Bismillah …
Dah lama ana tak menulis.. rasa rindu pun ada..he2. ye ke rindu..
Oklah, kali ini ana nak share sesuatu yang ana dapat semasa ana mengikuti program musim cuti..iaitu program “Qiyadah Wa Jundiyah” pada 4 – 7 jun 2009.. dimana Ustaz Zainal Ariffin telah diberi tanggungjawab untuk memberi pengisian. he2, sangat2 membuka mata.. best tau..
Pada awal bicara, ustaz memulakan dengan suatu hadith dimana ia lebih kurang begini, Rasulullah SAW pernah bersabda dimana di akhirat kelak ada satu golongan yang akan dimuliakan oleh Allah dan dicemburui oleh para sahabat.
He2.. sape2 yg tak pernah lihat Rasulullah SAW dan mentaati baginda maka kalian blehlah berbangga (izzah) kerana sahabat2 Rasulullah SAW mencemburui anda. He2, best
Oklah kat sini ana bukan lah nak bercerita tntang “Qiyadah wa Jundiyah” tu.. nak tau tntng Qiyadah Wa Jndiyah tu better bace sendiri buku tulisan Mustaffar Mahsyur dan dengar sendiri secara langsung dari orang2 yg berpengalaman.. he2, dan kat sini ana nak share apa yg tak ada dalam buku tu.. bleh tak?? Tak bleh pun ana nak cerita jugak.. tp ana hanya mampu share per yg anan ingat sahaja..
Semasa ustaz zainal bg pengisian ana tergerak hati nak share dgn sape2 yg sudi bace blog ana ni tntang cerita benar yg dikongsi oleh ustaz zainal.. ok, macam ni cerita die.
Suatu hari ustaz zainal berada di sebuah surau atau masjid dimana di
Pakcik : Solat hajat untuk apa ustaz?
Ustaz : solat hajat untuk saudara kita di Palestin..
Pakcik : xperlulah ustaz.. xkan menangnya.. dah lama perang tak menang2 pun.. Pihak musuh tu pakai senjata canggih2 org palestin mana bleh lawan.. lupakan jelah.. dah 60 tahun Palestin diserang tak pernah menang pun..
Ustaz zainal aga terkejut tapi dia still dapat jawab dgn tenang.. nak tau dia jawab apa?? Jeng.. jeng.. jeng..
Ustaz : tak pernah kalah pun. Pasti ada ’something’ dekat sana..
Herm.. tak terfikir ana nak jawab macam tu.. hu2, ustaz memang hebat. Cuba kita bayangkan org islam palestin tak ada senjata perang yang canggih dan if kita tengok dah banyak org islam Palestin terkorban tapi cuba kita lihat dan fikir baik3.. perasan tak diorng masih dapat hidup macam biasa?? de kanak2 yang dapat main bola sepak lagi even tgh berperang.. nampak sangat ada satu kuasa yg melindungi dan memberi ketenangan pada diorng.. dan ia hanya dapat dinikmati oleh org yang beriman kerana mereka yakin dengan jalan yg mereka pilih..
Herm.. ana xtau la sampai or tak pe yang ana nak sampaikan ni...tapi ana nak sangt antumna rasa pe yg ana rasa bile dgr jawapan ustaz tu.. hu2, amat2 terasa mereka berada di jalan yg benar..
Oklah, ni baru satu perkara yg ana share.. nnti ana share lg pada lembaran yg lain.. buat umat Islam di Palestin, doaku sentiasa mengiringi kalian... salam perjuangan Mujahid wa mujahadah sekalian.. Haiyak!! Allahu akhbar!!
Mereka itu akan diberi balasan dengan tempat yg tinggi (dlm syurga) atas kesabaran mereka, dan di sana mereka akan disambut dgn penghormatan dan salam.
(Al-Furqan : 75)
No comments:
Post a Comment