"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie

"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"

~ muhasabah diri~

Tuesday, September 29, 2009

hati..aku..sejemput..


selawat dab salam ke atas junjungan Nabi Muahammad SAW, ahlul bait dan sahabat-sahabat baginda.. jazakallah..

hari ni dah 11 Syawal.. erm, cepat jer masa ni bergerak.. semalam terjumpe blog Murobbi dan Zaujnya semasa ana di bintulu.. dekat dalam tu ana terjumper sesuatu yang pernah dia ceritakan pada 'family Ar-ruhul Jadid'...

" dia taknak jumper akak dan taknak dengar akak cakap.. akak bagi surat"

tu lah kata2 my murobbi dalam ketawa yang sweet.. walaupun sejiput jer dia cakap tapi masa tu ana nampak betapa besar jiwanya dalam berusaha mengenalkan insan2 di muka bumi ni tentang hakikat sebenar penciptaan manusia dan haq syahadah...tanam fikrah ler...

so, ana baca dgn lanjut lagi dan ana terjumper "wahai Da'i hati jangan sejemput".. erm ayat ni lagilah kena baang hidung ni.. apa taknyer hati macam hati kuman cepat jer terasa.. masalah2.. tp bile dah tua sket ni hati dah pandai sket2 tu tidak macam hati kuman..

"eleh sket jer pun.."

xpelah sket2 pun hati ni der rasa nak belajar untuk jadi kental macam NAbi Muhammad SAW, Imam Hassan Al-Banna, Sayid Qutub, Abu Dzar, dan ramai lagi..

"ehceh, nak yang best2 'macamnya' tu"..

aik apa plak... bukan ke impian tu mestilah melangit tinggi.. betol tak?? kita usaha aje.. hasil tu kerja DIA..

eh, hati sejemput.. memang hati ana sejemput.. kdang2 dgn akhawat pun nak sejemput juga.. kena belajar belapang dada ni.. if baca buku 'bagaimana menyentuh hati oleh Abbas As-Sisi' kita dapat lihat dan belajar bagaimana berlapang dada.. sebab dalam buku tu ada bagitau apa kita patut buat dan kenapa kena buat macam tu.. so, dengan cerita2 sebenar yang dia paparkan tentang kerja dakwah orang terdahulu hati kit aakan mula belajar untuk belapang dada.. sebab kita tahu ada orang dah merasainya lebih dulu dari kita dan itulah resam perjuangan..

dekat dunia ada macam2 perangai manusia dan kalau hati kita sejemput maka apa pun kita buat pastinya kita akan bertemu dengan kebuntuan dan jadilah tekanan.. bak kata Tuan HAji seni perangai2 manusia..

so, hati ini.. jangan sejemput k...

Sunday, September 27, 2009

...mohon sangat2...




dunia ini memang benar2 ibarat lautan...
yang penuh bekalan akan terus berlayar hingga ke syurga..
yang leka dengan gurau senda dunia terus karam ditelan lautan..
sangat sedih..
'mereka' lautan yang menghanyutkan diri dia..
dibulan syawal ramai yang bergembira namun dia menyambutnya dengan air mata..
tekad dan bulat takkan hati dia membenarkan diri terus menuju neraka..
kerana azabnya tidak terkira..
terasa tiada siapa yang ada di sisi dia kecuali Yang Maha Esa..
diconteng arang kemuka oleh 'mereka' bukanlah perkara biasa untuk dia..
hanya kerana malunya sebagai muslimah..
air mata dia mengalirkan lagi..
hanya kerana ingin menjaga batas dan aurat dia dikata 'anti-sosial'..
namun hati dia terdidik, "pasti salah diri dia sendiri dan bukan 'mereka "...
kerana dia yang faham bukan 'mereka'..
menyambut syawal di rumah dia rasa bahagia namun peritnya tetap ada..
hati dia tidak terasa kuat kerana ada saje ujian buat dia..
hati dia redha namun air mata mengalir kerana fitrah manusia..
terus dia berusaha kembali kepada fitrah insan..
mohon bantuan Yang Maha Mengetahui, Maha Berkuasa..
Ya Rabbi lindungi dia agar dia tidak karam di lautan yang penuh gelora..
Ya Rahman, YA Rahim kasihi dia kerana dia tiada siapa selain Engkau..
Ya Wahab beri dia insan2 yang mendekatkan diri kepada Engkau..
Ya Muhaimin lindungi cinta dia agar hanya satu cinta dalam hati dia..
mohon sangat-sangat Ya Allah...
kerana dia selemah-lemah manusia dalam menghadapi 'mereka

Wednesday, September 16, 2009

...salam Lebaran....


dengan lafaz bismillah... dengan rasa kerdil ana mohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan ana...

