"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie

"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"

~ muhasabah diri~

Friday, August 28, 2009

..**Camner nk rase BEST jumper DIA**..

dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad SAW, ahlul Bait dan para sahabat baginda.
(^^,) he2.. der yg kata segala ilmu yang kiter dapat kita kena bocorkan.. baru ia dapat menguatkan roh kita lg kerana ia seolah-olah (mmg betol la kan) kita refresh balik per yg kita dapat...


cara nak bocorkan??


1. amalkan per yg kita dapat

2.berkongsi dgn org len

3.menulis or melukis pun boleh

selamat mencuba..

(^^,)
oklah, ana nak pergi kpd bahagian tuk ana "membocorkan" ia dan alhamdulillah ana sedaya upaya dengan izin Allah mengamalkannya dalam ibadah seharian ana... namun, tuk mencapainya hanya Allah yang layak memberinya pada kita..

pernahkah tak kalian dengar satu ayat Allah iaitu yg berbunyi begini:

Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Qur'an) dan dirikanlah salat. Sesungguhnya salat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (salat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadah-ibadah yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(29:45)



Sesungguhnya salat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. hah, best kan.. kat dunia ni ramai org yang bersolat.. wah, pasti ia mencegah dari keji dan mungkar.. aman la dunia ini :)

TAPI.............

dia solat tapi kenapa tak pakai tudung?
dia solat tapi kenapa masih mengumpat org (naudzubillah)?
dia solat tapi kenapa pakai baju macam tak pakai jer?



erm, sedih ni.. kata murobbi.. input nya dah salah.. maka output pun tak kena lah.. hah, tau ke apa input n output nyer??? :)


sebenarnya selama ini ana meyakini bahawa hamba2 yang sentiasa ternanti-nanti waktu solat dan gembira apabila bertemu, merindu apabila berpisah adalah disebabkan mereka ikhlas melakukan ibadat kerana Allah..dan takutkan azab-Nya.. kita tau kan, ikhlas tu Allah jer yang tau.. dan ana sentiasa ingin merasai nikmat yang sebegitu..sentiasa ingin terasa seronok sangat biler dpt berjumpe Allah (dlm solat) dan rindu untuk bertemu lagi.. namun, alangkah payahnyer untuk mendapatkannya.. :'(


namun apabila berkumpul dalam "keluarga" ARJ tibe2 ana dapat satu maklumat baru.. ikuti perbualan kami:

kami: input tu adalah sesuatu yang mendorong atau yang menolak kita untuk melakukan sstu.. (berkerut dahi murobbi) dan auput itu adalah TAQWA.. sudah pasti niat kita kerana ALlah (komfem) dan pastinya bukan kerana takut mak marah :P ..
dan diantara niat dan TAQWA, der dua proses iaitu amal dan amar makruh dan nahi mungkar.. di mana apabila amal kita totally kerana ALlah maka ia akan menjadikan kita seorg yang amar makruh dan nahi mungkar.. so, lahirkan insan berTAQWA..

murobbi: mana pulak saya pernah sebut tentang niat (yg menerangkan pulak berkerut dahinya, ditambah dgn garu kepala yg tak gatal tu, ngeh2). niat? menolak? tak suka kata menolak (sambil tergelak kecil). macam ni.. (lebih krg nk tambah bleh jer)
Allah yang mencipta kita dan DIA mengetahui secara detail tntang kita.. dan dia mengetahui fitrah mahluk yg bernama manusia ni.. fitrah manusia suka meluahkan apa yg mereka rase.. contohnya, if kita sayang mak kita, pastikan kita peluk cium dia bille berjumpe.. bagi macam2 dkt mak tanda ksh sayang kita..
tapi mcmn nak tunjuk dekat Allah??
per yang kita nak tunjuk??
Iman dan islam.. anda bersyukur tak dapat merasai rasa nikmat Iman dan Islam?? dan mcmn anda nak tunjukkan rasa syukur tu?? menjerit ker?? :)
jeng..jeng..jeng..
makanya, Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana yang sentiasa mengetahui iftrah manusia telah mengkhususkan solat sebagai satu cara tuk kita meluahkan rase syukur kita dgn nikmat yang kita perolehi.. so, sweet..

