tak semua manusia ni pandai menulis atau berhujah.. menyusun kata2 dan bahasa dengan indah untuk dibaca atau didengar oleh semua orang.. namun apabila seseorang itu pandai menulis atau berkarya dan susunan bahasanya sangat indah .. aduhai alangkah indahnya jika ia digunakan sebaik mungkin untuk islam..
erm.. ana ada seorang sahabat, sebelum dia mengenali apa itu "islam" dalam pengertian yang sebenar dia adalah seorang pelajar yang aktif dalam perbahasan.. so, secara automatik dia ni seorang yang pandai berkata-katalah kiranya.. orang bahas ni jangan main-main sekali dia cakap susah nak disuruh berhenti.. he2..
oklah.. nak dijadikan cerita suatu hari iaitu selepas sahabat ana ni dah mula mengenali "islam" dalam erti kata sebenar dan telah aktif dalam menyampaikan islam dan fikrah yang dia pegang.. tiba-tiba dia meluahkan isi hatinya yang dah lama dia pendam, katanya " selama ni ana sibuk berhujah, berbahas dan terlibat dalam perkara yang tidak membawa amal dan memberi kebaikan kepada islam.. so lepas ana dah tau haq Shahadah dan tanggungjawab dalam menyampaikan islam maka dengan kelebihan yang ana ada dalam berhujah dan berbahas ni eloklah ana salurkan ia ke tempat yang membawa amal dan berguna untuk islam".. itulah katanya dalam sesi berkongsi pengalaman dengan adik-adik.. so, lepas sahabat ana ni faham "islam" dengan pengertian yang sebenar dan dengan fikrah yang dia pegang.. jeng..jeng..jeng..he2.. dia bertambah aktif berhujah dalam menyampaikan islam dan fikrah yang dia pegang.. Alhamdulillah.. semoga Allah bersamamu..
tu sahabat ana yang pandai bercakap dan berhujah.. selain tu,ana de seorang sahabat yang kreatif orangnye.. so, kelebihan dia terselah di situ... maka dia diberi tugas untuk menghasilkan komik yang berbentuk islamik dan nasihat.. dan alhamdulillah karyanya telah di terbitkan di http://komik.dakwah.info/ .. so, buat sahabatku teruskan berkarya... he2..
pa yang ana nak sampaikan di sini adalah, kita dalam satu pasukan yang menyampaikan dan menyebarkan syiar islam demi menegakkan alHaq mestilah saling "kamil muttakamil", lengkap melengkapi, lantaran kita ibarat batu-bata dalam sebuah bangunan, saling memerlukan untuk mengukuhkan bangunan tersebut . andai kurang satu antara kita maka goyahlah perjuangan kita.. but don't worry Allah always with us..
so, setiap orang ada kelebihan masing2.. bagi yang pandai berkata-kata bagi tugas yang perlukan dia berkata-kata, bagi yang hebat dalam teknologi maka serahkan tugas2 teknikal kepada dia, bagi yang tak boleh berkata-kata (bukan bisu tp kurang yakin) tp kreatif atau hebat dalam dakwah fardiah.. serahkan tugas yang sesuai dengan kelebihan dia.. simple kan.. jangan pening2..
namun sebagai ikhwah dan akhawat, kita perlu berguna di mana sahaja kita berada (10 ciri2 individu muslim).. so, kerja perlu dicari.. gali kelebihan diri dan serlahkan.. pada kekurangan cuba perbaiki dan jadikan ia kekuatan demi kebaikan diri dan islam.. insyaAllah.. Takbir!! AllahuAkbar!! semoga sahabat2 seperjuanganku terus tsabat di jalan ini dan sentiasa di dalam redha-Nya....
Jika Allah inginkan kebaikan pada diri kita, DIA akan menganugerahkan beberapa kesusahan.. Pilihlah syurga jangan memilih neraka.. ~S.A.B.A.R & SOLAT~
"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie
"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"
~ muhasabah diri~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment