"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie

"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"

~ muhasabah diri~

Saturday, May 2, 2009

IndahNya Iman dan istiQamah



Dengan Lafaz Bismillahhirrahmannirrahhim, diriku memulakan segalanya dengan izin dari Yang Maha Esa…



Dari Abi Amru dan ada yg dikatakan pula dr Abi Amrah Sufyan b Abdullah r.a katanya: Kataku Ya Rasulullah! Katakanlah kepadaku tentang islam satu perkataan yg tidak akan aku tanyakan lagi daripadanya akan seorng yg alim daripada engkau. Sabdanya: Katakanlah aku beriman kpd Allah, kemudian hendaklah engkau beristiqamah. Diriwayatkan oleh Muslim – Hadith 21


Saat ana baca hadith ini tibe2 ana rase sangat2 merindui Rasulullah SAW.. (“ Ya Rasulullah UhiBuka Fillah”..)


ana teringat sebuah kisah lebih kurnag begini..dimana ketika Rasulullah SAW sedang duduk2 bersama para sahabat.. tibe2 Rasulullah SAW menitiskan air mata baginda. Apabila ditanya oleh para sahabat mengapa baginda menangis.. Baginda menjawab ‘ Aku merindui ikhwan ‘ Para sahabat berkata bahawa bukankah mereka ikhwan. Rasulullah menjawab bahawa ‘ Kalian bukan ikhwan kalian adalah sahabatku. Ikhwan adalah umatku (umat akhir zaman) yang mencintaiku, merinduiku dan mentaatiku namun mereka belum pernah melihatku’... Oh, tatkala mendengarnya ana semakin merindui Rasulullah SAW..



Berbalik kepada hadit 21.. dimana Rasulullah bersabda « Katakanlah aku beriman kpd Allah, kemudian hendaklah engkau beristiqamah » .. sahabat meminta Rasulullah SAW katakan suatu yg dia tidak akan tanyakan lagi tentang Islam pada pd org alim yg lain selain Rasulullah SAW.. Ayat tu sangat ringkas.. erm..namun ia meliputi segala pengertian tentang agama Islam dlm segi ‘aqidah ‘ dan ‘amaliyyah’ atau dalam bidang keimanan dan amalnya.. ia menjelaskan bahawa islam itu syumul (sempurna)..



Istiqamah membawa maksud menjalani jalan yg lurus dengan tetap (kelurusan yg tetap dlm melaksanakan amal).



Juga membawa maksud bahawa islam itu adalah iman dan amal. Jika iman tanpa amal adalah tempang. Manakala amal tanpa iman adalah hampa. Ulama’ tasawwuf iaitu Abu Al-Qasim Al-Qushairi pernah berkata:


“ Barangsiapa tidak lurus (tidak istiqamah) dalam halnya sia-sialah usahanya, rugilah tenaganya”..



Ana teringin untuk mencoret tentang hadith ini bukan apa… Cuma ana agak tersentuh dengan hadith ini. Bayangkan “Katakanlah aku beriman kpd Allah, kemudian hendaklah engkau beristiqamah”, Rasulullah mengatakan tentang islam dengan ringkas tetapi lengkap kerana sahabt inginkan sesutau yg dia tidak akan tanyakan pd org lain lg..



erm.. memang islam tu mudah tp zaman sekarang der plak manusia2 yg kurang faham dan mungkin diorang tak pernah tahu (so, kita kena bagitau), memudahkan islam sesuka hati. Isk2.. sedih2..



Baiklah, mari kita renungkan perjalanan hidup kita.. Kita melangkah dalam menempuh hidup ini seperti org buta.



Ha!! Betul ker?? He2, pandai2 jer ana ni. Padahal ramai jer manusia yg celik dekat dunia ni.



Bukan2 .



Maksud ana , kita semua berjalan di dunia tak pernah tau per yag bakal berlaku di hadapan kecuali Yang Maha Esa dan Maha Mengetahui.. DIA mengetahui yg tedahulu dan terkemudian. Cuba bayangkan Yang Maha Mengetahui, Maha Bejaksana, Maha Pelindung dan Maha segalanya yg membimbing perjalanan kita sebagai balasan istiqamah kita dalam beriman..



Wah!! Tak payah risau2.. Yang Maha Mengetahui menunjukkan jalan, pasti DIA bagi yang terbaik kerana DIA lebih mengetahui apa yg bakal berlaku dan yg berlaku. Pasti kita rasa dilindungi… pasti kita takkan risau dah, mesti seronok jer hidup ni.. yelah, sebab Allah dah mengatur hidup kita dengan baik.. pastikan tenang jer hidu



Wah… seronoknyer..



Namun, untuk merasai nikmat tu amatlah payah.. istiqamah amat berat, kita perlu berusaha keras utk menikmati manisnya istiqamah itu..



kita kena bersangka baik dengan Allah bahawa DIA akan sentiasa memenuhi keperluan kita even kita miskin, DIA pasti memenuhi keperluan kita even kita selalu tak lulus dalam ujian. DIA pasti memenuhi keperluan kit aeven kiat selalu sakit....



Yakinlah bahawa, per yg Allah takdirkan adalah yang terbaik buat.. bagi insan yang beriman, hidup mereka pasti tenang kerana mereka yakin dengan Allah dan sentiasa bersangka baik dengan Maha Penyayang.. Hal dunia tidak mampu menggugat ketenangan mereka.. Itulah indahnya jika kita istiqamah..



so, marilah kita terus istiqamah beramal dan ingatlah bahawa alam amal hanya di sisi dan tiadalan lagi peluang untuk beramal ketika di sana nanti..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...