"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie

"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"

~ muhasabah diri~

Thursday, January 5, 2012

Kerana Ia Suci




Salam...

Gambar di atas adalah sebatang pokok Melati yang bakal menjadi bosai yang cantik..
^_^

Ia sedang dilatih untuk mendapatkan kecantikannya..

Jika dilihat dari dekat saya menggunakan wayar untuk membentuknya..

Dan ketahuilah bahawa saya telah menyekat airnya..

He, sy bagi ia berpuasa, kerana air yang banyak akan menyebabkan ia cepat tinggi dan akan menjadikan ia tidak cantik...

.....................................................

Subhanallah..

Entah mengapa saya teringat kepada diri seorang INSAN dan sebuah proses yang diberi nama TARBIAH...

Murobbi dan Mutarobbi..

Saya dan dia..

Herm..

Bonsai tersebut saya latih agar menjadi sebatang bonsai yang cantik.. InsyaAllah, saya pun baru sangat belajar dan ia hanya dari salah satu amali kelas Horticulture saya.. Tak pasti hasilnya, namun saya jatuh kasih pada pokok tersebut.. ^_^

Tahukan kalian, untuk mendapatkan bosai yang cantik ia memerlukan masa yang laaammmaaa, ia memerlukan kesabaran dan ia memerlukan bahan-bahan tambahan mengikut keperluanya agar ia dapat hidup subur dan cantik seperti yang diinginkan...

Dan..

Di sini..

Saya benar-benar bermuhasabah diri...

Saya menjadi semakin jelas, membentuk manusia memerlukan masa yang lama.

Saya tidak berkata manusia lain tetapi saya berkata tentang diri SAYA, KAMU dan DIA juga..

Saya mula semakin sedar bahawa untuk menjadi 'cantik' latihan dengan disiplin itu perlu.

Kesabaran itu WAJIB ada.

Kerana kita akan memalui jalan yang panjang. Kesabaran itu perlu dan keyakinan atas sebuah tarbiah itu wajib ada.

Yakinlah tarbiah itu mampu menjadikan kita 'cantik'.

Ohya, seperti bonsai itu ia perlu dikurangkan airnya dan ia sama seperti kita dimana kita digalakkan berpuasa (bulan Ramadahan wajib ok) dan pastinya kalian tahu kebaikan-kebaikan berpuasa, nafsu juga turut kalah dengan berpuasa. Benarkan?

...........................................

Kalaulah INSAN itu boleh diikat dengan wayar agar dapat dibentuk untuk jadikannya 'cantik' dan INSAN itu menurut sahaja tanpa banyak kata, alangkah mudah semua kerja..

Huhu, itulah fitrah INSAN yang dicipta oleh Yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana, Maha Pengasih dan yang paling best Yang Maha Pengampun.

Dan pastinya Allah tahu dimana sumber TARBIAH terbaik buat makhluk bernama INSAN itu, tak dapat dinafikan lagi iaitu Al-Quran dan sunah Rasulullah SAW. ^_^

Indahnya...


Sesi pembelajaran yang membutakan saya sentiasa dekat dengan alam, banyak memberi diri ini peluang mengenal erti sebuah kehidupan dan juga memberi saya ruang untuk memahami kata-kata yang sering diucapkan "Mentaddabur Alam".

.........................................

Erm, saya selalu merasa tenang apabila melihat keletah bayi dan kanak-kanak.

TENANG, sangat TENANG.

Kata orang ia kerana bayi dan kanak-kanak yang comel itu masih suci tiada dosa. Seronokan?

Dan.

Saya dan juga kamu akan merasa tenang apabila melihat alam. Betul tak?

Hah! Kerana apa?

Kerana ia sedang bertasbih. Ia suci.

"Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." (Surah ar-Ra'd, ayat 28)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...