Monday, September 14, 2009

..Ramadhan dah nak berakhir..

dengan nama Allah Yang Maha pengasih, Maha Penyayang...

selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammada SAW, ahlul bait dan para sahabat baginda....






mengharap Ramadhan ini mampu memberi petunjuk pada ku.. (-_-)


mohon doa dari insan2 yang doanya sentiasa dekat dgn Allah mendoakan yg terbaik buat ku...

Ya Allah thabat kan hati ini di jalan kebenaran menuju firdaus mu..


Friday, September 11, 2009

dulu?? tapi kini??

dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..

selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahlul bait, serta para sahabat baginda.. jakallahu khairan khathira..


erm.. kenapa tibe2 ada 'Agar Bidadari Cemburu Padamu'.. nak cerita sket.. buku ni dah lama dalam simpanan ana hampir setahun tapi ana baru baca 107/254 pagenyer.. tak sepatutnya berlaku kan.. itulah ana ni suka memilih.. sebab dulu2 dan maybe kini jualah.. ana sukakan buku2 yang banyak kaitkan dengan ayat2 Al-Quran dan kisah para sahabat.. Kisah Rasulullah SAW dan kehidupan baginda lagi2 lah ana suka...tapi buku ni lain sket..

sebenarnya 2 tahun dahulu ana pernah baca beberapa page buku ni.. tapi kata org ia tak kena dengan jiwa ni..(ngada betul).. so, ana tepikan buku tu dan ambil buku lain.. dan yang pelik dah hampir 3-5 buah buku dan lebih tebal dari buku tu ana bleh habiskan.. he2 tentang kisah para sahabat.. logiklah kan.. dalam kata lain buku2 tarbiah ni.. payah sket.. dan buku tarbiah first yang ana baca adalah "Apa Erti Saya Menganut Islam" .. sebab ana sedar pe2 pun kena belajar juga baca buku2 tarbiah..

dan selepas menghabiskan beberapa buku2 tarbbiah yang lain.. akhirnya dengan izin Allah ana beli buku ni tanpa dirancang.. sebenarnya nk gantikan buku seorg kakak yg ana mungkin hilangkan tapi buku dia dengan izin Allah kembali ke pangkal jalan.. so, buku tu termasuk dalam simpanan ana lah akhirnya..

yang lawaknya... tiga kali ana baca buku ni dan simpan balik.. hu2 buku ni tak best jugak bg ana.. alkisahnya disebabkan dulu dah kena marah
dgn Murobbiah pasal tak byk membaca buku2 tarbiah
(taklah marah tp teguran tuk budak manja mcm ana ni mmg kena marah.. jalan ni bkn tuk org manja k).. ana didiklah diri membaca juga.. sebab akhi kata dgn membaca keazaman kita makin bertambah dan kita sukar tuk futur sebab dekat situ pasti kita temui jalan.. selain solat malam dgn membaca juga keazaman kita makin bertambah.. hem.. menarikkkkkkkkkkk... so sweet..

kini dah belajar baca buku2 tarbiah seperti Bekalan jalan dakwah, Menjadi Murobbiah sukses, buku tauhid, kiat2 menyentuh hati, Asa2 islam, Sejarah dan teladan, fil zilal dan lain2.(lambat nak habis perlu bermujahadah.hu2 kelemahan ana ). makanya.. hati kian matang , insyaAllah wa Alhamdulillah.. cara penerimaan pun dah berubah.. tak macam dulu2.. berkerut-kerut dahi bila baca...sekrg bleh tersenyum dan kadang ketawa sendiri even tgh baca makna ayat2 Cinta Dari Allah (al-Quran) jer.. (^^,)

so, nak kongsi dengan blog ni.. ketahuilah bahawa ana dah tersenyum bile baca buku " Agar Bidadari Cemburu Padamu".. tapi time tgh semgt2 ni.. he2 der kerja sihir palk yg bertimbun.. so, harap2 smgt ni tak lutur dek kerja sihir yang mencurah-curah tu...

dari buku tu:


sabda Rasulullah SAW.. wanita2 dunia lebih utama dari bidadari2 bermata jeli seperti kelebihan apa yg nampak dari apa yg tidak terlihat.. sambung baginda lagi, kerana shalat mereka, puasa dan ibadah mereka kpd Allah.Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara, dan sisirnya terbuat dari emas.. maka mereka berkata "kami hidup abadi dan tidak mati. kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali.kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali.kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. berbahagialah org yang memiliki kami dan kami memilikinnya"...


so, go2 strive for mardhatillah...

