"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie

"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"

~ muhasabah diri~

Thursday, July 16, 2009

..Tanpa suara..


hadir ku sebagai muslimah..
melangkah ke rumah suci hanya kerana Allah..
demi mencari sebuah ketenangan hati..
nikmat abadi dipeluk Rahmat kasih Illahi ...

Hadir ku kerana hati...
hati yg dahagakan cinta illahi..
hati yang menolak cinta dunia kerana cinta hakiki..
kini remuk dahagakan penawar cinta yang Illahi..

hadir ku menyapa hati si muslimah..
bukan maksud ku untuk tidak beramah..
namun lidah kelu tak mampu bermadah..
dan hati ku luka parah terasa asing dari muslimah..

hadir ku di rumah Allah..
tertunduk kaku hanya datang untuk beribadah..
malu pada Allah pemilik alam sejagat..
lantaran tiada hati yang ku cuba ikat..

hadir ku penuh harapan..
pulang ku penuh kehancuran...
Ya Allah ku mohon panduan...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...