"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie

"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"

~ muhasabah diri~

Wednesday, April 22, 2009

..Ar Ruhul Jadid...



bismillah...



ehem2.. tolong bgtau satu dunia mlm td adalah halaqah ku dengan ARj setelah sekian lama tidak berhalaqah.. bagitau pd satu dunia kami berkasih sayang di dlm halaqah cinta kami kerana Allah dan kerana dakwah.. bgtau pd satu dunia even banyak mehnah yg mendatang kami tetap ARJ kerana kami pasti ujian itu pasti pahit kerana syurga itu sgt manis.. hmmm,sgt2 gembira sebab selepas 2 minggu kitorng dpt berkumpul balik dlm satu halaqah.. Alhamdulillah..



namun dalam senyuman sume ARJ der juga terselit kepiluan di mana ada di antr ARJ yg dh balik semnnjung, so diorg xde dlm halaqah cinta kami.. dan lagi menyayat hati...ehcheh dramatik plak.. ok2.. yg lagi menyayat hati ku ini adalah dimana after ARJ2 yg g praktikal balik ke medan perang (upmkb) kami sentiasa cuba tuk dptkan halaqah FUll House.. namun takdir Allah mengatasi kami x dpt berkumpul dlm halaqah secara FULL HOUSE.. tp xpe..sebab kami yakin bahawa pe yg diatur oleh Allah adlah yg paling sweet...eh bukan yg paling sweet jer.. yg paling sweet dan sempurna..he2..



erm, malm tadi dlm byk2 pengisian yg dapat de satu pengisian yg mencuit hati ini.. iaitu de satu kata2 tu " jangan kita pandang hina, marah atau mengkafirkan org yg belum dapat hidayah dr Allah, mungkin dia akan jd lebih baik dr kita dan sekalian umat".. dan kn selalu ingt kita dhuat, tugas kita menyampaikan dan bukan menghukum..


ok, daripada pengisian tu diri ini mulai sedar dan tahu macamana nak handle org2 yg macam ni.. bukan per, diri ini sering diganggu oleh insan yg insyaAllah dia tahu dan byk ilmunya tp maybe belum sampai hidayah padanya.. semoga hidayah Allah milik nya .. he2, sebenarnyer even marah2 pun itulah doaku dari dulu sampai sekarng kerana ku meyakini dirinya mempunyai potensi menjadi seorng dhuat yg berkaliber (itu yg dipelajari dlm islam dan tarbiah, bersangka baik dan doakan yg terbaik utk org).. cayalah.. --> strive for mardhatillah..


jgn bongkak dgn amal kita yg ciput tu, kita tak tahu penghujung hidup kita. terus istiqamah k.. ohye, tau tak rezki, umur, amal dan celaka atau bahagia kita telah ditetapkan di saat malaikat meniupkan ruh ke dlm diri kita dgn izin Allah.. erm, bile pk2..dh tau akhiran watper nk susah2, tp if tak usaha Allah nk nilai camner palk.. huh.. susah2.. baik jgn pk.. usaha jer, sebab Allah kan nilai kita dr usaha dan amal bukan hasilnya.. hasil tu milik DIA..


pengajaran :

~~sentiasa berjaga-jaga dengan dosa dan maksiat kerana kita taknak neraka
~~banyakkan taubat dan istighfar atas dosa2 kita yg lalu
~~jgn takut selain Allah dan bergantungf harap totally pada Allah
~~sentiasa tenang dan redha ketika menerima bantuan dari -NYA dalm membuat kerja dakwah

" wahai org2 yg beriman, jika kau menolong agama (Allah). nescaya AKU (Allah) akan menolongmu dan memperkukuhkan kedudukanmu"
(muhammad: 7)

p/s; riak adalah syirik dan ia menghapus amalan kita.. astagfirullah... naudzubillah.. :)

Monday, April 20, 2009

bukan hy lelaki soleh yg dicari-cari dan di tanya..


perlu ditanya juga..
mana wanita bakal ibu yg sanggup bergadai nyawa untuk lahirkan para syuhadah..
mana wanita yg sanggup melihat anak mati berjihad di jalan Allah..
mana wanita yg menjadi pendorong semangat jihad suami dan keluarga tercinta..
mana wanita yg sanggup menolak cinta dunia kerna cinta hakiki..
mana wanita yg menjadikan taqwa sebagai pakaian...

