Bismillah...
ini bukan lah waktu ana tuk update blok tp ana der something nk citer pada blog ana ni.. he2..
dalam linangan air mata (tak pasti kenapa) ana menulis pada kali ini...
22 Julai 2009... sedang asyik duduk di dalam dewan Putra mengikuti majlis perasmian malam tautan siswa, tibe2 handset ku berbunyi.. tertera di skrin telefon ku nombor yang tidak ku harap datang bertandang.. entah mengapa panggilang pertama ku angkat, namun tiada maklum balas.. ku abaikan .. dan beberapa saat selepas itu handset ku berbunyi lg menandakan ada msg untuk ku.. " wassalam, kuat sgt cakap terkejut sy.. ist.." tetap ku abaikan.. dan hati ku keras mengatakan dia sengaja ingin mengganggu ku lagi.. ku tabahkan hati kuatkan azam untuk melawan jahiliah ini..
lantas kaki ku keluar. melangkah terus ke musollah untuk solat isya'..ku adukan pada ALlah, memohon dikuatkan iman dan hati... selepas solat isya' seorang adik mengajak ku ke cafe membeli makanan.. masing2 kelaparan disebabkan majlis yg kurang berkenan di hati kami.. selepas selesai menunaikan hajat masing2 kami berniat untuk ke majlis semula.. dalam perjalanan ke majlis tersebut, handset ku berbunyi lagi,... idak ku hiraukan jua... berkali-kali berbunyi sehingga diri ku telah tiba di dalam dewan..tetap tidak ku hiraukan.. sehingga teman2 berasa pelik dgn sikap ku.. namun muka ku tetap tenang.. beberapa minit selepas itu, di skrin handset ku tertera " 1 message".. "oklah.. malas nak ganggu awak.. salam".. ku biarkan msg itu tanpa balasan dari ku...
majlis pada malam itu tamat agak lewat lebih kurnag 12 malam.. dan pada malam itu hati ku agak berdebar, namun ku tetap sembunyikannya.. 12:15 malam tangan ku lincah di papan keyboard Abu Dzar (laptop ku).. saat sedang asyik menaip sambil bersembang dgn roomate ku, tibe2 handset berbunyi lagi.. "dia lagi"(detik hati ku).. namun mulut ku tetap tidak berhenti bercerita dgn roomate ku.. kali kedua handset itu berbunyi, jari lantas menekan punat Accept dan membiarkan handset itu sendirian di atas katil tanpa mempedulikannya dan memasang lagu nasyid " Ranjau Berduri" dengan kuat mengharapkan si pemanggil mendengarnyer... tibe2 satu msg ku terima.. " Assalamualaikum.. oh, awk dah kebal.. malas nak amik tahu hal awak"
ku tekad.. tiada balasan dari ku... Alhamdulillah, Allah membantuku..
23. julai.2009... peristiwa malam tadi masih berlegar di fikiranku.. tibe2 air mata ku mengalir.. kecewa insan yang faham tentang DAKWAH bleh bertindak sedemikian.. insan yg dipanggil ustaz dan selalu memberi ceramah dan pengisian agama sanggup melakukan sedemikian terhadap ku.. kecewa sgt kecewa.. namun jauh di sudut hati, ku tetap mengakui kesilapan ku dahulu kerana menerima risikan darinya tanpa melibatkan Naqibah ku terlebih dahulu.. kini ku menerima nasibnya.. memang silapku..
namun adakah salah untuk seorng muslimah menjaga batas pergaulannya dengan lelaki bukan muhrim, even hy dgn telefon or sms..dosa tetap dosa,jahilaih hati sgt dahsyat...dan ku pernah terbaca dlam buku tulisan ABU SAIF.. "Hati tenang kpd kebaikan dan resah kpd kejahatan".. so, firasat mukmin ku turuti.. naqibah ku juga amat melarang hubungan terus dgn lelaki bukan muhrim utk perkara yg sia2 terutman lelakis muslim.. jika perlu, gunakan org tgh yg boleh menegur kita...ya hati ku yakin dgn ajaran dari yang berpengalamn dan AlQuran..
