bismillah...
Setiap perkara atau peristiwa yang berlaku disekeliling kita pasti ada sesuatu yang dapat kita pelajari. Tidak kiralah samada peritiwa yang berlaku itu akan membuatkan kita tidak dapat berhenti tersenyum apabila memikirkannya ataupun kita akan menangis setiap kali ia muncul dalam ingatan kita. Apa yang penting kita mestilah menghadapi setiap peristiwa tersebut dengan positif walaupun kadang-kadang ia memakan masa yang lama untuk kita melihat hikmahnya iaitu mungkin seminggu, sebulan dan mungkin bertahun-tahun lamanya. Bersabarlah kerana kita hanya mampu berusaha dan apa yang ada di depan biarlah menjadi urusan Yang Maha Esa dan kita hanya berusaha dan berserah diri (muslim).
Adalah lebih manis jika kita memohon doa diberikan kesabaran agar dapat menghadapai setiap yang mendatang dengan baik dan cemerlang sehingga masanya berbanding kita memohon agar dapat melihat hasil daripada permintaan kita.
“SABAR”.. satu perkataan yang mudah untuk dikatakan namun ia sukar untuk dilaksanakan. Terdapat satu kata-kata yang selalu kita dengar iaitu sabar itu separuh daripada iman. Betullah tu kerana sabar itu perlu dimiliki oleh semua orang-orang beriman dan sekiranya tiada sabar dalam diri mereka rasanya tidak mungkin islam itu sampai kepada kita sekarang. Ada juga kita dengar bahawa sabar itu ada batasnya. Sebenarnya sabar itu tiada batasnya. Bunyinya seolah-olah berat namun insyaAllah kita sama-sama berusaha ke arahnya.
Sebagai seorang muslim yang sentiasa berserah diri kepada Allah kita tidak perlu berasa terpukul atau terkesan dengan setiap apa kesilapan yang telah orang lain lakukan kepada kita. Namun ia tidaklah bermaksud bahawa orang muslim tidak ada perasaan tapi kita perlu yakin bahawa setiap perkara yang berlaku di muka bumi hanya akan berlaku dengan izin Allah. Sebagai contoh, jika ada orang tegur kita dengan gaya yang menyakitkan hati kita dan langsung tidak mengendahkan perasaan kita dan kadang-kadang sehingga membuatkan kita rasa terpukul lalu terduduk sehingga menitiskan air mata, pedih pasti ada namun kita harus muhasabah diri anggaplah si dia dihantar oleh Allah untuk menguji kita dan jug asebagai tarbiah terus dari Allah (Sibghah Allah = celupan Allah). Kita harus berserah diri pada Allah iaitu dengan cara bersangka baik. Anggaplah dia tidak sengaja dan sekiranya si dia sengaja, kita redha dan biar Allah yang menghukum si dia kerana Allah lebih mengetahui dan layak untuk menghukum.
p/s: tulisan ini untuk renungan bersama dan untuk diri sendiri terutamanya.
Jika Allah inginkan kebaikan pada diri kita, DIA akan menganugerahkan beberapa kesusahan.. Pilihlah syurga jangan memilih neraka.. ~S.A.B.A.R & SOLAT~
"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie
"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"
~ muhasabah diri~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment