"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie

"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"

~ muhasabah diri~

Tuesday, July 28, 2009

..Dengar Kata-Kata Mereka..


bismillah..

tak dapat dihitung dengan jari ni betapa byk anasir2 jahat yg telah merosakkan minda anak2 muslim kita.. sedih rasanyer... setiap hari mereka dihidangkan dengan perkara2 yang memberikan kesan buruk kepasa pemikiran mereka sehingga sukar bagi mereka untuk menerima bahawa Allah itu ada.. lantaran adanyer cerita seperti Doraemon, Powr Rangers dan lain2 menyebabkan mereka sering terlena dengan angan2 sendiri.. merasakan der kuasa lain yang mampu menunaikan permintaan mereka, melindungi mereka dan lain2..

Suatu hari jari ana tertusuk jarum dan luka tak semena-mena mulut mungil anak sedara anak berkata-kata,

Ammar : Tu lah Mak teh tak bacer bismillah..
Makteh : Oh, lupa (istigfar ku didalam hati, namun agak gembira kerana Ammar mampu berkata sedemikian).. erm, kalau nak tengok TV bace bismillah tak?
Ammar : Tak.
MakTeh : kenapa?
Ammar : tak bahaya wat pe nak baca bismillah..

Hu2, masih byk rupanyer tugas ana.. ('',)

Guru sejarah ana pernah menceritakan sesuatu di dalam kelas.. katanya dia pernah mendapat suatu solan dari anak lelakinya yang sangat meminati Power Rangers..

Anak: Umi, Allah warna apa? antara Allah dengan Power Rangers sape palinh kuat?

sedihkan, anak2 yang selalu dihidangkan dgn perkara yng tidak sepatutnya, akan menjadi sukar untuk dibentuk mengilkut acuan AlQuran... itulah strategi Zionis dan musuh2 Islam..
maka jangan kita masuk dalam perangkap mereka...

Friday, July 24, 2009

.. MenanTi Di SyurGA..

Bismillah...

ini bukan lah waktu ana tuk update blok tp ana der something nk citer pada blog ana ni.. he2..

dalam linangan air mata (tak pasti kenapa) ana menulis pada kali ini...



22 Julai 2009...
sedang asyik duduk di dalam dewan Putra mengikuti majlis perasmian malam tautan siswa, tibe2 handset ku berbunyi.. tertera di skrin telefon ku nombor yang tidak ku harap datang bertandang.. entah mengapa panggilang pertama ku angkat, namun tiada maklum balas.. ku abaikan .. dan beberapa saat selepas itu handset ku berbunyi lg menandakan ada msg untuk ku.. " wassalam, kuat sgt cakap terkejut sy.. ist.." tetap ku abaikan.. dan hati ku keras mengatakan dia sengaja ingin mengganggu ku lagi.. ku tabahkan hati kuatkan azam untuk melawan jahiliah ini..




lantas kaki ku keluar. melangkah terus ke musollah untuk solat isya'..ku adukan pada ALlah, memohon dikuatkan iman dan hati... selepas solat isya' seorang adik mengajak ku ke cafe membeli makanan.. masing2 kelaparan disebabkan majlis yg kurang berkenan di hati kami.. selepas selesai menunaikan hajat masing2 kami berniat untuk ke majlis semula.. dalam perjalanan ke majlis tersebut, handset ku berbunyi lagi,... idak ku hiraukan jua... berkali-kali berbunyi sehingga diri ku telah tiba di dalam dewan..tetap tidak ku hiraukan.. sehingga teman2 berasa pelik dgn sikap ku.. namun muka ku tetap tenang.. beberapa minit selepas itu, di skrin handset ku tertera " 1 message".. "oklah.. malas nak ganggu awak.. salam".. ku biarkan msg itu tanpa balasan dari ku...




