"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie

"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"

~ muhasabah diri~

Sunday, May 24, 2009

..MaKAnaN Jiwa...



Bismillah..

Hari ni nak cerita tentang makanan .. Mee KAri, Mee Rojak, Mee sup, Nasi lemak, Mee bandung dan macam2 lagi..
hu2.. sedap2, koyang eden if dapat semua tu..
ups.. He2, nafsu tu..

Apalah, sebut jer pasal makanan terus terbayang bab makan yerk.. (tp logik ler, makanan mesti ler makan.. ngeh2)..

tp hari ni ana bukan nak cerita tentang makanan yang masuk perut tu.. ana nk cerita tentang MaKanan Jiwa..( ehceh, mcm hebat jer bunyinyer)..he2..

oklah.. Ana terdetik nak cerita tentang tajuk ni sebab " i feel my spirit is back, even not enough".. mesti antumna nak tau kan mcmmn spirit ana kembali bertandang.. jeng..jeng..jeng.. do you why?? of cause u don't know right?? he2.. Is come from my "Usrah"..

antumna tau per itu usrah?? oklah, mengikut Syahid Hassan AlBanna usrah tu adalah satu halaqah (bulatan) ilmu dimana ia tempat kita berbincang, berkongsi, berkasih sayang dan segalanya tentang islam, isu semasa, diri kita, ukhuwwah dan segala-galanya lah. menarik kan.. erm, nak tau tak?? sebenarnyer usrah tu membawa maksud keluarga.. so, dlm keluarga kita tiada rahsia , semua dikonmgsi bersama dan itulah manisnya berada dalam usrah..

di dalam usrah kita banyak merujuk kepada AlQuran, maka dari situ pelbagai ilmu yg ana perolehi .. maka lahirlah sebuah kekuatan di dalam jiwa...

" seandainya Allah menurunkan AlQuran itu kepada akal maka Allah bersikap kejam kerana pemahaman dan kebolehan akal manusia itu berbeza-beza, namun Allah turunkan AlQuran itu untuk hati kerana hati manusia tahapnya sama.. maka jelas Allah tidak bersikap kejam"

Allah turunkan AlQuran untuk hati kerana kefaham manusia melalui hati adalah sama tahapnya dan ia jelas diturunkan AlQuran itu menjadi makanan atau bekalan atau kekuatan kepada hati.. maka dipendekkan cerita dengan menghadirkan diri ana ke dalam usrah maka jiwa ana mendapat makanannya.. dan disitulah spirit ana datang kembali..

betullah kata naqib wa naqibah.. tarbiah itu sangat2 penting kerana ia makanan bg jiwa kita.. sedangkan handphone kena topup selalu inikan iman kita .. sahabat ana pernah bg tips penenang hati pada ana.. die kata if die marah or tertekan dia akan baca AlQuran sepuas hati dia sampai dia tenang dan alhamdulillah .. dia selalu berjaya (hu2, patutlah dia mantap)..

Pengajaran :
:: sentiasa dekatkan diri dgn Allah
:: sentiasa akrab dgn AlQuran
:: he2, jgn ponteng usrah
:: jaga amal, hafalan dan lain2..

nasihat di atas ditujukan khas wat ana sendiri...

Thursday, May 21, 2009

.. bersangka Baik dengan Maha Pencipta dan Redha..

bismillah..

Alhamdulillah.. pagi tadi dah lepas temuduga ke2 tuk Ijazah Pendidikan..
he2.. pada mula nyer selamber jer.. tibe2 bile dgr kwn2 dpt sln susah mulalah kelam kabut hafal Kabinet Menteri.. he2.. rosak2... siap g tinjau visi UPMKB lg.. he2, lucu2..


