"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie

"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"

~ muhasabah diri~

Tuesday, October 6, 2009

Melihat kepada Perjuangan Mereka, malu pada diri sendiri





Rabu, 07/10/2009 – Syeikh Ra’ed Salah, ketua Gerakan Islam di wilayah yang dijajah tahun 1948, member amaran bahawa setiap tindakan bodoh yang dilakukan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu terhadap Masjid Aqsa akan mencetuskan api yang membakar segala sesuatu dan semua orang , didahului olehnya. Syeikh Salah menyeru rakyat Palestin untuk hadir secara istiqamah dan awal ke Masjidi Aqsa untuk melindunginya daripada setiap serangan Israel.


“Wahai saudaraku di Baitulmuqaddis dan di rumah … Kita sekarang dituntut untuk waspada dan hadir di Masjid al-Aqsa dalam rangka mempertahankan dan berdiri dalam menghadapi penjajahan dan pendudukan haram,” katanya. “Ini adalah saat-saat menyedihkan dalam sejarah bangsa Arab dan umat Islam ketika kiblat pertama mereka dan tempat suci ketiga mereka dinodai seteruk ini, sementara rakyat Palestin tetap setia mempertahankan Masjid al-Aqsa dengan tangan kosong dan dada “, ulas Dr Zahhar, Ketua Biro Politik Hamas dalam sebuah kenyataan di saluran Al-Quds.

Sementara itu, jurucakap Hamas di Khan Younis Hammad Al-Ruqub menyeru kepada semua rakyat Palestin untuk menyokong dan mengerah seluruh gerakan sebagai respons yang tepat terhadap jenayah Israel di Baitulmuqaddis. Sejumlah besar polis dan tentera Israel dikerahkan pada hujung minggu di Baitulmuqaddis dan menutup semua pintu masuk ke Masjid al-Aqsa dan Palestin. Mereka juga menyerang puluhan warga Palestin yang berusaha memasuki melalui gerbang Al-Asbat dan Faisal yang mengakibatkan kecederaan 15 daripada mereka dan menangkap 10 orang lain.

: mujaheed929

-->

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...