"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie

"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"

~ muhasabah diri~

Tuesday, April 20, 2010

Cerita hati dan....

Hari yang mendung menjadikan suasana sekeliling nampak suram namun menyegarkan. Kilat yang berdentum seringkali menbuat diri teringat kepada keresahan Rasulullah SAW terhadap keselamatan umatnya lantaran baginda sering mengambil ikhtibar daripada kisah-kisah umat terdahulu yg dilenyapkan oleh Allah dimuka bumi ini dengan sekelip mata tanpa meninggalkan sedikit kesan tinggalan dan Allah menghantarkan azab tersebut melalui bencana alam.

Astaghfirullah, semoga kita tergolong di kalangan orang-orang yang beruntung.

Yang paling sweet kisah tersebut membuktikan bahawa Rasulullah SAW kasih dan sayangkan kita. 


................

Diri cuba memahami dan mengikut irama dan corak dunia yang seringkali membuatkan nafas seolah-olah terhenti mencari kekuatna untuk terus bernafas. Astagfirullah.. Apakah yang diri mampu lakukan? Subhanallah.. Kuatkan iman di hati ini.


Tanpa disedari air mata mengalir deras, tak dapat ditahan lagi.

Aduhai berkecai hati ini tatkala mata terpandang sekujur tubuh seorang makhluk yang diri sayangi dan juga pernah bersama-sama tersenyum dan menangis dalam menempuh kehidupan di Jalan Panjang.


.........................

Terdetik di hati…


Jika si hati yang pernah memahami dan merasai manisnya berada di Jalan Panjang turut kecundang.. Apakah ingin dikatakan kepada hati-hati yang tak pernah memahami dan merasai? Astaghfirullah, belum cukup kuat diri ini bekerja.


Apakah tiada rasa bersalah dan takut ketika mereka melakukan maksiat dan dosa?


Hati cuba bersuara mohon kalian fahami dan merasai…

“Maka apakah orang yang berpegang kepada keterangan yang datang dari Tuhannya sama dengan orang yang dijadikan terasa indah baginya perbuatan buruk dan mengikut keinginannya?”
(Muhammada: 14)

Tanpa perlu menunggu lama, Allah terus menjawab melalui ‘love letter’ (Al-Quran)

“Di dalamnya (Al-Quran) terdapat (isi) kitab-kitab yang lurus(benar)”
(Al-Bayyinah:3)

....................

Namun, fitrah insan yang sering lupa jika tidak diingatkan.

Tarikan antara wanita dan lelaki hanya dapat dilawan jika kita sentiasa mengelak dalam menjaga. Bina tabir dihati dengan iman dan sifat malu maka tabir luaran akan turut terbina sendiri. Jika kita cuba menghampiri ia akan membakar diri.


Tapi Ya Allah tidak bolehkah walau hanya sedikit?


Hati yang lemah meronta meminta simpati..

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh oleh api neraka, sedangkan kamu tiada penolong selain Allah, sehingga kamu tidak akan diberi pertolongan”
(Hud : 113)

Sekali lagi Allah menjawab.. Insaf.. dan tak ingin diulangi kesilapan.

Namun tiba-tiba hati merasa malu lantaran kesalahan yang menggunung tinggi.


Masihkah ada lagi ketenangan buat diri ini?


“Dan laksanakanlah solat pada hujung siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan malam. Perbuatan-perbuatan baik itu menghapus kesalahan-kesalahan. Itulah peringatan bagi orang-orang yang selalu mengingat (Allah)”
(Hud:114)

Kelu lidah tak mampu lagi memberi alasan. Dengan penuh kasih sayang Allah menjawanya di dalam AL-Quran. Subhanllah, memang benar Engkau sentiasa ada di sisi ini.


“Dan bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah tak mensia-siakan pahala orang yang berbuat kebaikan”

(Hud:115)

Subhanallah …. MasyaAllah.. Allahuakhbar… Allah memujuk diri ini agar terus bersabar. Memang benarlah Engkau mengetahui luar dan dalam isi hati ini.


“Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakannlah. Sungguh , Dia Maha Mengetahui segala isi hati”

(Al-Mulk:13)

Malam yang indah diiringi air mata yang kasihkan Illahi. Menginsafi diri.


“Ya Allah, matikan aku sebagai Mujahidah”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...