tatkala melangkah masuk... Subhanallah berdebar jugak tp senyuman kat muka ana tu xleh nk buang.. yang kelakarnya ana dapat soalan cepu mas.. he2. nk tau per?? soalan die berbunyi macam ni.. " Kenapa awak nampak ceria??" .. rase terkejut ditanya mcm tu tp jwab jer dgn selamber " Sebab sy akan melangkah ke alam baru yg lebih mencabar"..
cewah.. jawapan xder dalm skema jawapan mana2 exam besar tu.. he2...
tp tu lah ana, akan senyum agar keadaan jd tak tegang.. so, bile keadaan tak tegang banyaklah plak soalan yg ditanya pd ana.. (pening2..)

soalan lain... die nak uji komunikasi ana, so ana ceritakan background ana dlm english (he, english yg broken).. selepas tu die ty ana " per nk jd selepas ni?".. maka ana ceritalah dr awal mcmn ana terlibat dengan bidang veterinary sehingga ana dapat merasai bahawa jiwa ana sebati dgn "pendidikan".. insyaAllah.. panjang lebar cerita dan berdebat kat dlm bilik tu..sampai kuar tntng penyakit haiwan, H1N1 ler.. maka terkeluarlah dr mulut diorng ana perlu jg DR.VET bukan guru.. (saje tul psyko)..

cuba menggugat... hu2.. diorg mengeluarkan pelbagai hujah untuk mematahkan semgant ana tuk menjd seorng guru.. macam2 helah diorg guna sampaikan ana diberi tugasan yg org lain tak dpat. agakyer lah(so far yg ana tau ler sebab kwn2 yg len tak dpt pun. kesian kwn2 kena tunggu ana habis ditemuduga, lame tul).. erm, diorg memang berusaha nk gugat ana.. diorg kata ana btter jd DR.Vet or Pensyarah.. dan diorg kata jd guru ana akan jd guru sepanjang hidup (xmaju ler)..dan mcm2 lg.. tp ana still senyum selamber jer..he2..

nak tau tugasan yg ana dapat?? he2, ok2.. lihat di bawah :

1) ana kena berlagak sebagai seorang guru kpd pelajar tingkatan 5 yg nakal (diorg memang nakal) dan mengajar subjek Sains Pertanian .. hu2, sgt mencabar.. murid2 tu nakal (pensyarah2 dr UPM serdang)

2) ana kena selesaikan masalah seorng student wanita yg der masalah hubungan sejenis..( hu2, nk tau nape ana dpt tugasan ni?? kata lecturer tu apabila tengok ana jd guru die kata ana akan menjadi seorng guru yg mudah didekati oleh pelajar.. ameen.. insyaAllah.. )

3) ana kena menasihatkan seorng student yg nak bunuh diri kerana telah terlanjur..(perlu belajar psykology ni)

4) ana kena jawab pantun daripada diorng..(hu2.. sebab diorg tengok sijil ana sebagai JOHAN PANTUN di UPMKB.. dan pantun tu dia dah prepare awal2 tuk org mcm ana..he2.. so sweet)..

jawapan ana .. berdebar-debar plak nak criter ni..

1) bg tugasan ni.. ana berlakon sebagai seorng guru.. hu2.. pening jugak.. tp di sini ana sedar bahawa pensyarah2 tersebut nak ana sedar bahawa byk cabarn tuk jd seorng guru.. namun ana tetap dgn pendirian ana.. kerana ana yakin itu adalah yg terbaik pd ana.. (selepas syura yg telah dilakukan..).. dan ana der misi dalam menjadi seorng guru.. ana nak curi hati2 pelajar ana dan kenalkan mereka kepada cinta Hakiki yg sgt sweet.. hakikat yg perlu ana sdar.. tuk jd seorg guru ana perlukan kesabaran yang tinggi dan sentiasa berfikiran matang serta luas ke hadapan..

