Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang...
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammmad SAW, ahlul bait serta kaum kerabat baginda...
Erm.. beginilah selalunya.. per yang dirasa di sini ana luahkan.. jika dibiar terpendam di hati ini.. lukanya pasti semakin parah dan diri ana menjadi semakin lemah... pedih, sakit .. huawwwwww.... rasa nak nangis..
Hari ini awal2 pagi bersama-sama teman menyiapkan banner tuk program kami.. Alhamdulillah ia dapat disempurnakan.. seronok dapat meluangkan masa dgn kawan2 sambil bercerita.. dapatlah diselitkan dgn ilmu berguna. Even tak banyak .. i was try my best..
Kemudian.. sedang asyik menunjukkan bakat masing2 yang kurang bakat tu.. tibe2 dtg sekumpulan penari yg nak buat latihan di dewan tersebut.. hati ana agak terganggu.. ntahlah, ana pun tak pasti kenapa.. marah mungkin..
Maka bermula aksi melentik dan melentok.. disebabkan malas nak melayan perasaaan ana terua ambil berus warna dan mula menyibukkan diri dengan menambah apa yang patut manakala kawan2 yg lain sedang asyik melihat aksi2 yang free dihadapan mereka..
”wah, selamba dia jer”.. rengek seorang kawan apabila melihat seorang penari dipijak kedua-dua pehanya oleh jurulatih mereka.kononnya demi mendapatkan badan yang fleksibel, agar lenggang, lentik dan lenggoknyer nampak lebih sempurna... : p itulah yang ana dengar dari perbualan mereka..
”Subhanallah, sanggup diorang menahan kesakitan dipijak. Pengorbanan jenis apa tu??”.. rungut hati kecil ini.. kagum?? Tak jugak?? Konfius mungkin.. jauh di sudut hati, ana rasa sedih yang amat sangat.. dan tibe2 teringat perjuangan srikandi Sumaiyyah yang sanggup bergadai nyawa demi agama yang tercinta agar dirinya dapat bertemu yang dirindui dgn wajah yang ceria di sana nanti.. tapi pengorbanan penari2 tu?? Ya Allah berilah hidayah kepada mereka..
Penari2 tu sanggup menanggung kesakitan itu?? diri ana?? Pe yang ana dah berkorban, apa sakit yang ana tanggung?? Ini tak boleh jadi, ana perlu lebih sanggup berkorban daripada mereka. Yup! demi melawan jahiliah yang semakin marak di muka bumi ini.. ana perlu lebih sanggup berkorban.. kerana ana yakin dengan pe yg ana pegang.. Allahuakhbar!!!
air mata tak dapat ku tahan lagi..
Dan lebih mengejutkan lagi apabila lagu yang mengiringi tarian mereka berkisarkan tentang kisah Adam dan Hawa... dan terdengar alunan zikir dan selawat.. Muka yang marah tak dapat ditahan.. apa maksud diorng??. adakah mereka ingin memberitahu semua orang bahawa agama membenarkan apa yang mereka lakukan??? Bencinyerrrrrrrrrrrrrrrrr......
tak kira!! HAQ dan BATIL takkan boleh bercampur. even, kalian terinjak-injak dgn diiringi lagu yang islamik tapi kalian tetap salah!!!
Wah, alangkah indahnya jika ana mampu berkata demikian dihadapan mereka... namun itu bukanlah cara yg baik untuk mengajar mereka yang telah jauh... mereka akan lari makin jauh jika tersalah langkah...
Teringat seorang teman yang tekad keluar dari bidang yang dia amat minati kerana dipaksa untuk tidak memakai tudung jika nak menari.. ana sangat terharu kerana teman ana tu sangat kuat mempertahankan tudung yang dia pakai.. malu pun ada. Even, dia nampak biasa dan cara penutupan aurat belum sempurna namun dia sgt sensitif apabila da orang mengarahkan dia menanggalkan tudung.. tu soal agama.. ana sangat2 kagum..
Astagfirullah.. Subhanallah.. T_T
No comments:
Post a Comment