zuriat yg musleh wa muslehah..

p/s : ia monolog hati yg terbuka.. moga yg berkenaan terbacanyer.. ingatan keras buat diri ini.. "jangan menjadi punca kejatuhan dan fitnah kpd seorang Adam!!" Ya Allah kuatkan keimanan dan kesabaran ku.. Engkau mengetahui kekuatan dan kelemahanku..

..tugas..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammmad SAW, ahlul bait serta sahabat2 baginda.. jazakallah..

"Alhamdulillah for everything ya Allah.."

Alhamdulillah, pagi tadi adalah paper exam finale yg terakhir.. erm, seperti besa soalan2nyer mencabar minda ini. terasa macam amik master plak, apa taknyer.. setiap yang dihafal dikeluarkan semula sebagai soalan dan perlu bebelan yg panjang utk dptkan markah.. tp xper, sebab urusan dunia Allah yang lebih layak mengaturnya.. he2.. i love Allah...

herm, menarik dan seronok apabila tugas ana sebagai pelajar semester ini telah tammat.. alhamdulillah.. maka mode balik bercuti pun menyerang ..

"bile habis exam?"

jawapan ana : 10 Nov my last paper

"bile nak balik?"

jawapan ana: erm, he2.. tak tahu lagi..

maka tercenganglah sekalian pendengar.. haha..afwan, jawapan tak clear dari ana..

erm, memang sebagai pelajar ana dah cuti namun sebagai penumpang di muka bumi ini.. kerja ana xder cuti.. insyaAllah, ana akan cuber untuk aktifkan diri dgn kerja Raheb agar diri tak hanyut dgn jahiliah2 yg ada..

moral : ana sedang cuber untuk tidak mencutikan diri ini.. doakan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...