"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie

"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"

~ muhasabah diri~

Tuesday, January 26, 2010

peringatan...

Bismillah...

salam sayang buat semua yang membaca tulisan ana pada kali ini.. semoga kita sentiasa berada di bawah rahmat illahi.. dan alhamdulillah kita masih diberikan kesempatan olah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang untuk menghirup udara yang nyaman pada hari ini..

Herm, diharapkan sahabat-sahabat ukhuwah fillah sentiasa terus semangat bekerja.. :)

kali ni ana nak bercerita tentang kekasih ana yang ke entah no berapa .. he2.. Umar Abdul Aziz ra, tak apalah perasan sekali-sekala yerk

baiklah,kita dengar sedikit kisah tentang Umar Abdul Aziz ra.. tp ana cerita version ana lah yerk..

UMAR ABDUL AZIZ ra.. memiliki dua lilin.. dimana satu lilin digunakan ketika beliau melakukan tugas-tugas rasmi dan satu lagi digunakan ketika beliau melakukan tugas-tugas yang tidak rasmi.. even, anak beliau ingin berbicara sebentar sahaja. so good right?? betapa belaiu seorang yang bertaqwa (berhati-hati), menjaga amanah yang diberi.. dan beliau muncul sebagai khalifah pada zaman Bani Umaiyyah dan ketika itu banyak perkara yang tidak islam telah bermaharajalela.. sehingga ada yang mengatakan bahawa " Umar abdul Aziz ra ibarat seorang mukmin yang muncul dikalangan keluarga firaun".. dan apabila beliau menjadi khalifah semua perkara dan manusia yang pelik-pelik telah beliau hapuskan :)

herm, rasa nak cerita semua supaya semua yang membaca akan jatuh cinta sampai termimpi-mimpi. tapi apakan daya diri ini tidak punya kelebihan nak mengarang.. oklah, sape-sape yang belum tahu kisah ni jangan lupa cari dan baca agar kalian tidak rugi :)

oh terlupa pada bahagian yang penting iaitu yang berkaitan dengan PERINGATAN!!! dimana Umar Abdul Aziz ra selalu mengumpulkan para pembesar dan yang terlibat la kan.. untuk memberi peringatan antara satu sama lain.. mereka akan memberi peringatan tentang akhirat, mati, neraka dan azab Allah sehingga mengalir air mata.. dan itu adalah satu aktivti yang dilakukan secara istiqamah.. hu2, patutlah lahirnya manusia yang hebat-hebat pada masa tu..


nak tahu kenapa Umar buat macam tu??

sebab manusia itu makhluk yang bergelar insan dan insan sering terlupa.. so, saling memberi nasihat dan peringatan adalah sangat penting... agar hati tak hanyut dengan dunia lantaran syaitan tak pernah berhenti bekerja..

nak tahu Umat tahu dari mana perkara tu??

Allah ada bagitahu dalam Al-Quran...

so, Umar yang dah hebat pun buat macam inikan diri kita.. fikir-fikirkan lah..



moral value:
:: carilah majlis dan suasana yang dapat mengingatkan kita tentang mati dan akhirat
:: istiqamah even hanya untuk beberapa minit
:: jangan lupa membaca tuk pengisian roh agar iman mu mantap


p/s : kini roh ku berperasaan, selepas curheart hari tu.. he2, tak sangka ayat pertukaran kiblat bleh dijadikan sesi curheart.. :P

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...