majlis pada malam itu tamat agak lewat lebih kurnag 12 malam.. dan pada malam itu hati ku agak berdebar, namun ku tetap sembunyikannya.. 12:15 malam tangan ku lincah di papan keyboard Abu Dzar (laptop ku).. saat sedang asyik menaip sambil bersembang dgn roomate ku, tibe2 handset berbunyi lagi.. "dia lagi"(detik hati ku).. namun mulut ku tetap tidak berhenti bercerita dgn roomate ku.. kali kedua handset itu berbunyi, jari lantas menekan punat Accept dan membiarkan handset itu sendirian di atas katil tanpa mempedulikannya dan memasang lagu nasyid " Ranjau Berduri" dengan kuat mengharapkan si pemanggil mendengarnyer... tibe2 satu msg ku terima.. " Assalamualaikum.. oh, awk dah kebal.. malas nak amik tahu hal awak"
ku tekad.. tiada balasan dari ku...
Alhamdulillah, Allah membantuku..



23. julai.2009...
peristiwa malam tadi masih berlegar di fikiranku.. tibe2 air mata ku mengalir.. kecewa insan yang faham tentang DAKWAH bleh bertindak sedemikian.. insan yg dipanggil ustaz dan selalu memberi ceramah dan pengisian agama sanggup melakukan sedemikian terhadap ku.. kecewa sgt kecewa.. namun jauh di sudut hati, ku tetap mengakui kesilapan ku dahulu kerana menerima risikan darinya tanpa melibatkan Naqibah ku terlebih dahulu.. kini ku menerima nasibnya.. memang silapku..


namun adakah salah untuk seorng muslimah menjaga batas pergaulannya dengan lelaki bukan muhrim, even hy dgn telefon or sms..dosa tetap dosa,jahilaih hati sgt dahsyat...dan ku pernah terbaca dlam buku tulisan ABU SAIF.. "Hati tenang kpd kebaikan dan resah kpd kejahatan".. so, firasat mukmin ku turuti.. naqibah ku juga amat melarang hubungan terus dgn lelaki bukan muhrim utk perkara yg sia2 terutman lelakis muslim.. jika perlu, gunakan org tgh yg boleh menegur kita...ya hati ku yakin dgn ajaran dari yang berpengalamn dan AlQuran..


5.00 petang tibe giliran ku bekerja di gerai menjual roti... hati yang gelisah dan resah tidak ku layan.. der jugak ku adukan pada teman rapatku.. pastinya sahabat ku yg mengambil jurusan Undang2 Syariah itu marah dan nasihat yg membina ku terima daripadanya.. (jazakillah ya ukhti).. ketika hampir waktu berbuka dua org akhwat fillah datang menolongku untuk memberi laluan pada ku berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib.. tibe2 terdetik di hati ingin menceritakan pada seorg akhawat yg memang telah sedia maklum dgn masalah ku sejak tahun lepas.. die agak marah dan lucu pun ada.. katanya "kalau betul die sukakan enti, sebagai org yang arif die perlu gunakan cara yang betul dan bukannya mengganggu enti.. " kata2nya turut ku akui kebenaranya.... dan dia mencadangkan pada ku untuk menukar nombor fon.. erm..memang dah lama nak lakukanya tapi hatiku berat kerana dah byk kali tukar nombor krn hal yg lebih kurng begini.. namun jauh di sudut hati, takut akan kecundang suatu hari nanti.so, penting juga menukar nombor. tibe2 akhawat fillah mencadangkan ana pergi ke pjbt Celcom tuk block nombor yang mengganggu ku.. persepakatan dibuat dan hati ku tenang...

24.Julai.2009... pagi ni lokasi ku adalah di ladang, berkebun menanam terung, Kaylan dan jagung.. hu2.. sgt2 penat.. tp seronok... setelah selesai semua urusan kami beramai-ramai menunggu bas untuk pulang ke kolej.. sesampai di kolej tibe2 ku sedari handset ku telah hilang dan tanpa berlengah kami memanggil pakcik bas tuk kembali semula ke ladang.. ketika mencari-cari di serata tempat.. sebuah senyuman terukir di bibir ku.. Adakah ini aturan Allah untuk memudahkan urusan ku dalam menyelesaikan masalah hatiku yang berat untk menukar nombor telefon agar tidak diganggu Jahiliah ku... hati ku berdebar keran tersa sgt2 Allah ada dlm setiap urusanku..