namun dpt dilihat..
wanita yg menjadi ibu kpd anak tidak berbapa..
wanita yg rela lihat anak berkorban krn dunia..
wanita yg menjadi halangan para suami pergi berjuang..
wanita yg mengabaikan akhirat kerana cinta dunia..
wanita yg berpakaian tetapi bertelanjang dan menjadi penggugat iman kaum adam..
sesungguhnya akan sentiasa ada golongan2 yg memperjuangkan agama Allah..maka pasti ada adam dan hawa dari MAdrasah Rasulullah.. mari kita same2 mejadi SOLEH WA SOLEHAH..agar wanita dan lelaki terbentuk hasil acuan tinggalan Rasulullah iaitu AlQuran AsSunnah.. wallhua'lam..

~~khadijahyusra~~

lelaki:apa dah jadi???


Dulu ,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh kami tak terkira,

Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya, boneka yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,

Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebanggaan wanita,

Kini,
Ribuan wanita dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,

Kini,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,

Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,

Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,

kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,

Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesame sendiri saling bertingkah.
Kembalikanlah lelakiku,
Pada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan madrasah rasul.

~~from iluvislam~~

Dakwah hanya untuk orang yang tidak sibuk..!


Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

فَلْيَتَّقُوا اللَّهَ وَلْيَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا

“Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan qawlan sadid. (Surah an-Nisa’ [4]:9)”

Ucapkanlah “qoulan syadida”. Begitulah perintah ALLAH SWT. Perintah yang membuatkan saya, sungguh pun tersangat sibuk menjayakan tugas dan amanah sebagai seorang profesional, namun harus mencoretkan sesuatu sebagai teguran sekaligus tazkirah buat mujahidah da’wah, agar sikap dan mind-set (fikrah) tidak menyimpang daripada sikap dan fikrah sebenar seorang mujahidah da’wah.

Sangat aneh tatkala student universiti sudah pandai memberikan alasan “sibuk” untuk alpa dan tidak bersungguh dalam da’wah. Apakah mereka menyangka bahawa bila tiba di alam kerjaya, kesibukan itu akan hilang? Adakah mereka menyangka betapa mujahid-mujahid da’wah yang telah menginfakkan dirinya, keluarganya, hartanya dan seluruh hidupnya di jalan ALLAH, adalah bukan student atau pekerja seperti mereka, sehinggakan mereka tidak pernah disibukkan dengan urusan pembelajaran atau pekerjaan?

Katakan saja anda tidak cintakan Islam, kerana jika benar anda cintakan Islam, mana mungkin semudah dan semurah itu alasan akan anda berikan. Janganlah anda menghina para mujahid da’wah, seakan-akan mereka ini tidak pernah sibuk hinggakan sentiasa mempunyai masa untuk diberikannya pada jalan ALLAH.

Janganlah anda menghina Abu Bakar as-Siddiq R.A, Umar al-Khattab R.A, dan sahabat-sahabat lain R.A, para tabi’in, tabi’it tabi’in, Hassan al-Banna, Yusuf al-Qaradhawi, dan lain-lain, yang hidup mereka full time sebagai pendakwah, sedang part time mereka sebagai Cikgu, atau peniaga, atau engineer dan sebagainya, dengan menganggap mereka-mereka ini tidak pernah bertembung dengan kesibukan duniawi. Mereka juga sibuk, tapi cinta mereka pada ALLAH, Rasul dan Islam mengatasi kesibukan duniawi mereka.

isteri Kedua..???



Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.


Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.

Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut.

Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.


Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.

Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.

"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Syazni tersenyum.


Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.

Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
"PERJUANGAN, " jawab Syazni.

***************

Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam ... kalian akan dimadukan!

Jika dirimu bakal seorang isteri…
Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!

Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…
Kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga diri \mu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam!

Jika dirimu bakal seorang suami…
Terimalah bahawa anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana suami yang pertama baginya ialah perjuangan islam dan memartabatkannya.

Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai islam dan memperjuangkan islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu…

Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!Takbir ! Allahuakbar!


Tuesday, April 14, 2009

hari lahirku.. ke21.. Alhamdulillah..

