"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie

"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"

~ muhasabah diri~

Tuesday, January 26, 2010

peringatan...

Bismillah...

salam sayang buat semua yang membaca tulisan ana pada kali ini.. semoga kita sentiasa berada di bawah rahmat illahi.. dan alhamdulillah kita masih diberikan kesempatan olah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang untuk menghirup udara yang nyaman pada hari ini..

Herm, diharapkan sahabat-sahabat ukhuwah fillah sentiasa terus semangat bekerja.. :)

kali ni ana nak bercerita tentang kekasih ana yang ke entah no berapa .. he2.. Umar Abdul Aziz ra, tak apalah perasan sekali-sekala yerk

baiklah,kita dengar sedikit kisah tentang Umar Abdul Aziz ra.. tp ana cerita version ana lah yerk..

UMAR ABDUL AZIZ ra.. memiliki dua lilin.. dimana satu lilin digunakan ketika beliau melakukan tugas-tugas rasmi dan satu lagi digunakan ketika beliau melakukan tugas-tugas yang tidak rasmi.. even, anak beliau ingin berbicara sebentar sahaja. so good right?? betapa belaiu seorang yang bertaqwa (berhati-hati), menjaga amanah yang diberi.. dan beliau muncul sebagai khalifah pada zaman Bani Umaiyyah dan ketika itu banyak perkara yang tidak islam telah bermaharajalela.. sehingga ada yang mengatakan bahawa " Umar abdul Aziz ra ibarat seorang mukmin yang muncul dikalangan keluarga firaun".. dan apabila beliau menjadi khalifah semua perkara dan manusia yang pelik-pelik telah beliau hapuskan :)

herm, rasa nak cerita semua supaya semua yang membaca akan jatuh cinta sampai termimpi-mimpi. tapi apakan daya diri ini tidak punya kelebihan nak mengarang.. oklah, sape-sape yang belum tahu kisah ni jangan lupa cari dan baca agar kalian tidak rugi :)

oh terlupa pada bahagian yang penting iaitu yang berkaitan dengan PERINGATAN!!! dimana Umar Abdul Aziz ra selalu mengumpulkan para pembesar dan yang terlibat la kan.. untuk memberi peringatan antara satu sama lain.. mereka akan memberi peringatan tentang akhirat, mati, neraka dan azab Allah sehingga mengalir air mata.. dan itu adalah satu aktivti yang dilakukan secara istiqamah.. hu2, patutlah lahirnya manusia yang hebat-hebat pada masa tu..


nak tahu kenapa Umar buat macam tu??

sebab manusia itu makhluk yang bergelar insan dan insan sering terlupa.. so, saling memberi nasihat dan peringatan adalah sangat penting... agar hati tak hanyut dengan dunia lantaran syaitan tak pernah berhenti bekerja..

nak tahu Umat tahu dari mana perkara tu??

Allah ada bagitahu dalam Al-Quran...

so, Umar yang dah hebat pun buat macam inikan diri kita.. fikir-fikirkan lah..



moral value:
:: carilah majlis dan suasana yang dapat mengingatkan kita tentang mati dan akhirat
:: istiqamah even hanya untuk beberapa minit
:: jangan lupa membaca tuk pengisian roh agar iman mu mantap


p/s : kini roh ku berperasaan, selepas curheart hari tu.. he2, tak sangka ayat pertukaran kiblat bleh dijadikan sesi curheart.. :P

Wednesday, January 20, 2010

kita...

:: 16-17 Jan 2009 di WAMY centre

erm.. harap semua orang dapat dengar benda ni.. jika lihat kepada akhawat2 len.. kebanyakan turning point mereka selepas dengar benda ni.. sebab tu niat hati nak serang satu kawasan tuk bagi benda ni, telah di usulkan.doakan kami...

*********************************

mengenali siapa kita adalah suatu yang bermakna..
kemana kita mahu pergi
dari mana kita datang..
mencegah diri dari menjadi robot yang lupakan jasa Tuan..
agar menjadi insan yg tidak alpa..
berjalan di muka bumi dgn matlamat yang jelas..
mengetahui alat sebagai senjata..
Al-Quran sebagai penawar terus di hati..
lantaran bila-bila masa sahaja insan akan kembali kepada Tuannya...