hati ku terasa sebak, air mata berlinangan kerana terasa sakit dgn ujian itu dan jga terharu dgn aturan YANG MAHA PENYANYANG.. tidak ku hiraakan jika ia hanya berkaitan dgn diriku kerana segala yg ada milik Allah.. hamba yg hina ini sekadar meminjam dari-NYA... so sebenaynya agak sedih kerana ia hadiah dari ayahku dan segala kerja amaliku berada dalm handset tersebut namun untuk apa ku tangiskan sedangkan yang baik mahu pun buruk datangnya dari Allah.. nak kecewa, rasanyer diri ku tidak layak sedangkan yang mengaturnya adalah Yang MAha Mngetahui..


kini hatiku kuat mengatakan ia pertolongan dari ALlah.. hikmahnya hati ku tidak berat lagi nak menukar nombor telefon dan ku yakin per yang Allah katakan di dalam alQuran.. (tak igt surah per).. "Allah akan berikan ujian setimpal dgn kemampuan ummatNYA".. Allah tahu diri ku tidak mampu menahan ujian terus diganggu jahiliah yg cuba menjauhkan diriku dari-NYa, namun ujian kehilanagn handset dapat ku terima dgn redha... Syukran Ya Rahman, Ya KArim , YA Wahab, Ya Aziz.... (tak dapat ku tahan air mata ini) terasa sgt2 Allah ada dan sedang mengatur hidupku.. dan ku yakin handset ku sedang menanti di Syurga (kata2 ustaz Ali)..

p/s: coretan hati sekadar nk bgtau Allah Maha Adil dan Maha Penyayang :D

Y a Allah jauhkan ku dari sikap riak, takbur dan dari segala sikap mazmumah... Terimalah taubatku..

Friday, July 17, 2009

~*~ Mereka Tak Tahu ~*~


bismillah..

waktu dulu2 ana selalu marah dan benci dengan orng yang buat dosa.. (even ana pun tak sempurna juga).. tak kira apa lah dia buat semua jadi tak kena pada ana.. namun ana pernah di beritahu oleh seorang sister:



" Rasulullah tak pernah benci orang, dia hanya benci akan perbuatan yang salah dan melanggar hukum agama buakn orang yang buat salah. sebab hati manusia Allah yang pegang"

ye lah.. cuba bayangkan .. Rasulullah masih sanggup beri makan dan suapkan lagi makanan tersebut kepada seorang wanita tua yang buta sedangkan wanita tersebut selalu memaki dan mengutuk nabi.. namun Rasulullah tetap menjalan kan per yg baginda rase perlu (miss u fillah Rasulullah)...

so, sekarang ana tak dapat nak benci mereka2 yg buat silap sebab itu perbuatan dan sikap yang salah.. yelah, beria-ria ana marah2 dan benci dia dan tanpa usul periksa dan post morterm.. bukan nyer nak cuba mendalami dan mencari per sebenarnye yang terjadi.. kenapa? dan mengapa? jd begitu.. aleh2 menyesal tak sudah.. Rupanyer mereka tak tahu.. :(

mereka tak tahu per yang mereka lakukan itu adalah suatu kesalahan, mereka tak tahu perbuatan tersebuat salah di sisi Allah, mereka tak tahu cara yang diterima di sisi Allah, mereka tak tahu.. hu2.. sedihnyer.. diri ini yang sepatutnye menyampaikan menjadi seorng penghukum.. teringat kata2 seorng sister.. "kita penyampai bukan penghukum"...