bayangkan anda mendapat rumah besar tanpa bersusah payah dan tak tau mcmn anda boleh mendapatkannya.. hah, pada sape anda nak ucap terima kasih?? takkan nak tulis surat or email pd yang tak bernama.. pastinya anda nak juga luahkannya kan? if tak anda akan rase something yang kurang..
hah, macam tulah dengan nikmat Iman dan Islam.. xkan nak bg hadiah dekat Allah sedangkan hadiah tu milik Allah juga.. maka, bersolatlah dan tunjukkan per yang kita rase..


selepas diberi penerangan tu barulah ana tau per tujuan sebenar kita solat.. xdernyer.. 'menolak' wa 'mendorong'.. (^^,)

p/s: rase syukur dan rendah diri payah kita nak buat2.. hanya Allah yang mampu memberinya...

Monday, August 24, 2009

rasa sangat sedih

dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang,,

selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahlu bait dan para sahabat baginda..

..............................................................................................................................................................................

entah kenapa ana rasa diri ini sgt2 jahat..
padahal syaitah dah kena ikat..
berdamping dgn bulan yang mulia terasa benar diri ini penuh dgn dosa..
huaw..
pe nak jadi dengan diri ana..
bencinya der sifat negatif dlm diri ni..
huaw..
mana ketenangan..
huaw..
ana gagal didik nafsu sendiri..
huaw..;'(
bantu ana!!!!!!!!!!!!!!!!



ya Allah leraikan dunia dari hati ku..
mati kan aku dlam iman..
redhai aku menjadi hambaMU
letakkan aku bersama ahli syurga mu..
walaupun aku tidak layak..
apa lagi yang dapat lu harapkan?

Friday, August 21, 2009

.. alhamdulillah..

dengan nama Allah Yang Maha Pengasih , Maha Penyayang..

selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muahammada SAW, ahlul bait dan para sahabat baginda.. jazakallah..

sebagaimana happy dan cerianya hati ana melihat bunga ros merah hadiah dari family tersayang... diharapkan begitulah hati2 kita ketika bertemu dengan Ramadhan. pastinya ahli ibadah dan saudara2 kita di luar sana sangat menanti kehadiran Ramadhan, kini kerinduan mereka terubat.. alhamdulillah, syukran ya Allah kerana mengizinkan ana bertemu dengan Ramadhan pada kali ini..

syahdu rasa hati ini lantaran terasa gusar untuk melalui Ramadhan pada kali ini.. semoga Allah memberkhati bulan Ramadhan ana pada kali ini.. semoga kita semua menjadi insan2 yang terpilih... ameen..





wallhua'lam.. :')

Wednesday, August 19, 2009

...Sahabat Pakistan ku..

dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Pengasih

selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah SAW, kaum kerabat serta sahabat2 baginda.. jazakallah..

selamat petang dan salam ukhwah fillah..

sebenarnya ini bukan lah waktu utk ana menulis blog (mengikut jadual) namun jadual ana weekend telah penuh dgn aktivt dakwah dan juga tuk tarbiah diri... so, sebelum tangan ini lancar memegang buku2 sihir, ana da sstu nak share kat sini..

ana der seorg sahabat dr Pakistan namanya Muhammad Tariq.. nice kan nama die.. ana kenal die dlm skype dan dia berumur 2o tahun, satu tahun muda dr ana.namun gejolak yg melanda negara nya menjadikan die seorg yg matang.. die selalu ckp bile2 masa jer nyawa die terancam.. dan kita semua sedia maklum kan keadaan org islam di PAkistan... diorg diancam dan kematian di mana sahaja...

oklah , berbalik kepada pertemuan kami semula di skype.. he2 dah lama kami terpisah kerana ana dh lama tak buka skype.tibe2 roomate ana di bintulu der bgtau yg Tariq mencari ana dan nak hubungi ana. disebabkan ana dh tukar no fon Tariq tak dpt cr ana. walau sehebat mana gejolak rs ingin tahu dalam hati ni namun ana tekad. xnk gangguan. so ana tak izinkan tariq tuk memilki no fon ana . cukuplah di internet sahaja.. yg bestnyer mase tu die berada di Bumi Malaysia,Kajang.. he2.. tak lain ler tu. pasti nak jumper ana.. hu2.. afwan Allah tak bg da ;)

