selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahlul Bait dan sahabat2 baginda.. erm, hari ni ana terima tiga berita yang agak menyayat hati.. pada awal pagi ana diberitakan tentang keadaan family ana yang porak peranda kerana terlalu terikat dgn dunia, pergaduhan tercipta kerana sikap pentingkan diri sendiri, duit yang mengkaburi mata dan matlamat mereka tak tertembus terus ke pintu syurga... dan seorng teman ana yang juga ada masalah dalam keluarganya (xperlu detail) dan yang ketiga adalah berita tentang kembalinya seorg ibu teman ukhwah fillah ana ke rahmatullah..
pada mula nya ana terasa berat dgn ujian yg diberi namun apabila melihat kedua sahabat ana diberikan ujian yang lebih besar.. hati beristigfar.. ujian yang ana terima tak berat langsung.. sedarlah!!!
disaat hati cuba menghadap Illahi, berlegar-legar difikiran ana tentang pemergian insan yang tersayang.. even bukan ibu ana yang pergi pada bulan yang mulia ini tp kesedihan itu amat ana rasai kerana ana sayangkan sahabat ana itu tak dapat diluah dg kata2 dan hanya Allah yang tahu.. walau tak serapat mana, maybe krn cara yang dipilih berbeza sedikit shj namun dgn ketentuan Allah kami sentiasa berusaha memperbaiki hubungan kami.. dia dan ana masing2 menyedarinya... bertuah arwah ibunya, kerana ada anak2 yang soleh wa solehah sebagai bekalan...
tapi per yang paling sedihkan lg ialah jika yang pergi itu adalah ummi wa abi ana... ah, itu yang ana terasa berat.. rasa sedih dgn pemergian mereka itu sudah pasti kerana fitrah manusia yang ada rasa rindu di hati ini.. dan rasa sedih, pedih dan perit lebih2 lagi apabila memikirkan mereka meninggalkan seorg anak yang tidak dapt membantu mereka di 'sana' nanti.. bab ni yang mengalir laju air mata ni...teruknya anak macam ana ni.. :(
tibe2.. ana terasa terpaksa jadi baik, terpaksa jadi solehah, terpaksa dengar perintah Allah, terpaksa menyampaikan, terpaksa akur dengan kehendak Allah, terpaksa jadi santun, terpaksa..terpaksa.. dan terpaksa....!!!!!!!
ana terpaksa kerana ana tak nak melawan kuasa Allah, kerana tahu segalanya adalah pinjaman drNYA, kerana tahu kepada-Nya adlah tempat kembali yang terbaik, kerana tahu nikmat syurga itu tiada tandingannya, kerana tahu azab Allah amatlah berat.. kerana tahu. kerana ana tahu.. ana tahu..!!!
xper ker ana rase terpaksa???
kerana ana yakin hanya insan2 yang soleh wa solehah dapat memberi pengaruh yang baik kepada org sekelilingnya, hanya insan yang berakhlak mulia akan didengari kata2nya, hanya insan solehah mampu memiliki keluarga yang barakah dan bahagia di dunia dan akhirat..
xper ker ana rasa terpaksa???
ana perlu jadi baik baru Allah akan izinkan ana tuk bimbing family tercinta untuk sama2 menuju ke syurga....
ana terpaksa!!!!!!!
"Tegakkan islam di dalam hati kamu, nescaya akan tertegaklah islam di bumi kamu"
#Imam Hassan Al-Banna#
No comments:
Post a Comment