
“ ketahuilah saudaraku, bahawa yang dimaksudkan dengan zikir pada Allah itu adalah zikir dengan hati, mendahului yang lain. Hal itu akan tercermin pada anggota bandanya; apabila lisan berzikir, ia tidak akan berkata kecuali yang baik; apabila mata berzikir, ia tidak akan melihat kepada yang haram; apabila telinga berzikir kepada Allah, ia tidak akan terdengar hal-hal yang mengundang murka Allah; bila tangan berzikir kepada Allah, ia tidak akan bergerak pada keburukan atau dosa. Demikianlah juga kaki. Bahkan akal tidak akan memikirkan yang haram dan tidak akan telintas dalam hati kecuali yang baik”
No comments:
Post a Comment