suatu hari, kami bertemu di skype. wah bukan main seronok die.. hu2, ana pelik gak org Pakistan ini.. disebabakan ana ni Khadijahyusra dan menjadi diri ana sendiri sbgi seorg muslimah.so, dia amat sayangkan ana (jgn salah faham k, sebab ana pun tak faham..) die dtg ke malaysia tuk uruskan perkahwinannya dgn Farah (org sini). namun der masalah berlaku, katanya Tok Kadi tak dpt terima pernikahan mereka krn der mslah dgn surat nikah diorg (no komen ana xder pgalaman).. sedih gak ana, couse makin lama ler die bercinta...dan kesian juga pd mereka.. dan skrg die mungkin brada di Pakistan tuk cr pyelesaian. smg dipermudahkan

lama ber' skype kuar satu isu dan maybe luahan hati dr Tariq...
**YA___HABIBI** : early days
**YA___HABIBI** : i cant eat that
**YA___HABIBI** : peoples were laughing on me

**YA___HABIBI** : ahhhhhh very nice train

**YA___HABIBI** : but i cant sit in train next to girl

**YA___HABIBI** : i feel shy

**YA___HABIBI** : ohhhhh shit

**YA___HABIBI** : here is girls
**YA___HABIBI** : wear very half cloths
**YA___HABIBI** : oho
**YA___HABIBI** : their legs can see easily
ana terpinga dg ayat die. maknanya die mmg tak pernah tgok situasi yg teruk mcm tu dan maknanya xder org yg pakai baju 'tak cukup kain' di sana.. wah, ana sgt kagum.. patutlah diorg byk diuji.. Allah sayang rupanyer.. so, Islam di sana dah berkmbang dan tentunya ramai jer nk g kaco.. so, mari kita sama2 doakan saudara2 kita di sana..




P/s :
- tak cukup kain tu .. cukup2kanlah.. malu jer.. buruk ropenyer
-diri ku sedang bermujahadah.. doakan ana..

Thursday, August 13, 2009

Rehat???

dgn nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..

selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, kaum kerabat serta sahabat baginda..

minggu ni ana perasan ustaz kesayangan akhawat sering update bloknyer.. dan setiap per yg disampaikan pastinya menegur para Da'ei dgn caranya yg berhikmah.. lantaran dia sayangkan islam dan anak2nya. pastinya ia suatu masalah jika ustaz menegurnya.. teguran itu juga terkena pada ana.. jazakallah ya ustaz..

teringat murobbi der cakap suatu ayat "rehat yg batol adalah rehat dimana bukan kita rancang nak rehat tp bila tubuh kita memang btol2 perlukan rehat".. cntohnya, kita wat kerja sehabis baik dan badan kita dgn sendirinya berehat (tertidur) tanpa kita rancang.. herm, tu lah btol2 rehat yg bleh jd ibadat.. so, kita wat jer kerja jgn risau2 biler nk rehat.. badan kita lbih tau biler ia perlu rehat..



ana baru jer habis baca satu buku " cebisan hati manusia". der ayat tu die cakap tentang TIDUR.. he2.. biler dh tidur susah tul nk buka mata ni tau.. jahiliah2..

"ilmu tidak akan dicapai dgn kerehatan tubuh badan"

maknanya selama ini ana tidur dahulu baru study adalah salah.. ana merancang waktu rehat ana.. hu2.. ana telah rugikan masa ana.. die pun der cakap "bayak tidur membazirkan umur". pandai btol penulis ni tau.. terasa ana.. betollah.. Sayid Qutub der cakap " kewajipan lebih byk dari waktu". so kalau kita byk tidur maka kita dh bazirkan byk umur kita.. hu2.. sedihnya..

der syair dlm LA TAHZAn

"wahai penggemar tidur,
banyaknya kamu tidur,
sesungguhnya selepas kehidupan
adalah tidur yg panjang"

hah, tidur tu kan mati.. kenapa ler kita suka 'mati' yerk? so, jgn lah tidur. hu2, sanggup ker?

dah tu biler nk rehat??

seseorg bertanya kpd imam Ahmad:"Bilakah waktu rehat"
imam Ahmad menjawab : "Apabila kamu berpijak di syurga, maka rehatlah"

der seor gibu menggerakan anaknya utk solat malam.. lalu anaknya menjawab "Aku hendak berehat sebentar".. maka ibu pun menjawab " Aku tidak menggerakkan kamu melainkan supaya kamu dapat berehat,apabila kamu masuk syurga , rehatlah"

dekat sini, xder lah ana kata kita xleh tidur.. cumer jadikan tidur itu sebagai ibadat jika berlebihan ia menyebabkan kemalasan kpd kitta..

sediakan tempat tidur 'disana' agar kita tidak menyesal.. pernahkan dgr ayat dlm AlQuran??