2) tuk tugasan ke2 ni.. ana memberi jawapan yg ana yakin ia berkesan.. insyaAllah.. ana kata, ana akan kenalkan student tu dgn cinta yg lebih sweet (cinta kpd Allah).. tibe2 pensyarah tu betulkan kenyataan bahawa student tu Cina dan nonmuslim.. namun, ana still bg jawapan yg sama.. ana akan tarik hati student tu dan kenalkan dia dengan kehidupan yg lebih baik dan indah berbanding hubungan terlarang tu. kenalkan die dgn sahabat yg bleh mengundang cinta yg sihat dan manis serta ana bleh ajak die menyibukkan diri dgn aktiviti2 yg lebih sihat... dan ana der bgtau (even diorg dh tau) semua mana2 bangsa pun melarang hubungan terlarang tu, sebab ia tidak elok kepada kesihatan dan kehidupan sosial..so, jauhilah!!


3) tugasan ke3.. hu2.. bg tugasan ni ana gunakan cara yg ana belajar dalam kerja Dakwah ana.. he2, ana kata ana akan bgtau dan katakan sesuatu perkara yg wat student tu rse tersentuh dan rase diperlukan, rase special di mata ana dan biar die rase bhw ana sayangkan die (mmg sayang pun).. sebab, selalunyer org yg nk bunuh diri ni kurang kasih sayang dan terabai.. bg org yg dh putus asa mcm ni kiter ingatkan balik org2 syangkan die agar die rse msh diperlukan, sebutkan kebaikan dan kelebihan die agar die rase die masih ade sesuatu yang boleh dihargai, dan perlu ingatkan dia bahawa sume manusia pernah wat silap dan perlu bg peluang pada diri tuk perbetulkan.. sedarkan die bahawa lepas die bunuh diri masalah xkan dpt selesai terus. malah masalah akan timbul pd keluarga..(mungkin rase bersalah yg berpanjangan).. namun, pendekatan Islam paling ana suka... "sebesar mane pun kesalahan kita besar lg KEAMPUNAN ALLAH.." kenalkan die dgn CINTA ALLAH.. MAsyaAllah, seronok cinta tu.. percayalagh cinta Allah dpt menguatkan jiwa insan yg parah tuk terus hidup dgn tabah..

4) yg keempat ni ana jwb je le pantun die.. erm, tak ingat dh pantun yg diberi .. hy ingat balasan pantun ana jer.. erm .. mcm ni..

tumbuh subur pohon pedada,
subur dibawah cahaya purnama,
salah guru pastikan ada,
lantaran diri tercipta tidak sempurna...

namun per jua yg mendatang ana tetap nk jd cikgu hu2..

erm, jika dilihat pd temuduga ana tu memang ia nampak lancar dan diidam-idamkan oleh semua orang.. namun, sebaik mn pun ana buat tp jika Allah kata ana xlayak or bukan ketentuan ana jd guru maka ana xleh nk kata ape.. so, ana sentiasa bersangka baik dgn Allah dan persiapkan diri terima per yg DIE tentukan.. semoga hati ini redha.. ana yakin ketentuan Allah yg paling sempurna dan sweet.. hu2..

so, let's go strive for mardhatillah.. haiyak!! Allahuakhbar!!

Wednesday, May 20, 2009

...where is my spirit??...

bismillah..

tibe2 rase nk bercerita sket..
sebenarnya ana baru pulang dari Kampung Debak iaitu kampung arwah pensyarah di Uni ana.. selepas pulang dari sana bermakna tibe saat ana berpisah dengan akhawat2 lain.. hu2.. agak sedih tp rileks ler.. ana pergi berlima dgn akhawat tp ana pulang ke bintulu seorng diri..

sepatutnya ana pulang ke semenanjung pd 14 mei, namun takdir Allah telah menetapkan ana lepas temuduga pertama utk mngambil iJazah pendidikan dan perlu menghadiri temuduga kedua di bintulu.. agak terkejut tp mmg tu yg ana harapkan.. ana mmg sgt2 bersemangat utk jadi seorng guru.. kerana ana ada misi yang besar dalam melangkah utk menjadi seorng guru.. keep it secret even everyone already know it..he2..