Tuesday, September 8, 2009

benar kah??

dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..

selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahlul bait serta para sahabat2 baginda...

buat pejuang2 islam di luar sana semoga kalian tsabat di jalan ini.. semoga kalian peroleh rehat yang kekal abadi di sana nanti.. uhibuka fillah :')

jalan yang panjang... telah menjadi pilihan ramai Da'ei.. jalan yang penuh dengan onak dan duri.. jalan yang menagih sejuta pegorbanan dan kesabaran dari kalian.. tahniah2222!!!!!!!!!!!!!!!! kalian memang tabah...

diriku???

ah, tak layak untuk menilai.. hanya Yang Esa lebih layak dan hak Nya yang kekal.. makhluk di muka bumi ini tidak layak sama sekali...

hari ini tibe2 teringat kepada folio tentang salah silah keluarga yang di buat oleh adik bongsu kami... kesemua biodata dan sejarah keluarga dia paparkan.. menarik.. nampak benar dia seorang yang kreatif..
alhamdulillah, Allah menganugerahkan kepandaian kepadanya.. dari darjah empat dah kena masuk asrama.. muda2 dah kena berdikari.kesian dan lucu jugak bile teringat cerita dia semasa awal2 masuk asrama... semoga terbentuk dengan acuan alQuran (-_-).. ameen...

erm.. menarik tentang folio yang dia buat adalah pada motto yang dia reka sendiri untuk semua ahli keluarga kami.. kononnya, itu adalah prinsip kami adik beradik.. setiap orang ada motto masing2..eleh, padahal si bongsu ni yang reka, ikut sesedap rasa dia jer..ngeh2..

dan yang lebih lura biasa dimana semua ahli keluarga ana dapat motto yang biasa kita dengar dan sempoi.. ala macam "Hidup mesti happy", "hardworking" dan seiring dan sejalan dengannya... namun apabila tiba kepada biodata ana, terpapar

"THE SOLDIER OF ALLAH"..

ana tergamam.. ana tanya kenapa motto ana sangat2 berbeza dengan orang lain.. dan dari mana dia dapat..

katanya.. dia tak tau nak buat apa.. so, dia geledah handphone ana.. dia jumpe sebuah lagu yang ada lirik "the soldier of Allah".. dia merasakan motto itu kena dengan diri ana... so, dia jadikan sebagai motto ana...dan setiap biodata, dia letakkan gambar kartun yang dia gunting dari majalah2 di rumah kami dan lebih mengejutkan ana adalah pada gambar ana dia letakkan gambar seorang perempuan yang sopan bertudung .. gambar adik-beradik lain plak agak tak logik... namun dia tak kisah pun..katanya dia suka..namun pada biodata ana dia pastikan ia memaparkan tentang diri ana...

ana tersenyum namun senyuman yg penuh dengan sejuta makna dan mungkin tiada makna langsung..KOSONGGGGGGGGGGGG..

DAN..

benarkah itu motto ana??

benarkah ana adalah ansorrullah??

ahh, diriku diperhatikan rupanya...

patutlah semasa ana menegur seorng indian yang melarang kakak ana memakai tuduang ketika di kolam mandi,laju je mulut mongel si Ammar bertanya sedemikian:

"dah habis bagi ceramah ke makteh?" nasib baik ada makteh.. bunyi mulut mongel tu lagi...


BERATTTTTTTTTTT...

jalan ni panjang.. byk yang perlu ditempuh..tapi mampu or tak.. tetap kena tempuh..kerana dunia bukan matlamatnya..

dan menkautkan setiap tindakan ana melambangkan agama yang ana pegang ..ISLAM..
ia terkesan pada mata yang memandang.. dan ana nampak berbeza di dalam rumah ana sendiri.. oh Allah semoga ia lebih mendekatkan hati2 kami dalam perjalanan bertemu dengan MU..

sebuah ungkapan...