Alangkah indanhya kalau aku dahulu sediakan amal2 baik untuk hidupku (disini)
(al fajr:24)

semoga rehat dan tidur kita menjadi ibadat.. jgn menjadi penyesalam 'disana' nanti..

umat diluar sana masih terlelap sedangkan mereka tidak sedar mereka blum terjaga.. umat diluar sana sedang terbakar,namun mereka tidak sedar mereka sedang terbakar...

p/s: ingatan keras buat ku

Tuesday, August 11, 2009

...dari insan yg tak pernah jemu berjuang..

Salam,
Ketika setiap dari kita mula melangkah ke jalan ini, masing-masing akan menyangka ianya adalah jalan yang nyaman, tenteram, harmoni. Semua akan menyangka manusia lain akan menyanyangi mereka kerana mereka adalah orang-orang yang baik dan inginkan kebaikan. Peserta-pesertanya pula tentunya ramah, bersopan santun, murni dan begitu ukhuwwah… Hati-hati akan tentunya tenteram damai kerana ia adalah jalan yang diredhai Allah….
Tetapi….
Tiba-tiba pesertanya dikejutkan dgn kejutan yang tidak disangka-sangka. Angin bertiup kencang. Ombak mula berubah. Penumpangnya mula berubah. Ada yang mula mementingkan dirinya.. ada yang marah-marah dan ada yang bergaduh sesama sendiri.
Adakah kita akan lari? adakah kita akan terjun dan berpatah balik ke belakang berenang ke darat semula?
Tidak…
Suatu yang silap untuk berpatah balik kerana balik ke belakang ertinya membiarkan umat terus disambar jerung dan helang. Perjalanan perlu diteruskan.
Mungkin para si penyeru pada awal-awalnya terlalu indah menceritakan perjalanan ini. Mungkin si penyeru takut untuk menceritakan pada kita pada awal-awal dulu tentang tabiat perjalanan ini. Mereka hanya menceritakan kepada kita cerita-cerita indah dan menarik.
Kita mesti ingat, kita bekerja dgn manusia. Manusia yang tidak akan lepas dari silap dan salahnya. Manusia yang tidak akan dapat membunuh nafsu dan syahwatnya. Manusia yang tidak pernah syaitan merasai putus asa untuk mengganggunya.
Jika kita kenangi ini semua, kita tidak akan putus asa. Gugur dan futurnya kawan-kawan, beratnya tohmahan dan fitnah, bergejolaknya dalaman harakah islamiyyah, ber’politik’nya sesama pimpinan dakwah, panjang dan sengitnya pertarungan, semua ini tidak mengubah hati kita walaupun seurat rambut.
Jika fitnah ‘poliking’ atasan melemahkan semangat kita, tentunya sahabat di zaman Khalifah Ali dan Muawiyyah lebih layak untuk lari dari jihad dan dakwah.
Jika tekanan dan siksaan menakutkan kita, tidak pernahkah kita mendengar cerita Sumayyah dan SQ yang mati kerana mempertahankan aqidah mereka?
Jika panjangnya perjalanan usaha ini, tidak sabarkah kita sesabar Nabi Nuh as.?
Jalan kita akan menyaksikan itu semua. Kerana kita memerlukan organisasi dan keketuaan, maka kita harus membayar harga sakit penat dan remeh temeh organisasi demi untuk mencapai yang lebih besar…
Jika anda telah merasai bosan dan bengang dgn masalah-masalah ini semua, saya tentunya orang yang lebih dahulu untuk merasainya….
Wassalam.

link : ustaz salam - Munthalaq

Friday, August 7, 2009

..Doakan Ana..

dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..