sebenarnya ramai juga akhawat yg amik temuduga pertama tu, namun hy dua akhawat sahaja yg dapat iaitu ana dan uhkti nadia.. ukhti nadia temuduga nya di shah alam, ana jer tersangkut kat sini.. xper2, pasti der hikmat yg sweet .. insyaAllah..

selama ana di Bintulu ana cuba utk bersemangat seperti selalu.. namun, tibe2 ana rase spirit ana hilang.. ntah.. rase tak bermaya.. dan ditakdirkan Allah SWT dalam rumah yg ana tinggal tu der 4 org bakal2 doktor.. sume bertanya tentang khabar ana.. kata diorg muka ana nampak tak sihat dan tertekan.. (hu2.. ana sendiri tak tau per yg jd pd diri ana..senyum jer ler..)

bile kuliah tiada (he2 dh tammat pengajian) ana selalu menghadap laptop dan buku2 tarbiah ana. (kata akhi dan naqibah, musyakafah mampu melahirkan keazaman, bile azam dah kuat maka kita pun kuat utk terus wat kerja) . sedang ana asyik membaca dan cuba mencari spirit yg hilang, di suatu petang ana terjumper satu ayat yg BEST lebih kurang macam ni bunyinyer:


"dgn demikian mereka menjadi bagaikan alQuran yg hidup dan berjalan di muka bumi. Amalan mereka telah membantu mereka untuk menghafal alQuran dan bukanlah hafalan mereka membantu untuk beramal"

hu2.. ayat tu sangat terkesan pada ana.. he2.. bukan apa.. ana ni tgh menghafal Juz Ammar.. segannyer nak bgtau.. mesti semua org dh tammat pun Juz Ammar dan ana jer msh berusaha lg.. (Doakan ana dipermudahkan) oklah, berbalik kepada ayat tersebut.. ayat di atas membuat ana terfikir.. amal diorg yg bantu hafalan diorng, sedangkan ana menganggap hafalan akan bantu amalan ana.. yelah, bile byk hafal lg best berkasih sayang dgn Allah dan lg byk dalil2 yg keluar bile wat kerja.. tp diorng?? hy dgn amal diorg dah membantu hafalan diorg.. hu2.. hebat la diorng..


so, ayat tersbut bermain-main di minda ana.. hu2.. (mencari dimana cahaya pada ayat yg BEST tu). sampailah suatu malam ana menjadi imam solat maghrib dan wat pengetahuan semua ana tak yakin tuk jadi imam kepada akhawat2 yg level die atas dr ana.. he2 because my "Tajwid is broken" and my "hafalan is fail"..


namun, bile teringat ayat di atas.. ana kembali bty dalam diri kenapa mesti takut sedangkan ana tgh beramal, sepatutnya ia membantu ana bukan melemahkan ana.. maka tanpa disedari air mata ana mengalir.. tersedu membacakan al Fatihah (makmum mesti pelik jer..hu2..) selepas selesai menunaikan solat tersebut, tibe2 ana merasai spirit ana kembali dtg.. even tak banyak..


betullah kata org.. hati ini mudah berbolak-balik dan hy Allah SWT yg berhak utk membolak-balikkan hati kita ni.. so, kita kena selalu menangis dan merayu pada Allah SWT agar hati kita terus tsabat dan kekal dgn keimanan dan penuh dgn CInta kepada Pencipta.. sahabat ana pun selalu nasihat kan pd ana, apabila kita merayu pd ALlah SWT dgn sepenuh hati, kita akan merasa jiwa kita tenang berbandinag kita mengadu pada makhluk ciptaan-Nya.. namun, ana masih mencari kemanisan itu.. so, let we strive for mardhatillah.. haiyak!!! Allahuakhbar!!!

