"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie

"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"

~ muhasabah diri~

Tuesday, September 8, 2009

benar kah??

dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..

selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahlul bait serta para sahabat2 baginda...

buat pejuang2 islam di luar sana semoga kalian tsabat di jalan ini.. semoga kalian peroleh rehat yang kekal abadi di sana nanti.. uhibuka fillah :')

jalan yang panjang... telah menjadi pilihan ramai Da'ei.. jalan yang penuh dengan onak dan duri.. jalan yang menagih sejuta pegorbanan dan kesabaran dari kalian.. tahniah2222!!!!!!!!!!!!!!!! kalian memang tabah...

diriku???

ah, tak layak untuk menilai.. hanya Yang Esa lebih layak dan hak Nya yang kekal.. makhluk di muka bumi ini tidak layak sama sekali...

hari ini tibe2 teringat kepada folio tentang salah silah keluarga yang di buat oleh adik bongsu kami... kesemua biodata dan sejarah keluarga dia paparkan.. menarik.. nampak benar dia seorang yang kreatif..
alhamdulillah, Allah menganugerahkan kepandaian kepadanya.. dari darjah empat dah kena masuk asrama.. muda2 dah kena berdikari.kesian dan lucu jugak bile teringat cerita dia semasa awal2 masuk asrama... semoga terbentuk dengan acuan alQuran (-_-).. ameen...

erm.. menarik tentang folio yang dia buat adalah pada motto yang dia reka sendiri untuk semua ahli keluarga kami.. kononnya, itu adalah prinsip kami adik beradik.. setiap orang ada motto masing2..eleh, padahal si bongsu ni yang reka, ikut sesedap rasa dia jer..ngeh2..

dan yang lebih lura biasa dimana semua ahli keluarga ana dapat motto yang biasa kita dengar dan sempoi.. ala macam "Hidup mesti happy", "hardworking" dan seiring dan sejalan dengannya... namun apabila tiba kepada biodata ana, terpapar

"THE SOLDIER OF ALLAH"..

ana tergamam.. ana tanya kenapa motto ana sangat2 berbeza dengan orang lain.. dan dari mana dia dapat..

katanya.. dia tak tau nak buat apa.. so, dia geledah handphone ana.. dia jumpe sebuah lagu yang ada lirik "the soldier of Allah".. dia merasakan motto itu kena dengan diri ana... so, dia jadikan sebagai motto ana...dan setiap biodata, dia letakkan gambar kartun yang dia gunting dari majalah2 di rumah kami dan lebih mengejutkan ana adalah pada gambar ana dia letakkan gambar seorang perempuan yang sopan bertudung .. gambar adik-beradik lain plak agak tak logik... namun dia tak kisah pun..katanya dia suka..namun pada biodata ana dia pastikan ia memaparkan tentang diri ana...

ana tersenyum namun senyuman yg penuh dengan sejuta makna dan mungkin tiada makna langsung..KOSONGGGGGGGGGGGG..

DAN..

benarkah itu motto ana??

benarkah ana adalah ansorrullah??

ahh, diriku diperhatikan rupanya...

patutlah semasa ana menegur seorng indian yang melarang kakak ana memakai tuduang ketika di kolam mandi,laju je mulut mongel si Ammar bertanya sedemikian:

"dah habis bagi ceramah ke makteh?" nasib baik ada makteh.. bunyi mulut mongel tu lagi...


BERATTTTTTTTTTT...

jalan ni panjang.. byk yang perlu ditempuh..tapi mampu or tak.. tetap kena tempuh..kerana dunia bukan matlamatnya..

dan menkautkan setiap tindakan ana melambangkan agama yang ana pegang ..ISLAM..
ia terkesan pada mata yang memandang.. dan ana nampak berbeza di dalam rumah ana sendiri.. oh Allah semoga ia lebih mendekatkan hati2 kami dalam perjalanan bertemu dengan MU..

sebuah ungkapan...

jadilah seperti lebah, makan daripada sumber yang baik dan mengeluarkan hasil yang baik dan manis pula. Bila ia hinggap di ranting, tidaklah pula sampai mematahkannya, menghisap pati bunga tanpa menyegatnya, mengeluarkan madu tanpa juga tanpa menyengatnya, terbang dengan sebaran debu kecintaan, lalu hinggap membawa kasih sayang. Bersara dengungan bagaikan mebawa berita gembira dan suara desingan umpama ungkapan kesyukuran, ia seakan malaikat dari langit yang turun ke bumi dari alam yang kekal..

~~~~ jadilah macam lebah...... semoga diri ini tsabat...

p/s: dulu ana selalu bgtau pda anak2 usrah. "masuklah islam dan bekerjalah untuk islam kerana Allah dan bukannya kerana akak yg sebar kekurangan ini.. sebab kalau akak futur (naudzubillah) xkan adik2 nk ikut jugak.. masuklah islam kerana Allah dan agama islam itu sendiri.. kerana islam itu sangat2 indah.. akak masih memperbaiki diri"... sebab ana bukanlah layak untuk dijadikan cntoh dan sgt2 takut ana menjadi pnghalang adik2 tuk faham dgn lbih dalam..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...