selawat dan salam atas junjungan yang di Kasihi Rasulullah SAW, kaum kerabat serat para sahabat baginda.. Jazakallahu khairan..

hari ni der "Akhawat Game" di Setiawangsa.. namun ntah kenapa ana tak berada di sana.. dalam taksedar ana tak terpilih oleh Allah untk berada di sana.. :"(

usrah malam tadi mebicangkan surah Ali-Imran : ayat 133-144... Murobbi byk memperkatakan tntng Da'ei yg tak dapt tempuhi JALAN INI dan mengundurkan diri.. Murobi byk menekankan bahawa pilihan atau tapisan bukanlah dibuat oleh manusia. namun ia dilakukan oleh Allah..

hu2, air mata ana mengalir lagi hari ni.. kenapa ana berada di sini dan bukannya di sana.. hanya sekadar sakit yg sedikit ini menjadi alasan unuk ana tidak hadir.. jauh di sudut hati ana sakit ini bukanlah alasan utama.. tapi der sesuatu yg sering mengganu hati Da'ei yg hina ini..


ana ingin terus tsabat di JALAN INI namun terasa jatuh lantaran jahiliah yg sentiasa mengejar-ngejar ana.. ana ingin jer bertanya,, " bleh tak if ana terjatuh dan bangun, kemudian ana jatuh lg kemudian bangun kembali..again" sedangkan seorg muslim itu tidak akan mengulangi kesilapan kedua kali..


sedihnya...


dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan pula bersedih hati , sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu org beriman
(ali-imran:139)


ana memang terasa sngt2 lemah.. teringat Murobbi ana yg kedua pernah ulas ayat ni.. tuk memujuk hati2 yg kesedihan dan terasa penat dgn JALAN INI.. hu2.. tapi ayat ini teras lain pada ana untuk kali ini... terasa semakin sesak nafas ini.. huhu2

ya rahman.. ya rahim jgn KAU alihkan ana dari JALAN INI..



apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah org2 yg berjihad di antr kamu, dan belum nyta org2 yg sabar

(Ali-imran;142)



teringat kisah seorg hamba Allah ni, dia sntiasa beribadat dlm hidup dia, namun apabila di timbang amalannya. dia tak layak masuk syurga.. die berfikir di dalam hati ” jika aku yg byk beribadat pun tak layak masuk syurga macamna dgn org2 yang sntiasa lalai di luar sana? Kasihan mereka” dgn itu dia meminta agar Allah memsukkan di ake dlm neraka sehingga penuh pintu neraka itu dan tak de siapa pun yg bleh masuk neraka lagi.. betapa baik hati hamba Allah ini kan.. dgn itu Allah memasukkan hamba Allah ini ke dalam syurga disebabkan kebaikan yg ditunjukkan olehnya..



Hu2, banding dgn dia jauh betul ana ni... :(



Dan kamu benar2 mengharap mati (syahid) sblum kamu menghadapinay; maka (skg) kau sungguh telah melihatnya dan kamu menyaksiakannya.

(Ali-Imran;143)



Erm, ana yakin semua org nak Syahid kan.. sekrg bg para Da’ei kita dh lihat Syahid tu an jelas kefahamn kita kan.. Cuma kita hy perlu buktikan pada Allah samada kita sanggup utuk Syahid atau tidak.. hornestly ia bukan senang.. para sahabat yg berjidah di medan peperangan mnegakkan islam adalah insan2 yg bertaqwa.. so kit aperlu bertaqwa agar bolah syahid..



Dan bersegeralalah kau mencari kemapunan dr Tuhanmu dan mendapatkan syurga yg luasnya seluas langit dan bumi yg disediakan bg org2 yg bertaqwa. Iaitu org yg berinfak, baik di waktu lapang maupun sempit, dan org2 yg menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan2) org lain. Dan Allah mencintai org2 yg berbuat baik.

