"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie

"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"

~ muhasabah diri~

Friday, October 9, 2009

ANA TAKKAN MENGALAH!!!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..

selawat dan salam ke atas junjungan besar NAbi Muhammad SAW, ahlul bait, serta para sahabat baginda.. jazakallahu khairan kathira..

Allahuakhbar.. terasa geram sgt2 hari ni dengan pembisik kejahatan .. sape lagi syaitan laknatullah.. pantang leka dia pasti bekerja...

Tafsiran Sayyid Qutub dlm Tafsir filzilal; surah Annas

Syaitan pembisik itu telah disifatkan dengan kelakuan "datang dan menghilang" ini adalah satu isyarat yang mengandung tujuan, kerana dari satu segi sifat itu menunjukkan bahawa kelakuan syaitan itu lebih suka bersembunyi dan menunggu peluang. Andainya terbuka ia akan meresap masuk perlahan-lahan membisikkan kejahatan-kejahatannya, dan dari satu segi yang lain pula menunjukkan satu kelemahan syaitan apabila berdepan dengan mereka yang sedar dan siap-siaga mengawal pintu hatinya. Oleh sebab itu semua pembisik-pembisik kejahatan sama ada dari syaitan yang tidak nampak atau dari syaitan-syaitan manusia apabila dilawan mereka akan berundur menyembunyikan diri sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah SAW,

"Apabila manusia menyebut nama Allah, ia akan mengundurkan dirinya dan apabila manusia lalai, ia akan membisikkan kejahatan."

Isyarat ini boleh menguatkan hati seseorang untuk menghadapi syaitan pembisik kejahatan, kerana ia bersifat datang dan menghilang iaitu bersifat lemah apabila ia berdepan dengan alat senjata orang mu'min di medan pertempuran. Dan satu segi yang lain pertarungan dengan syaitan merupakan satu pertarungan lanjut yang tidak akan tamat.

erm.. patutlah.. namun ana dapat merasai bahawa dalam bermujadah tatkala tiba waktu gelap ia menjadi berat sedikit bagi ana.. dan apabila teringat kembali tafsiran surah AlFalaq oleh murobbi ana semasa di Bumi Sarawak.. ana cuba mengikut pentunjuk yang Allah dah berikan...

Dan dari kejahatan malam apabila (gelap-gelitanya) meresap.
~~AlFalaq:3~~

Maksudnya ialah dari kejahatan malam dan segala apa yang ada pada malam hari. Apabila malam menyelubungi bumi maka ketika itu malam sendiri menjadi sesuatu yang menakutkan tambahan pula ia menimbulkan kemungkinan berlakunya segala sesuatu yang tidak diketahui seperti diserang binatang ganas, dimasuki pembunuh, dicerobohi musuh dan didatangi serangga-serangga merbahaya. Di samping itu pada malam hari juga timbulnya berbagai-bagai fikiran karut dan berbagai-bagai perasaan duka nestapa yang mencekik dan melemaskan. Kegelapan malam menolong syaitan untuk bertindak dan menggoda. Kegelapan malam dan keseorangan pada malam hari juga menggerakkan nafsu syahwat manusia dan dari bahaya sebarang makhluk yang nampak dan tidak nampak yang bergerak dan menyerang pada waktu malam.

Alhamdulillah.. Allah yang Maha Mengetahui akan kelemahan ciptaan-NYa memberikan jalan bg setiap kesukaran.. even dgn musuh yang kita tak nampak dgn mata kasar.. Allah sgt2 teliti.. i love Allah

surah Annas dan AlFalaq merupakan suatu surah yang istimewa kerana ia merupakan satu arahan dari Allah mula-mula kepada Nabi-Nya SAW dan kemudian kepada para Mu'minin supaya memohon perlindungan dan naungan pada Allah dari segala kejadian yang menakutkan sama ada yang sulit atau yang terang sama ada yang tidak diketahui atau yang diketahui secara umum atau secara terperinci seolah-olah Allah membuka perlindungan dan naungan-Nya kepada mereka sambil berseru dengan penuh kasih sayang "Marilah ke sini marilah masuk ke dalam perlindungan dan naungan-Ku, marilah ke tempat yang aman yang memberi ketenangan kepada kamu. Marilah Aku tahu kamu lemah dan mempunyai banyak musuh dan di sekeliling kamu berbagai-bagai kejadian yang menakutkan." Hanya di sini sahaja keamanan, ketentemman dan kedamaian untuk kamu.

so, ingataan keras buat diri yang lemah ini.."ENTI TAK BOLEH KALAH"

p/s: mohon doa kalian agar ana kuat dlm mujahadah ini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...