jadilah seperti lebah, makan daripada sumber yang baik dan mengeluarkan hasil yang baik dan manis pula. Bila ia hinggap di ranting, tidaklah pula sampai mematahkannya, menghisap pati bunga tanpa menyegatnya, mengeluarkan madu tanpa juga tanpa menyengatnya, terbang dengan sebaran debu kecintaan, lalu hinggap membawa kasih sayang. Bersara dengungan bagaikan mebawa berita gembira dan suara desingan umpama ungkapan kesyukuran, ia seakan malaikat dari langit yang turun ke bumi dari alam yang kekal..

~~~~ jadilah macam lebah...... semoga diri ini tsabat...

p/s: dulu ana selalu bgtau pda anak2 usrah. "masuklah islam dan bekerjalah untuk islam kerana Allah dan bukannya kerana akak yg sebar kekurangan ini.. sebab kalau akak futur (naudzubillah) xkan adik2 nk ikut jugak.. masuklah islam kerana Allah dan agama islam itu sendiri.. kerana islam itu sangat2 indah.. akak masih memperbaiki diri"... sebab ana bukanlah layak untuk dijadikan cntoh dan sgt2 takut ana menjadi pnghalang adik2 tuk faham dgn lbih dalam..

Wednesday, September 2, 2009

bleh tak rasa terpaksa??

dengan nama ALlah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahlul Bait dan sahabat2 baginda.. erm, hari ni ana terima tiga berita yang agak menyayat hati.. pada awal pagi ana diberitakan tentang keadaan family ana yang porak peranda kerana terlalu terikat dgn dunia, pergaduhan tercipta kerana sikap pentingkan diri sendiri, duit yang mengkaburi mata dan matlamat mereka tak tertembus terus ke pintu syurga... dan seorng teman ana yang juga ada masalah dalam keluarganya (xperlu detail) dan yang ketiga adalah berita tentang kembalinya seorg ibu teman ukhwah fillah ana ke rahmatullah..

pada mula nya ana terasa berat dgn ujian yg diberi namun apabila melihat kedua sahabat ana diberikan ujian yang lebih besar.. hati beristigfar.. ujian yang ana terima tak berat langsung.. sedarlah!!!



disaat hati cuba menghadap Illahi, berlegar-legar difikiran ana tentang pemergian insan yang tersayang.. even bukan ibu ana yang pergi pada bulan yang mulia ini tp kesedihan itu amat ana rasai kerana ana sayangkan sahabat ana itu tak dapat diluah dg kata2 dan hanya Allah yang tahu.. walau tak serapat mana, maybe krn cara yang dipilih berbeza sedikit shj namun dgn ketentuan Allah kami sentiasa berusaha memperbaiki hubungan kami.. dia dan ana masing2 menyedarinya... bertuah arwah ibunya, kerana ada anak2 yang soleh wa solehah sebagai bekalan...

tapi per yang paling sedihkan lg ialah jika yang pergi itu adalah ummi wa abi ana... ah, itu yang ana terasa berat.. rasa sedih dgn pemergian mereka itu sudah pasti kerana fitrah manusia yang ada rasa rindu di hati ini.. dan rasa sedih, pedih dan perit lebih2 lagi apabila memikirkan mereka meninggalkan seorg anak yang tidak dapt membantu mereka di 'sana' nanti.. bab ni yang mengalir laju air mata ni...teruknya anak macam ana ni.. :(

tibe2.. ana terasa terpaksa jadi baik, terpaksa jadi solehah, terpaksa dengar perintah Allah, terpaksa menyampaikan, terpaksa akur dengan kehendak Allah, terpaksa jadi santun, terpaksa..terpaksa.. dan terpaksa....!!!!!!!


ana terpaksa kerana ana tak nak melawan kuasa Allah, kerana tahu segalanya adalah pinjaman drNYA, kerana tahu kepada-Nya adlah tempat kembali yang terbaik, kerana tahu nikmat syurga itu tiada tandingannya, kerana tahu azab Allah amatlah berat.. kerana tahu. kerana ana tahu.. ana tahu..!!!

xper ker ana rase terpaksa???


kerana ana yakin hanya insan2 yang soleh wa solehah dapat memberi pengaruh yang baik kepada org sekelilingnya, hanya insan yang berakhlak mulia akan didengari kata2nya, hanya insan solehah mampu memiliki keluarga yang barakah dan bahagia di dunia dan akhirat..

xper ker ana rasa terpaksa???

ana perlu jadi baik baru Allah akan izinkan ana tuk bimbing family tercinta untuk sama2 menuju ke syurga....


ana terpaksa!!!!!!!

"Tegakkan islam di dalam hati kamu, nescaya akan tertegaklah islam di bumi kamu"
#Imam Hassan Al-Banna#
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...