(Ali-imran:133-134)



Nah Allah kata syurga tuk org yg bertaqwa dan Allah tak kejam DIA dh bg formula tuk jd bertaqwa.. so sweet kan.. hah pernah dgr der ayat dimana Allah kata lbih krg begini ” Allah suka ummatNYA berdoa pdNYA dalam keadaan rendah diri”



Erm, bukan senang nak rendah diri tu.. bukan bleh buat2 dan hy Allah dpt bg rasa tu pada kita.. dan pernah tak dgr ayat lebih krg begini ” Allah memberi ujian kpd ummatNya agar ummatnya merasa rendah diri dan berharp padaNYA”.. lihat2 Allah tak kejam kan.. Allah nak kita merendah diri dan Dia tau ia tidak boleh dibuat-buat maka Allah anugerakan perasaan itu dgn cara yg Allah suka.. so sweeeeeeeeeeeeeeeeeeeet....



So, Allah tak pernah berubah. Dia sentiasa bg kita dan nikmta.. dan mengapa kit anak berubah.. teruskan berkerja di JALAN INI..



Maka Allah memberi mereka pahala di dunia dan pahala yg baik di akhirat. Dan Allah mencintai org2 yg berbuat baik.

(Ali-Imran:148)



p/s: Allah snts memperkenankan doa org2 yg soleh dan solehah.. maka doakan ana.. :'(



wallahua’lam..

Tuesday, August 4, 2009

...Dakwah Melalui Tauladan..

selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW beserta kaum kerabat baginda dan juga para sahabat...


alhamdulillah.. ana telah mengkhatamkan sebuah buku lagi.. herm, agak lama ana mengambil masa untuk m'khatamkan buku tersebut disebabkan pelbagai halangan yg dicipta dan tercipta.. pe2 pun semoga ia adalah yg terbaik dari-Nya..


sepanjang tempoh ana membaca buku tersebut ana mendapati segala pesanan yg sering ana dengar dari Murobbi ana ada di dalam buku tersebut.. hu2.. tulah bile disuruh bacer, selamber jer pulangkan buku tu semula kepada tuannya.. (bukn xnk bcer tak sempat)..oleh itu ana mengeluarkan dana sendiri membeli buku tersebut.. so, byklah info yg ana dpt sebagai bekal di JALAN INI...



masa ana bacer buku tersebut nak jer ana taip semua isi yg best2 tu dan forward pd semua akhwat.. rase sgt rugi jika tidak dikongsi... (insyaAllah ana akan wat sesuatu.. doakan k)..

di akhir kalam penulis ada mengatakan sstu yg menarik, even dah byk kali ana dengar ayat yg mirip mcm tu tp kali ni ia diulas dgn lebih baik.. katanya lebih kurng begini "ramai yang dapat membaca dan menghafal ilmu tapi tak semua mampu mengaplikasikan ilmu yg dibaca".. ulasnya lagi.. sebagai pendakwah, dakwah melalui tauladan adalah yg paling berkesan..hal ini kerana sekiranya se2org pendakwah itu berjaya mengaplikasikan setiap ilmu yg dibaca di dalam kehidupan sehariannya ia dapat membantu para pendakwah lain yg tidak cukup masa untuk membaca dapat mengetahui ilmu2 tersebut melalui tauladan yg dizahirkan.. so sekaligus ia dapat memberi kebaikan kepada org lain tanpa anda perlu bersusah payah..ia juga dikira sebagai berdakwah..mudahkan.. anda tetap menunaikan "Syahadatul Haq" tersebut..



dekat sini lebih jelas kita nampak dengan butiran ayat dimana ia bermadah " pejuang2 islam ni ibarat batu-bata yang tersusun kukuh dalam satu bangunan.. saling menguatkan dan saling melengkapi.." wah, indah betul dunia dakwah ini.. alangkah indahnya andai diri ini terus merasa nikmat yg indah lg suci ini..



:: adik2 ku

dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKU (agama islam) yg betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan jgnlah kamu menurut jalan2 (yg lain dr islam), krn jalan2 (yg lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jlan Allah, Dengan yg demikian itulah Allah perintahkan kemu, spy kamu bertaqwa..
(Al-An'am:153)



ana sendiri sentiasa bermujahdah untuk terus memperbaiki diri dalam jahiliah yg sentiasa mengejar dan tidak pernah kenal putus asa.. namun Allah da berfirman.. Amat dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa2 yg tidak kamu kerjakan ..As-Saff:3


so, kena buat baru bleh sampaikan..

wallahua'lam...



p/s- ana dah tambah koleksi buku tarbiah di mini library ana.. alhamdulillah der rezki lebih dan mg ia bermanfaat...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...