" Demi masa.. sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.. kecuali mereka yang beriman, beramal soleh, menyampaikan dalam kebenaran dan menyampaikan dalam kesabaaran"
(Al-Asr : 1-3)

mereka tak tahu mereka tersalah langkah... yang paling ketara di mata ana adalah isu couple.. hu2.. (marah bukan main bile tengok orang buat wayang depan ana)...

tak semua remaja tahu per yang mereka buat tu salah.. tapi if yang buat maksiat tu dan tak rase ia salah memang cari pasal lah kan.. bukan setakat Islam, org biasa pun kata itu salah maka salaah lah .. ok? semoga faham..

oklah, yang terang2 salah tu.. semoga kalian bertaubat.. tapi yang ana nak bagtau kat sini yang tak sedar dia salah dan rasa per dia buat tu betul... contohnyer, couple islamic.. oklah wat kalian yang tak tahu.. sebenarnye der kalangan mereka tak der niat pun nak wat salah.. cuma mereka tak tahu dan mereka jadi keliru maka mereka jadi peniru dunia hayalan sebuah novel cinta.. (kononyer islamic) ngeh2.. novel ni memang.. lemah jiwa if teruja sangat.. ('',)

oklah, ana pernah mendalami hati se2orng (wanita k)... dia bertanya pada ana.. "if tak bercinta macam mana nak kenal pasangan kita?".. "if tak bercinta dan mencari cinta bermakna kita tak berusaha dan Allah kan dah pesan agar umatnyer berusaha"..


herm.. tecengang ana dengar (muka tetap selamber).. pandai plak die bagitau per yang Allah cakap.. hah.. kalian perasan tak.. dia ni rupanyer buat per yang Allah cakap (padahal Allah tak pernah suruh umatnya wat maksiat).. he2, die tak tahu tu, tak elok salahkan dia...

sebenarnye ana pun pernah keliru dahulu tapi selepas diberi tarbiah ana semakin faham dan perlu faham lagi untuk kekuatan hati.. oklah, per yang ana faham.. memang Allah suruh kita berusaha tapi dengan mencari cinta kemudian bercinta lalu membuat dosa itulah bukanlah usaha tapi cari bala... ups! terkasar.. afwan..

buat suadara dan saudari yang ana kasihi sekalian...

bercinta adalah suatu usaha?
bercinta tu bukan lah satu usaha, namun mencari dosa. sudah banyak bukti depan mata bahawa percintaan selepas nikah adalah lebih indah dan bahagia.. oklah, der yang tak tahu biar ana bagitau.. insyaAllah.. macam ni, usaha yang kita perlu lakukan adalah mejadi yang terbaik tuk dapat yang terbaik.. menjadi solehah agar dapat yang soleh.. itulah dikatakan usaha..

"perempuan2 yang keji untuk laki2 yang keji, dan laki2 yang keji untuk perempuan2 yang keji, sedangkan perempuan2 yang baik untuk laki2 yang baik, dan laki2 yang baik untuk perempuan2 yang baik"
(An-Nur:26)


tak kenal pasanagn jika tidak bercinta...
komfem ke kenal jika bercinta dik?? setahu ana orang bercinta ni banyak berpura-pura depan pasangan mereka dan pasti akan mempersembahkan yang terbaik bila bercinta (sampai bau kentut pun wangi, konfius2).. ehceh.. geli plak dengar.. Membazir jer, depan Allah buruk betol perangai tu tau tak..
oklah, buat hati yang mencari cinta dan pasangan yang baik mungkin ada terasa ragu jika bernikah dengan insan yng kita tidak kenal.. tapi yakinlah bahawa jika diri kita hidup berlandaskan AL-Quran sudah pasti pasangan kita juga (seperti per yang Allah janjikan).. so, kita tak perlu risau.. kita kenali islam dan kaji bagaimana cara hidup islam yang sebenar.. dan aplikasikan dalam hidup.. makanya.. jeng3.. he2. sudah pasti kita kenal pasangan kita sebab dia hidup secara islam macam kita.. so, sudah kenal kan.. jangan risau, lelaki yang hidup cara islam ni tau per hak2 yang perlu ditunaikan.. per2 sahaja hak anda akan tertunai.. hak sebagai permaisuri di hati suami pasti anda akan perolehi.. sebab si suami dengar kata Allah dan Allah suruh layan isteri dengan baik makanya kita akan dapat layanan yang baik.. hurm, so sweet.. ('',)
dan selalunya lelaki yang ingkar kata Allah ni selalu tak menghargai isteri (pengalaman insan2 lain).. so, let's go ---> mardhatillah..

so kepada diri ana dan insan lain.. jangan cepat melatah.. jangan cepat marah.. sampaikan sahaja tentang islam dan yang lain serahkan pada ALlah.. anda tidak layak untuk menghukum..

