"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie

"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"

~ muhasabah diri~

Sunday, September 27, 2009

...mohon sangat2...




dunia ini memang benar2 ibarat lautan...
yang penuh bekalan akan terus berlayar hingga ke syurga..
yang leka dengan gurau senda dunia terus karam ditelan lautan..
sangat sedih..
'mereka' lautan yang menghanyutkan diri dia..
dibulan syawal ramai yang bergembira namun dia menyambutnya dengan air mata..
tekad dan bulat takkan hati dia membenarkan diri terus menuju neraka..
kerana azabnya tidak terkira..
terasa tiada siapa yang ada di sisi dia kecuali Yang Maha Esa..
diconteng arang kemuka oleh 'mereka' bukanlah perkara biasa untuk dia..
hanya kerana malunya sebagai muslimah..
air mata dia mengalirkan lagi..
hanya kerana ingin menjaga batas dan aurat dia dikata 'anti-sosial'..
namun hati dia terdidik, "pasti salah diri dia sendiri dan bukan 'mereka "...
kerana dia yang faham bukan 'mereka'..
menyambut syawal di rumah dia rasa bahagia namun peritnya tetap ada..
hati dia tidak terasa kuat kerana ada saje ujian buat dia..
hati dia redha namun air mata mengalir kerana fitrah manusia..
terus dia berusaha kembali kepada fitrah insan..
mohon bantuan Yang Maha Mengetahui, Maha Berkuasa..
Ya Rabbi lindungi dia agar dia tidak karam di lautan yang penuh gelora..
Ya Rahman, YA Rahim kasihi dia kerana dia tiada siapa selain Engkau..
Ya Wahab beri dia insan2 yang mendekatkan diri kepada Engkau..
Ya Muhaimin lindungi cinta dia agar hanya satu cinta dalam hati dia..
mohon sangat-sangat Ya Allah...
kerana dia selemah-lemah manusia dalam menghadapi 'mereka

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...