Monday, May 18, 2009

..Hati Ku Milik Yg Satu..

bercakap soal hati.. hurm.. memang payah.. sebab hati kita Allah yang pegang dan hanya Allah yang berkuasa membolak-balikkan hati kita ni.. der dalam satu hadith.. dia kata lebih kurang begini "dalam diri kita ada seketul daging, apabila ia baik maka baiklah anggotanya.. dan apabila ia buruk maka buruklah anggotanya.. ketahuilah bahawa, ia adalah hati"

hati adalah raja.. jika rajanya kejam maka binasalah rakyatnya.. jika rajanya baik maka amanlah lah rakyatnya...

hurm, per yg ana faham dimana hati tu adalah penentu kepada baik atau buruk sesuatu anggota itu.. eh, ana bukan cakap pasal kecantikan yang zahir tapi batinnya..

hah, tau tak bahawa secara fitrahnyer anggota badan kita adalah islam.. even non-muslim.. he2.. menarikkan?? semua yang der kat muka bumi ni secara fitrahnya adalah islam.. hanya manusia diberikan pilihan untuk ikut dan taat dgn Allah atau pun tidak.. namun makhluk lain mereka terpaksa islam.. so mereka sentiasa ikut perintah Allah.. if diorang tak islam (tunduk dan patuh) alamatnyer berterabur la dunia ni.. sebab masing2 nak tunjuk belang.. hu2.. jgn risau, alam semester ni islam diorang sentiasa patuh dengan arahan Allah maka siang dan malam akan beredar mengikut aturan-Nya..


oklah berbalik kepada soal hati, raja, anggota dan rakyat.. ehcheh.. macam2 plak.. ok, cuba kita bayangkan rakyat yang islam dipaksa oleh sang raja utuk wat maksiat, mencuri, membunuh, mengumpat dan lain2.. hurm, kejam kan?? rakyatnya pasti rase benar2 teraniaya.. hurm, kejam2..


ok, cuba bayangkan pula jika si raja tu islam.. hurm, sudah pasti rakyatnyer yang islam hanya akan mendapat arahan yang baik2 sahaja dan mengikut ajaran islam dari sang raja.. mesti rakyatnya tak rase teraniaya dan aman bahagia..


hurm, begitulah hati dan anggota kita.. so pastikan hati kita sentiasa ingin melakukan kebaikan dan menjauhi maksiat agar di akhirat kelak anggota yang menjadi saksi hanya akan mengatakan sesuatu yang baik tentang kita.. pastikan hati kita sarat dengan cinta Illahi.. hati yang soleh/solehah akan membentuk individu yang soleh/ solehah dan begitu juga sebaliknya..


terutama wat diri ana.. "jagalah lah hati".. biarkan ia hy untuk Illahi..

Sunday, May 17, 2009

..saling melengkapi..

tak semua manusia ni pandai menulis atau berhujah.. menyusun kata2 dan bahasa dengan indah untuk dibaca atau didengar oleh semua orang.. namun apabila seseorang itu pandai menulis atau berkarya dan susunan bahasanya sangat indah .. aduhai alangkah indahnya jika ia digunakan sebaik mungkin untuk islam..

erm.. ana ada seorang sahabat, sebelum dia mengenali apa itu "islam" dalam pengertian yang sebenar dia adalah seorang pelajar yang aktif dalam perbahasan.. so, secara automatik dia ni seorang yang pandai berkata-katalah kiranya.. orang bahas ni jangan main-main sekali dia cakap susah nak disuruh berhenti.. he2..


oklah.. nak dijadikan cerita suatu hari iaitu selepas sahabat ana ni dah mula mengenali "islam" dalam erti kata sebenar dan telah aktif dalam menyampaikan islam dan fikrah yang dia pegang.. tiba-tiba dia meluahkan isi hatinya yang dah lama dia pendam, katanya " selama ni ana sibuk berhujah, berbahas dan terlibat dalam perkara yang tidak membawa amal dan memberi kebaikan kepada islam.. so lepas ana dah tau haq Shahadah dan tanggungjawab dalam menyampaikan islam maka dengan kelebihan yang ana ada dalam berhujah dan berbahas ni eloklah ana salurkan ia ke tempat yang membawa amal dan berguna untuk islam".. itulah katanya dalam sesi berkongsi pengalaman dengan adik-adik.. so, lepas sahabat ana ni faham "islam" dengan pengertian yang sebenar dan dengan fikrah yang dia pegang.. jeng..jeng..jeng..he2.. dia bertambah aktif berhujah dalam menyampaikan islam dan fikrah yang dia pegang.. Alhamdulillah.. semoga Allah bersamamu..