"Kitab ini (AlQuran) tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi orang2 bertaqwa"
(Al-Baqarah: 2)

by: khadijahyusra

Thursday, July 16, 2009

..Tanpa suara..


hadir ku sebagai muslimah..
melangkah ke rumah suci hanya kerana Allah..
demi mencari sebuah ketenangan hati..
nikmat abadi dipeluk Rahmat kasih Illahi ...

Hadir ku kerana hati...
hati yg dahagakan cinta illahi..
hati yang menolak cinta dunia kerana cinta hakiki..
kini remuk dahagakan penawar cinta yang Illahi..

hadir ku menyapa hati si muslimah..
bukan maksud ku untuk tidak beramah..
namun lidah kelu tak mampu bermadah..
dan hati ku luka parah terasa asing dari muslimah..

hadir ku di rumah Allah..
tertunduk kaku hanya datang untuk beribadah..
malu pada Allah pemilik alam sejagat..
lantaran tiada hati yang ku cuba ikat..

hadir ku penuh harapan..
pulang ku penuh kehancuran...
Ya Allah ku mohon panduan...

Saturday, July 11, 2009

Buat Mujahid wa Mujahidah peraih cinta Illahi..



“ ketahuilah saudaraku, bahawa yang dimaksudkan dengan zikir pada Allah itu adalah zikir dengan hati, mendahului yang lain. Hal itu akan tercermin pada anggota bandanya; apabila lisan berzikir, ia tidak akan berkata kecuali yang baik; apabila mata berzikir, ia tidak akan melihat kepada yang haram; apabila telinga berzikir kepada Allah, ia tidak akan terdengar hal-hal yang mengundang murka Allah; bila tangan berzikir kepada Allah, ia tidak akan bergerak pada keburukan atau dosa. Demikianlah juga kaki. Bahkan akal tidak akan memikirkan yang haram dan tidak akan telintas dalam hati kecuali yang baik”




Monday, July 6, 2009


Cute Myspace Generators

Dunia ku sebagai pelajar baharu..


Bismillah..

semalam baru jer habis orientasi.. sekarang tgh sibuk dgn jadual dan kuliah..

hu2.. if dekat Bintulu dulu masuk jer daftar dah der jadual kelas.. kita hanya tinggal ke kuliah jer.. tp dekat sini agak bussy sebab ni Universiti Pusat.. semua kena berdikari.. ('',)

tapi hal ni tak ler rungsi sangat sebab ramai kawan2.. yg paling mendebarkan ialah nak start "Berkerja".. hu2.. suasana baru.. so, kena energy dan pendekatan yg baru juga.. namun ana perlu tekad tuk berkerja kerana ana yakin dengan per yg anan pilih.. Allahuakhbar!!!

sepanjang berada di sini ana memerhatikan sekeliling dan cuba mencari hati2 yg inginkan Islam.. semoga Allah permudahkan.. Ameen..

namun dalam masa yg sama ana juga cuba mencari kekuatan dan mencari Rahmat Illahi agar hati ini terus kuat..

"Ya Allah dosa ku ibarat debu bertebangan.. namun taubatku tak pernah ku tepati.. bagaimanakah penerimaan MU terhadapku nanti.. yA Rahman Ya Rahim.. kekal aku di jalan yg KAU redhai"

ana manusia yg lemah, hati ana perlukan tarbiah.. he2, malam nnti nak jumper ummi baru.. tak sabar... berdebar pun ada..



der jugak ana bersembang-sembang dgn beberapa student.. der yg nak pernah dan nak join lagi cuma takder org ajak.. der yg kata hanya suka dengar ustaza wa ustaz yg bercakap.. der yg pernah lari dan macam2 lagi...

pe2.. harap.. Mujahid wa Mujahidah di luar sana dapat mendoakan agar segalanya er dipermudahkan dan kekalkan ana di jalan ini.. dan terus dekatkan hati ana dengan cinta hakiki..

Haiyak!! Allahuakhbar!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...