Bismillah…
15 June 2009.. malam tadi ana telah melakukan sesuatu yg sgt drastik dan sekarang ana merasai kesannya.. agak sedih.. dan ana masih terfikir adakah tindakan ana malam tadi dipandu oleh syaitan atau akal yg waras berpandukan iman acuan AlQuran dan As-Sunnah… hu2.. sedihnya kerana sedikit hal suasana jadi suram..
seronoknya sekiranya setiap tindakan dipandu oleh yang Maha Mengetahui dan Maha Penyayang.. pasti setiap tindakan akan berlaku dengan sweet dan berkhikmah.. namun pa2 juan yang telah berlaku adalah takdir.. so, sebagai hamba kita perlu terima dan cari penyelesaian..
ana tidak berkata or mengeluarkan pendapat kerana perasaan atau menyebelahi sesiapa. Namun ada pihak yang merasakan ana tidak berpihak padanya dan menyangka ana berpihak pada musuhnya.. herm.. bukan orang lain pun diorng tu, adik-beradik jugak..
ana berasa sangat sedih dan merasakan ana perlu lebih kuat lagi untuk mencapai satu perubahan yang mampu memberi aura kebaikan kepada rumah ni..
aduhai alangkah bahagianya jika rumah ini adadlah sebuah keluarga yang terdidik dan membesar dengan acuan Al-Qurana dan As-Sunnah.. so, ana perlu lebih kuat untuk memilikinya.. tapi sedihnya, diri ini sangat lemah dan rasa tak mampu merubah keluarga ini untuk mendekatkan diri mereka dengan cinta hakiki...
but I still can feel the good spirit even it’s came from a bad story. So, anything happen it’s will be something which is only Allah knows it. So, I let Allah take everything to plan it because I always trust Allah is the best planner.
Ok, akhir kalam.. ana nak share doa ni..
Dari Ibnu ‘
Ya Allah, ya Tuhan Kami, bagiMu segala puji-pujian. Engkaulah Pengatur langit dan bumi serta yang ada di dalamnya. BagiMu segala puji, Engkau adalah benar, janjiMu adalah benar, perjumpaan denganMu adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, para nabi adalah benar, Muhammad SAW dan hari qiamat adalah haq. Ya Allah, padaMu aku berserah diri, kepadaMu aku beriman, kepadaMu aku bertawakal, kepadaMu aku kembali, denganMu aku berhujah, dan denganMu aku membuat keputusan. Maka ampunilah dosaku yang terdahulu dan terkemudian, yang ku rahsiakan dan yang ku zahirkan, serta yang lebih Engkau ketahui dariku. Engkau yang mendahulukan (satu perkara) dan Engkau pula yang mengakhirkan. Tiada Tuhan (yg berhak) melainkan Engkau.
(Hadith Riwayat Iman enam dan hadith ni di lafaz Bukhari dan Muslim)
No comments:
Post a Comment