tu sahabat ana yang pandai bercakap dan berhujah.. selain tu,ana de seorang sahabat yang kreatif orangnye.. so, kelebihan dia terselah di situ... maka dia diberi tugas untuk menghasilkan komik yang berbentuk islamik dan nasihat.. dan alhamdulillah karyanya telah di terbitkan di http://komik.dakwah.info/ .. so, buat sahabatku teruskan berkarya... he2..


pa yang ana nak sampaikan di sini adalah, kita dalam satu pasukan yang menyampaikan dan menyebarkan syiar islam demi menegakkan alHaq mestilah saling "kamil muttakamil", lengkap melengkapi, lantaran kita ibarat batu-bata dalam sebuah bangunan, saling memerlukan untuk mengukuhkan bangunan tersebut . andai kurang satu antara kita maka goyahlah perjuangan kita.. but don't worry Allah always with us..

so, setiap orang ada kelebihan masing2.. bagi yang pandai berkata-kata bagi tugas yang perlukan dia berkata-kata, bagi yang hebat dalam teknologi maka serahkan tugas2 teknikal kepada dia, bagi yang tak boleh berkata-kata (bukan bisu tp kurang yakin) tp kreatif atau hebat dalam dakwah fardiah.. serahkan tugas yang sesuai dengan kelebihan dia.. simple kan.. jangan pening2..


namun sebagai ikhwah dan akhawat, kita perlu berguna di mana sahaja kita berada (10 ciri2 individu muslim).. so, kerja perlu dicari.. gali kelebihan diri dan serlahkan.. pada kekurangan cuba perbaiki dan jadikan ia kekuatan demi kebaikan diri dan islam.. insyaAllah.. Takbir!! AllahuAkbar!! semoga sahabat2 seperjuanganku terus tsabat di jalan ini dan sentiasa di dalam redha-Nya....

Saturday, May 2, 2009

IndahNya Iman dan istiQamah



Dengan Lafaz Bismillahhirrahmannirrahhim, diriku memulakan segalanya dengan izin dari Yang Maha Esa…



Dari Abi Amru dan ada yg dikatakan pula dr Abi Amrah Sufyan b Abdullah r.a katanya: Kataku Ya Rasulullah! Katakanlah kepadaku tentang islam satu perkataan yg tidak akan aku tanyakan lagi daripadanya akan seorng yg alim daripada engkau. Sabdanya: Katakanlah aku beriman kpd Allah, kemudian hendaklah engkau beristiqamah. Diriwayatkan oleh Muslim – Hadith 21


Saat ana baca hadith ini tibe2 ana rase sangat2 merindui Rasulullah SAW.. (“ Ya Rasulullah UhiBuka Fillah”..)


ana teringat sebuah kisah lebih kurnag begini..dimana ketika Rasulullah SAW sedang duduk2 bersama para sahabat.. tibe2 Rasulullah SAW menitiskan air mata baginda. Apabila ditanya oleh para sahabat mengapa baginda menangis.. Baginda menjawab ‘ Aku merindui ikhwan ‘ Para sahabat berkata bahawa bukankah mereka ikhwan. Rasulullah menjawab bahawa ‘ Kalian bukan ikhwan kalian adalah sahabatku. Ikhwan adalah umatku (umat akhir zaman) yang mencintaiku, merinduiku dan mentaatiku namun mereka belum pernah melihatku’... Oh, tatkala mendengarnya ana semakin merindui Rasulullah SAW..