5.00 petang tibe giliran ku bekerja di gerai menjual roti... hati yang gelisah dan resah tidak ku layan.. der jugak ku adukan pada teman rapatku.. pastinya sahabat ku yg mengambil jurusan Undang2 Syariah itu marah dan nasihat yg membina ku terima daripadanya.. (jazakillah ya ukhti).. ketika hampir waktu berbuka dua org akhwat fillah datang menolongku untuk memberi laluan pada ku berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib.. tibe2 terdetik di hati ingin menceritakan pada seorg akhawat yg memang telah sedia maklum dgn masalah ku sejak tahun lepas.. die agak marah dan lucu pun ada.. katanya "kalau betul die sukakan enti, sebagai org yang arif die perlu gunakan cara yang betul dan bukannya mengganggu enti.. " kata2nya turut ku akui kebenaranya.... dan dia mencadangkan pada ku untuk menukar nombor fon.. erm..memang dah lama nak lakukanya tapi hatiku berat kerana dah byk kali tukar nombor krn hal yg lebih kurng begini.. namun jauh di sudut hati, takut akan kecundang suatu hari nanti.so, penting juga menukar nombor. tibe2 akhawat fillah mencadangkan ana pergi ke pjbt Celcom tuk block nombor yang mengganggu ku.. persepakatan dibuat dan hati ku tenang...
24.Julai.2009... pagi ni lokasi ku adalah di ladang, berkebun menanam terung, Kaylan dan jagung.. hu2.. sgt2 penat.. tp seronok... setelah selesai semua urusan kami beramai-ramai menunggu bas untuk pulang ke kolej.. sesampai di kolej tibe2 ku sedari handset ku telah hilang dan tanpa berlengah kami memanggil pakcik bas tuk kembali semula ke ladang.. ketika mencari-cari di serata tempat.. sebuah senyuman terukir di bibir ku.. Adakah ini aturan Allah untuk memudahkan urusan ku dalam menyelesaikan masalah hatiku yang berat untk menukar nombor telefon agar tidak diganggu Jahiliah ku... hati ku berdebar keran tersa sgt2 Allah ada dlm setiap urusanku..
hati ku terasa sebak, air mata berlinangan kerana terasa sakit dgn ujian itu dan jga terharu dgn aturan YANG MAHA PENYANYANG.. tidak ku hiraakan jika ia hanya berkaitan dgn diriku kerana segala yg ada milik Allah.. hamba yg hina ini sekadar meminjam dari-NYA... so sebenaynya agak sedih kerana ia hadiah dari ayahku dan segala kerja amaliku berada dalm handset tersebut namun untuk apa ku tangiskan sedangkan yang baik mahu pun buruk datangnya dari Allah.. nak kecewa, rasanyer diri ku tidak layak sedangkan yang mengaturnya adalah Yang MAha Mngetahui..
kini hatiku kuat mengatakan ia pertolongan dari ALlah.. hikmahnya hati ku tidak berat lagi nak menukar nombor telefon dan ku yakin per yang Allah katakan di dalam alQuran.. (tak igt surah per).. "Allah akan berikan ujian setimpal dgn kemampuan ummatNYA".. Allah tahu diri ku tidak mampu menahan ujian terus diganggu jahiliah yg cuba menjauhkan diriku dari-NYa, namun ujian kehilanagn handset dapat ku terima dgn redha... Syukran Ya Rahman, Ya KArim , YA Wahab, Ya Aziz.... (tak dapat ku tahan air mata ini) terasa sgt2 Allah ada dan sedang mengatur hidupku.. dan ku yakin handset ku sedang menanti di Syurga (kata2 ustaz Ali)..
p/s: coretan hati sekadar nk bgtau Allah Maha Adil dan Maha Penyayang :D
Y a Allah jauhkan ku dari sikap riak, takbur dan dari segala sikap mazmumah... Terimalah taubatku..
Jika Allah inginkan kebaikan pada diri kita, DIA akan menganugerahkan beberapa kesusahan.. Pilihlah syurga jangan memilih neraka.. ~S.A.B.A.R & SOLAT~
"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie
"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"
~ muhasabah diri~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Assalamu'alaykum ya ukhti....
rindunyerr sgt3 dekat ukhti........
(~_^)
subhanallah, ape yg kak alami...penah ana alami gak...huhu
alhamdulillah sgt~
w/pun 1st time ilang h/p, hati ana x rase duka or resah langsung (h/p ana ilang dicuri di satu kedai dkt2 dgn pekan di daerah rumah ana..)
*1st ana pun sbnrnye xtaw knp hati ana xsedih h/p da xde kt tgn..(bkn ana anak org kaye, smpai pk h/p bleh beli sekelip mata)~ sbb..
*2nd, ana terfikir hikmah yg sgt3 besar buat ana....
-sblum h/p ana hilang, ana ade prob same ngn enti...huhu & ianye sgt3 mengganggu ketenteraman ht ana... n alhamdulillah, setelah h/p ana ilang.. ht ana rse lapang (n tersangat lega w/pun sis n mymum risau bangat n cari balik h/p ana yg ilang tu kt kedai yg berkenaan..huhuhu tp, at last.. it's lost!
sememangnya DIA adalah perancang terbaik buat kita! =)
yup.. Allah gantikan sesuatu yg lebih baik.. terima di atas segala nikmat yg diberi.. :)
Post a Comment