"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie

"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"

~ muhasabah diri~

Thursday, October 29, 2009

Penyakit di Jalan Panjang

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..


selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahlul bait serta sahabat2 bagunda,, jazakallah (",)


Jalan panjang menghadapi masalah apabila si penunjuk arah tidak mengambil berat terhadapnya dan tidak tahu apa ubatnya lantaran si penunjuk arah membiarkan fikiran negatif menguasai. Sikap si penunjuk arah yang menunggu arahan dan perintah adalah sifat negatif ang berbahaya. Tahukah dia, bahawa dengan menganggap bahawa die seorang jundi yang menjaga perjuangannya, bersiap sedia untuk diperintah oleh si atasanya, adalah merupakan annggapan yang tidak benar.


Kemungkinan si atasan salah dalam merungkai sesuatu masalah, sementara si penunjuk arah yang tidak proaktif melihat kesalahan si atasan di depan mata. Tetapi si penunjuk arah tidak mahu memberi si atasan teguran atau nasihat sambil mengatakan kepada si hati:


”Adakah saya lebih tahu dari individu si atasan?”

”Sudah pasti individu si atsan lebih tahu daripada dirinya akan kesalahan dan kebenaran.”

”Tambahan pula tidak seorang pun yang meminta pendapat dan pandangan dari saya.”


Seandainya begitu memang si penunjuk arah memiliki angapan yang tidak berasas yang tidak dianggap konkrit dan tidak ada maslahatnya samada untuk jalan panjang mahupun untuk dirinya.


sedikit kata2 dari Sayyid Qutb:


"sesungguhnya Allah memilih anda untuk mengembangkan amanah 'jalan panjang' ini adalah merupakan suatu kemulian dan kurnian dari-Nya.Apabila anda tidak berusaha menjadi individu yang layak mengembangkannya, apabila anda tidak bangkit dengan bebanan kemuliaan ini, apabila anda tidak mengetahui tingginya nilai daripada apa yang hina. Maka Allah akan mencabut kurnian itu dan akan diberikan kepada individu selain anda yang dapat menghargai keutamaan Allah"


p/s: takut dgn kata2 di atas.. dalam al-quran Allah der bg peringatan mcm tu (tak ingat ayat mana)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...