~~kek buatan anak2 usrah ku..hu2 dh cair..lame sgt die tunggu sian.. even , der yg kata tak macam kek..namun kasih sayang 9 org anak2 usrah ku yang terkandung dalam kek tu.. mengindahkan segalanyer.. jazakillah..


saje nak bagtau sume org.. nk kongsi bahagia ni.. he2..tahun ni sekali lagi hari lahirku agak meriah, di samping akhawat2 tercinta dan sahabat handai.. erm.. even my parents tiada di sisi.. i'm still happy and thankful to ALlah ..alhamdulillah..

~~ hadiah dr teman baikku..n lilin tu dr anak2 usrah yg ana df..he2.. so sweet..

tahun ni yg bestnyer ana dpt bantal lag he2.. warna pink (my favaurite color), thank you my bestfriend (norehan bt ali and nurul husna bt holal ludin, our friendship is so sweet.. uhibuka fillah).. sebenarnyer, persahabatan kita dh tak serapat dahulu, trust me.. ana sentiasa nk perbaiki hubungan kita moga Allah mempermudahkan.. ana sayang kalian..cuma kerja rahebku agak membebankan (tak elok bg alasan.. maaf ya Allah)

" Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mencintai utk saudaranya apa yg dia cintai utk dirinya" (hadith 13 riwayat oleh Bukhari wa Muslim)

buat akhawat, yg se usrah dgn ku.. hadiah dari kalian tidak ku jangka.. kerana kita para "Umar" tiada mase tuk diri sendiri, namun ditakdirkan Allah der ARJ yg baru balik dr praktikal maybe rindunyer padaku terlalu byk so memesan seorang akhawat belikan hadiah utk hari lahirku.. Jazakillah..

~~hadiah dr akhawat dan anak2 usrah..



untuk yg teristimewa..anak2 usrah ku.. he2.. amtumna semua mmg sweet.. hah!! bunga yg di ats tu adalah dr anak2 usrah ku kata meraka " bunga yg tidak akan layu.. melambangkan kasih sayang kami pada ummi yg tak akan layu".. hu2, sgt tersentuh.. uhibuka fillah.. moga ukhuwwah kita diredhai Allah.. dan semoga kalian bakal menggerakkan usrah di sini selepas ketiadaan ku.. ameen.. moga dipermudahkan..

" Sesungguhnya org2 mukmin itu bersaudara... (alHujjurat : 10) "

terasa hangat dengan kasih sayang dan Rahmat dari Allah pada hari tu.. Ya ALLAH kekal kan ukhuwwah ini selamanya....


~~ kenakalan akhawat2 tersayang...

" Dia-Lah (Allah) yg memperkuatkan dirimu dengan pertolongan-Nya dan dgn org2 Mukmin. dan Dia Yang mempersatukan hati mereka(org2 mukmin). walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yg berada di bumi, niscaya kamu tidak dpt mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.. (alAnfal:62-23)"


salam sayang dari ku -- akhawat fillah
~~ khadijahyusra~~

Monday, April 13, 2009

Moga Hati Ku Selalu Basah Dengan RAhMAT- MU

.Air mata..

Sebuah luahan tanpa suara...

Namun di situ terhimpun seribu jeritan duka hati dia yang bergelar manusia..

Air mata mampu menenangkan hati yang lara walau diremuk seribu duka..

Namun ia tak mampu bersuara megungkap segalanya apa yang dirasa..

Lantaran kesedihan didada hanya Yang Esa mengetahuinya..

Namun bile terkenang pahlawan tercinta duka yg dirasa tidak sehebat mereka..

Mereka menjadikan si air mata sebagai kekuatan bukan kelemahan..

Lantaran si air mata tidak akan mengalir untuk yang sia-sia..

Pastinya si air mata mengalir demi Yang Maha Esa..


Duhai air mata..

Boleh kah kau sampaikan pada si hati..

Aku mengharap kau mengalir hanya kerana DIA..

Bukan untuk yang sia-sia..


Duhai air mata..

Bolehkah kau sampaikan pada si hati..

Aku hanya mengharap kasih Yang Maha Esa, tidak kira siapa perantara..

Bukan mengharap pada dunia..


Duhai air mata..

Bolehkan kau sampaikan pada Illahi..

Aku mengimani bahawa diri ku ini hanya milik –NYA moga ia tsabat kan hati ini..

Moga si air mata mengalir untuk terus mengharap hanya pada SYURGA-NYA dengan izin dan Rahmat daripada-NYA, dan jadikan diri ini sebagai si solehah keranaku seorang hamba....