**************************
pihak musuh kata
kita tidak mampu bangkit kembali kerana:
:: tidak mengkaji sejarah
:: malas
:: tidak bertrategi (teladan yg terbaik Rasulullah)

*********************************
kita pernah menguasai 2/3 dunia
adakah kita lupa???


p/s : murobbi der pernah cakap " akak selalu risau, akak yang menjadi penghalang adik2 tuk terima hidayah dari Allah".. muhasabah diri..




Tuesday, January 19, 2010

......

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...


Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...


Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...


p/s : byk yg jadi... even istiqamah pergi program namun ana tetap khilaf

Tuesday, January 12, 2010

indahnya sabar dalam ukhuwah fillah

“Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada tujuan) dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”
(Al-Mu’minun 23: 115


ayat di atas adalah ayat kegemaran seorang akhawat yang menjadi bahan sesi ta’aruf ana pada dauroh yang lepas.. jazakillah.. tuk tugasan tersebut ana cuba melakukan yang terbaik namun ketentuan Allah adalah yang paling sweet.. herm, memang sangat sweet.. (“,)

nak tau tak, pada saat dan ketika itu .. ana banyak bermain dgn perasaan sendiri.. ala, yang orang sastera panggil ‘monolog dalaman’..


“ tugasan”

“douroh”

“adik”

“dengar”

“faham”

“kerja”


haha.. sampaikan tajuk dauroh tersebut bercelaru jadinya,dan ana betol2 faham tajuk tu selepas membuat sedikit ulang kaji secara peribadi.. eleh, peribadilah sangat..

oklah, kali ni ana menerima kiriman berbentuk ayat dari kitab suci Al-quran dan ia sangat2 tepat masa kemunculannya.. jazakallah tuk peringatan ini..


Bertaqwalah Kepada Allah, Nescaya Allah Memberi Jalan Keluar Kepada Segala Permasalahan dan Diberi Rezeki Dari Jalan Yang Tidak Disangka-Sangka. Allah berfirman:”Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu”

(At-Thalaq 65:2-3)


ayat di atas mengingatkan ana kepada kata-kata seorang akhawat yang kini berara di Oman bersama suami tercinta.. uhibuki fillah ya ukhti.. katanya..


“ kenapalah kita selalu minta dekat Allah supaya selesaikan kerumitan dalam setiap dugaan dan ujian yang diterima . kenapa kita tak minta supaya Allah anugerahkan satu kesabaran yang kuat dalam diri kita agar dapat menempuhnya dengan baik. Itulah kita ni manusia, suka sangat pada yang cepat hasilnya kan. Padahal sabar itu lebih manis penghujungnya”


itulah kata-kata yang ana ingat sampai sekarang.. dah hampir bertahun yang lepas ana dengar ayat tu namun ia tetap kuat di ingatan ini ..insyaAllah.. selepas kita berusaha kita sabar dab bertawakal kepada Allah..

masa ana dengar ayat ni dia masih bujang, dan sekarang telah berumah tangga.. semoga dirimu sekeluarga sentiasa dalam rahmat-Nya..ameen..


ohyer.. semenjak masuk semester kedua, ana dah tiga kali pergi pusat kesihatan dan dah dua kali dapat MC.. insyaAllah tanda Allah sayang.. nikmat makan dan tubuh badan yang sihat di tarik sekejap..

dalam menpuh kehidupan sebagai seorang khalifah yang bergelar pelajar ni, macam2 perkara yang berlaku..mohon sangat agar hati ni terus tsabat..


