"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie

"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"

~ muhasabah diri~

Friday, February 5, 2010

Jatuh Cinta

Bismillah hirrahman nirrahim..

alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah kerana masih membiarkan diri ini bernafas dalam Jalan Panjang.. mohon Ya Allah, kekalkan nikmat ini sehingga diri ini kembali kepada-MU.. tak mampu diri ini bayangkan jika kehidupan seterusnya tanpa Jalan Panjang, rasa dunia ini akan kosong dan tiada makna, ibarat tiada bahagianya.. dan pasti diri ini akan kelemasan dengan dunia yang penuh dengan angan-angan dan tipu daya ini..

Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. tidakkah kamu mengerti?
~Al- An'am: 32~

alhamdulillah.. alhamdulillah...

aduhai, kenapa yerk minggu ini perkataan CINTA sering ana dengari.. CINTA..CINTA..CINTA..

oh, indahnya.. KERANA CINTA _Inteam~Mestika.. n_n

jangan marah ea.. bukan apa, kelmarin baru bertemu dengan penulis lirik lagu tersebut.. Ustaz Pharol (maaf andai tersalah ejaan).. Ustaz telah memberi pengisian di lapangan ana iaitu tentang CINTA.. dan, yang menariknya ia telah mengubah cara ana dalam menafsir lirik lagu tersebut. sebelum ini ana tak gemar lagu tu kerana ia agak pelik sket bagi ana :P . namun apabila telah medengar kata-kata dari penulis liriknya, ana menjadi suka dengan lagu tersebut.. dan ana mengakui setiap bait-bait lirik dalam lagu tersebut.. MENBAHAGIAKAN...

semasa sampai pada sesi pertanyaan.. ana teringin nak bertanya

" pada pendapat ustaz, mana lebih penting antara timbulkan rasa cinta pada Pemberi Cinta dengan memisahkan mereka yang sedang bercinta?"

tapi tak terluah pulak (segan), sebab jawapan tu bukan untuk ana tapi saje nak dengar ustaz ulaskan..

erm, ana nak jawab sendiri boleh ker??

kalau ada yang kata tak boleh pun , ana tetap nak jawab..

JAWAPAN : n_n

menimbulkan rasa cinta pada Pemberi Cinta itu lebih penting .. lantaran apabila si dia telah mecintai dengan sepenuh hati, sudah pastinya si dia tidak akan melakukan sesuatu yang Pemberi Cinta tidak sukai lantaran si dia amat mencintai Pemberi Cinta.. cuba kita tanya dalam diri kita, sanggupkan kita lukakan hati seorang ibu yang melahirkan kita??? Pastinya tidak.. hah, inikan pada DIA yang mencipta ibu kita dan memberi ilham cinta pada ibu untuk mencintai kita.. pastikan si dia akan berusaha untuk meraih CINTA Pmberi Cinta.. :)

so, tak perlu kita susahkan diri nak memisahkan diorang yang sedang hangat bercinta dan itu adalah lebih susah dan bolah menimbulkan rasa putus asa.bahaya, bahaya... dalam kata lain, kehendak sendiri dalam melakukan perubahan adalah lebih kekal abadi.. insyaAllah... mari kita salurkan rasa CINTA itu ..

teringat satu kisah yang dikongsi oleh seorang ustaz, dimana pada zaman Hassan Al-Banna dahulu terdapat ikhwan yang sangat marah dengan wanita-wanita yang berpakaian seksi dan mereka telah membuat satu rancangan untuk menyimbah cat pada peha para wanita yang berpakaian seksi pada ketika itu. namun sebagai pengikut yang taat, sebelum melakukan sesuatu mereka akan memberitahu kepada Hassan Al-Banna terlebih dahulu dan jawab beliau.. (lebih kurang lah yerk, sekadar yang ana ingat)

"baiklah, kalau betul antumna nak buat macam tu. bagitau pada ana berapa peha yang kalian nak simbah dengan cat dan berapa lama antumna boleh bertahan sebelum ditangkap?? ..."

maaf, itu sahaja yang ana ingat.. tapi main point dia. Hassan Al-Banna nak sampaikan dimana jangan melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir panjang. bayangkan jika mereka ditangkap, terpaksalah ikhwan keluarkan duit nak upah peguam.padahal duit itu boleh digunakan pada jalan yang lebih bermanfaat tuk dekatkan orang ramai pada islam. dan yang lebih berat, islam itu sendiri akan tercemar dan kerja kita akan menjadi lebih susah..

*************************************************************

pesanan keras buat diri ini, sebelum melakukan sesuatu berfikir panjang dahulu.. lantaran kesannya bukan pada diri kita sahaja.. dan , pastikan cara atau pendekatan yang digunakan dalam menyampai tentang keindahan CINTA PEMBERI CINTA ia mestilah bijak, berkesan, penuh kasih sayang, lemah lembut, memahami, bersesuaian dan banyak lagilah.. :) (DF tu penting)

dan yang ini ana sangat suka nak share dimana selepas sesi curheart dengan ayat pertukaran kiblat tu.. hati ana semakin jatuh cinta..dan pertama kali, ana merasa rindu yang berbunga-bunga pada naqibah ana.. alangkah ruginya masa-masa ana yang lepas.. :(

kata Hassan Al-Banna, masa itu adalah kehidupan dan bajanya adalah Al-Quran (panduan kita)..

kata teman pula, masa ibarat kita menapak di dalam air yang mengalir. tatkala kita telah mengangkat kaki kita dan sedarilah bahawa kesan tapak telah tiada dan air yang berada pada kaki kita juga telah pergi meninggalkan kita..

so, jadikan usia kita diredhai Allah.. macam Sayyid Qutub, beliau jatuh cinta denagn islam pada umur 40 tahun.. dan selama 20 tahun berikutnya, beliau habiskan dengan berjidah di jalan Allah.. beliau kata, masa jahiliahnya selama 40 tahun tu tidak rugi kerana beliau benar-benar kenal jahiliah tersebut dan dengan pengalaman tersebut beliau bangkit membantu ummat islam.. dan beliau pernah berkata, masa yang kita ada tidak cukup jika dilihat pada kerja-kerja yang kita perlu laksanakan..

"Hari ini adalah PEMBERIAN..manfaatkanlah sebaik2nya... kerana SEMULIA2 hamba adalah yang paling tinggi TAQWA'y.. semalam adalah SEJARAH buat kita....b'ISTIGHFAR lah kita untuknya..... dan b'SYUKUR atas kurniaan hidayah dariNya..... kerana sebaik baik ZIKIR adalah istghfar...dan sebaik baik DOA adalah alhamdulillah.. esok adalah MISTERI.......yang padanya terletak angan angan... dan SEBIJAK2 manusia adalah yang sentiasa mengingati akan kematiannya... dan mempersiapkan diri untuk kehidupan sesudah mati....... dan TERPELIHARALAH sebahagian iman didalam dada anak ADAM bila dalam hatinya MENYINTAI saudara s'islamnya yang lain kerana ALLAH SWT....."

p/s : hati, tangan dan semua anggota ana lebih dekat berbanding orang lain. doakan ana terus tsabat dan melaksanakan apa yang ana luahkan.. ameen..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...