Berbalik kepada hadit 21.. dimana Rasulullah bersabda « Katakanlah aku beriman kpd Allah, kemudian hendaklah engkau beristiqamah » .. sahabat meminta Rasulullah SAW katakan suatu yg dia tidak akan tanyakan lagi tentang Islam pada pd org alim yg lain selain Rasulullah SAW.. Ayat tu sangat ringkas.. erm..namun ia meliputi segala pengertian tentang agama Islam dlm segi ‘aqidah ‘ dan ‘amaliyyah’ atau dalam bidang keimanan dan amalnya.. ia menjelaskan bahawa islam itu syumul (sempurna)..



Istiqamah membawa maksud menjalani jalan yg lurus dengan tetap (kelurusan yg tetap dlm melaksanakan amal).



Juga membawa maksud bahawa islam itu adalah iman dan amal. Jika iman tanpa amal adalah tempang. Manakala amal tanpa iman adalah hampa. Ulama’ tasawwuf iaitu Abu Al-Qasim Al-Qushairi pernah berkata:


“ Barangsiapa tidak lurus (tidak istiqamah) dalam halnya sia-sialah usahanya, rugilah tenaganya”..



Ana teringin untuk mencoret tentang hadith ini bukan apa… Cuma ana agak tersentuh dengan hadith ini. Bayangkan “Katakanlah aku beriman kpd Allah, kemudian hendaklah engkau beristiqamah”, Rasulullah mengatakan tentang islam dengan ringkas tetapi lengkap kerana sahabt inginkan sesutau yg dia tidak akan tanyakan pd org lain lg..



erm.. memang islam tu mudah tp zaman sekarang der plak manusia2 yg kurang faham dan mungkin diorang tak pernah tahu (so, kita kena bagitau), memudahkan islam sesuka hati. Isk2.. sedih2..



Baiklah, mari kita renungkan perjalanan hidup kita.. Kita melangkah dalam menempuh hidup ini seperti org buta.



Ha!! Betul ker?? He2, pandai2 jer ana ni. Padahal ramai jer manusia yg celik dekat dunia ni.



Bukan2 .



Maksud ana , kita semua berjalan di dunia tak pernah tau per yag bakal berlaku di hadapan kecuali Yang Maha Esa dan Maha Mengetahui.. DIA mengetahui yg tedahulu dan terkemudian. Cuba bayangkan Yang Maha Mengetahui, Maha Bejaksana, Maha Pelindung dan Maha segalanya yg membimbing perjalanan kita sebagai balasan istiqamah kita dalam beriman..



Wah!! Tak payah risau2.. Yang Maha Mengetahui menunjukkan jalan, pasti DIA bagi yang terbaik kerana DIA lebih mengetahui apa yg bakal berlaku dan yg berlaku. Pasti kita rasa dilindungi… pasti kita takkan risau dah, mesti seronok jer hidup ni.. yelah, sebab Allah dah mengatur hidup kita dengan baik.. pastikan tenang jer hidu



Wah… seronoknyer..



Namun, untuk merasai nikmat tu amatlah payah.. istiqamah amat berat, kita perlu berusaha keras utk menikmati manisnya istiqamah itu..



kita kena bersangka baik dengan Allah bahawa DIA akan sentiasa memenuhi keperluan kita even kita miskin, DIA pasti memenuhi keperluan kita even kita selalu tak lulus dalam ujian. DIA pasti memenuhi keperluan kit aeven kiat selalu sakit....



Yakinlah bahawa, per yg Allah takdirkan adalah yang terbaik buat.. bagi insan yang beriman, hidup mereka pasti tenang kerana mereka yakin dengan Allah dan sentiasa bersangka baik dengan Maha Penyayang.. Hal dunia tidak mampu menggugat ketenangan mereka.. Itulah indahnya jika kita istiqamah..



so, marilah kita terus istiqamah beramal dan ingatlah bahawa alam amal hanya di sisi dan tiadalan lagi peluang untuk beramal ketika di sana nanti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...