“ Hasbunallah wani’ mal waqil”

Monday, January 4, 2010

Hati ~~ kekuatan


BISMILLAH HIRRAHMANNIRRAHIM

pesan pd hati,sekiranya kau peroleh kejayaan,janganlah kau berbangga diri kerana kejayaan itu pinjaman Allah&bila2 masa sahaja boleh ditarik balik.pesan juga pada hati,sekiranya kau menghadapi kegagalan,ini merupakn satu bentuk ujian untuk menguji sejauh mana kau tabah menghadapinya dan kemudian bangkit berdiri

kiriman kali ini bukan berbentuk hadith atau dari ayat suci Al_Quran namun ia mungkin dari hati yang bermonolog untuk menguatkan seorang da'i.. hu2.. tiber2 teringat kelas Kemahiran Berfikir, dimana pensyarah ada mengatakan bahawa orang islam ada satu kecerdasan yang tak dapat diukur iaitu kita akan sentiasa bermonolog dalam diri untuk memberikan semangat pada roh kita atau dalam kata lain kepada hati kita..

hah.. betol3...


ohyer, kiriman di atas juga mengingatkan ana tentang kata2 seorang akhawat :

''Andai didapati kebaikan dari seseorang janganlah dipuji selagi ia belum mati kerana kita tidak tahu bagaimana pengakhirannya, gantikanlah ia dengan doa berpanjangan agar akhirnya sampai ke syurga- qudama''

hah, samalah dengan kejayaan yang kita perolehi dengan izin Allah SWT... if ada lah orang puji kiter, mintak pada dia tuk doakan kita.. sebenarnyer ana selalu tak reti nak jawab if terima satu pujian.. Astagfirullah hal a'zim, hati ni memang kena selalu beristighfar lantas riak cuber menguasai diri..muhasabah diri.. hah, so jawapan terbaru ana adalah " alhamdulillah, rezeki. Allah SWT dah tetapkan".. herm jawapan ini bagi yang faham dan rapat dengan ana mereka pasti akan jawab " betol2.. kita usaha jer".. so sweet.. love u lah.. namun bagi yang sangat2 rapat ana akan luahkan kata2 di atas... (",)

"setiap yang bernyawa akan merasakan mati, Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada kami"
Al-Anbiya' : 35

kita akan sentiasa diuji sama ada dengan kebaikan atau keburukan. Namun setiap ujian yang diterima sebagai muslim apa2 yang terjadi pada kita, kita harus kembali kepada ALlah SWT supaya kita tergolong dalam golongan yang diluluskan ujian tersebut.. balasannya pasti semua orang dah tahu kan..

"Dan orang2 yang beriman dan mengerjakan kebajikan, sungguh mereka akan Kami tempatkan pada tempat2 yang tinggi (di dalam Syurga) yang mengalir di bawahnya sungai2, mereka kekal di dalamnya. Itulah sebaik-baik balasan bagi orang2 yang berbuat kebajikan"
Al-'Ankabut: 58

sebenarnyer der lagi ayat yg best.. erm,tapi tak ingat ayat berapa.. dan akhir ayat tu cakap " tuk menguji siapakah diantara kamu yang benar2 beriman".. lebih kurang ler.. nak tambah?? sila2...

dan if bercakap bab hati ni memang susah sket.. hati tulah nak berkasih sayang, hati tu lah nak rindu dendam, hati tu lah nak curheart dan hati tu lah nak bertaqwa.. hati yang satu tul ah.. aduhai, memang kena jaga hati yang satu tu.. sebab dia adalah raja dalam diri kita...

camner nak jaga???

"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram"
Ar-Ra'd:28

senang kata.. jaga hubungan dengan Allah (pesan paling keras buat diri sendiri).. tulah, ni yang mula nak curheart ni.. erm, tapi takut lain plak mode coretan pada kali ini.he2.. xper2, curheart dekat akhawat2 fillah jer nnti.. pe2 doakan ana k..

kekuatan da'i :

Dengan nama Allah Yang MAha Pemurah, Maha Penyayang
1. Wahai orang yang berselimut

2. Bangunlah (untuk salat) pada malam hari, kecuali sebahagian kecil
3. iaitu separuhnya atau kurang sedikit dari itu

4. Atau lebih dari (seperdua) itu, dan bacalah Al-Quran itu dengan perlahan-lahan

5. sesunggunya Kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu
6. Sungguh, bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa) dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan..
Al-muzammil : 1-6

so ulul albab..
think..
do it!

come on khatijah..
Allahuakhbar!!!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...