"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie

"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"

~ muhasabah diri~

Monday, April 12, 2010

Al-mulk

Bismillah hirrahman nirrahhim


Assalamualaikum dan salam sayang kepada para pembaca yang ana sayangi. Salawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW yang selalu ana dan antumna rindui, ahlul bait dan sahabiyah yang sentiasa di rahmati Allah SWT.


Astaghfirullah.. astaghfirullah, astaghfirullah…


Bersyukur ke hadrat illahi yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Mengetahui, Maha Adil dan Maha Berat Azab-Nya. Dengan limpah dan rahmat kurniaan-Nya ana masih diberi peluang untuk berkongsi sesuatu di wadah ini. Alhamdulillah.. n_n


Hari ini ana ingin berkongsi tentang surah Al-Mulk yang membawa maksud KERAJAAN ILLAHI. Di sini ana akan berkongsi mengenainya dalam susunan ayat serta kefahaman ana sendiri dan ana akan menjadikan Tafsir Fil Zilal tulisan Asy-Syahid Sayyid Qutb rahimatullah sebagai rujukan dan panduan. Tidak lupa juga kepada SI COMEL (Al-Quran terjemahan ana) dan yang pastinya dengan kerjasama Abu Dzar (laptop kesayangan ana).


Dan di sini ana hanya akan berkongsi sesuatu yang ana rasa sangat-sangat dekat dengan hati ini..


Duhai angin..

Tahukah engkau??

Dunia ini bayunya melalaikan..

Duhai sungai yang mengalir..

Tahukah engkau??

Dunia ini arusnya melemaskan mereka yang lalai..

Oh dunia..

Aduhai hati..

Syurga??

atau

Neraka??


Di dalam Al-Mulk Allah ada berfirman :


Maha Limpah Keberkatan Tuhan yang memegang tampuk Kerajaan (seluruh alam) dan Dia Maha Berkuasa di atas segala sesuatu

~Al-Mulk : 1~


Di sini Allah sedang memperkenalkan kerajaan-Nya dimana seluruh alam ini adalah rakyat-Nya. Pernah tak dengar ayat-ayat yang mengatakan bahawa “seluruh alam bertasbih memuji kebesaran Allah”. ??


Apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi bertasbih kepada Allah; dan Dialah Yang Maha Perkasa, Mahabijaksana

~As-Saff:1~


Dan tidak dijadikan sesutau pun di dunia ini untuk sia-sia, dimana setiap ciptaan Allah ada tujuannya. Sehinggalah sekecil-kecil bakteria ia ada tujuan penciptaanya.


Di sini ana ingin mengajak sahabat-sahabat masuk kedalam kerjaan illahi ini dimana seluruh alam bertasbih kepada Allah dan bayangkan tasbih-tasbih ini bergumandang ibarat sebuah lagu yang sentiasa dimainkan di radio di seluruh alam pada setiap saat dan waktu. Ana tekankan sekali lagi, seluruh alam dan bukannya di seluruh Malaysia. Ingat SELURUH ALAM.


Ia menunjukkan betapa Allah ingin memberitahu akan keagungan Kerajaan Ilahi yang melimpah ruah keberkatan-Nya dan keberkatan itu diagungkan di alam buana setelah mengagung-agungkannya pada Zat Illahi.


~the end 1st surah~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...