~~khadijahyusra~~~



Diri INi Adalah???

1_564039436l.jpg


" wahai ikhwan, kamu bukan pertumbuhan kebajikan,bukan parti politik,BUKAN badan yg ditubuhkan utk tujuan yg TERBATAS. kamu adlh ruh baru yg mengalir di hati umat ini dan menghidupkan umat ini dengan alQuran.kamu adlh cahaya baru yg bersinar menghapuskan kegelapan materialisme ke arah mengenali Allah.kamu adlh suara yg berkumandang bergema melaungkan dakwah Rasulullah SAW.. tidak keterlaluan jika kamu merasakan bhw kamu adlah org2 yg memikul beban ini setelah semua manusia membelakangkannya" - Hassan Al-Banna-

10.gif

"
"Diriku Mawar BerDuri.. Hanya Kumbang Yang BErHAk, mampu memiliki dan mengenali diri ini.."

Sunday, April 12, 2009

I want To Be Like hiM.. iMAM Syahid Hassan AlBaNNa


Rendah diri seorang ulama besar…

Kesah Syeikh Tantawi dengan Hassan Al-Banna:

Kata Ustadz Abdul Halim, ketika beliau sedang menulis rencana di pejabat Ikhwanul Muslimin, saat itu beliau sedang sendirian, datanglah syekh Thanthawi menjumpainya. Sebelumnya Ustadz Abdul Halim sempat berharap dapat bertemu langsung dengan syekh Thanthawi dan berbicara secara khusus, dan Al Hamdulillah Allah swt mengabulkannya.Syekh Thanthawi bertanya kepada Ustadz Abdul Halim: “Apa yang sedang engkau tulis? Dijawab oleh ustadz Abdul Halim: “Saya sedang menulis puisi yang dipesankan oleh Imam Hasan Al Banna”.


Puisi itu kemudian dibaca oleh syekh Thanthawi dan beliau kemudian meminta ustadz Abdul Halim membacakanya untuknya. Ustadz Abdul Halim yang hanya lulusan sekolah teknik dan bukan lulusan syari’ah serta tidak memahami cara membaca sya’ir, kemudian membaca sya’ir itu. Kata syekh Thanthawi: “Bukan begitu cara membaca sya’ir”. Ustadz Abdul Halim bertanya: “Apakah ada tempat-tempat yang keliru saya baca? Jawab syekh Thanthawi: “Tidak, tidak ada satupun bagian yang keliru, akan tetapi bukan begitu cara membaca sya’ir”.


Kemudian syekh Thanthawi menambahkan lagi: “Dulu, di masa jahiliyyah, ada sebuah pasar bernama Ukazh, di sana orang-orang jahiliyyah mengambil sya’irnya, seandainya sya’ir itu dibaca dengan cara hafal membacanya, tidak ada daya tariknya, akan tetapi, sya’ir itu harus dibaca sesuai dengan ruhnya”. Maka syekh Thanthawi kemudian mencontohkan cara membacanya dengan demikian indahnya.Kemudian syekh Thnathawi melanjutkan: “Wahai anakku, manusia dalam hidup ini memerlukan riyadhah (latihan), sebagaimana fisikal itu harus dilatih, ruh itupun harus dilatih. Orang-orang yang biasa berlatih akan memiliki satu tingkat dari orang-orang yang tidak pernah berlatih”. (Di dalam tarekat ada satu tingkatan yang paling tinggi, yaitu Al Kasyf, yaitu kemampuan mengetahui apa-apa yang tidak diketahui oleh orang lain, bi-idznillah, suatu tingkatan bagi orang-orang yang memiliki tingkat latihan ruhiyyah paling tinggi).


Syekh Thanthawi kemudian bertanya: “Adakah orang lain yang kedudukannya lebih tinggi lagi dari Ahlul Al Kasyf wahai anakku! Kata ustadz Abdul Halim: “Saya kira tidak ada wahai syekh!”.Dijawab oleh Thanthawi: “Tidak wahai anakku”. Abdul Halim bertanya lagi: “Kedudukan mana lagi yang lebih tinggi dari itu?”. Jawab syekh Thanthawi: “Kedudukan yang lebih tinggi dari itu adalah kedudukan para rijal yang dibentuk oleh Allah swt dan dipilih diantara makhluq-Nya, mereka dipilih oleh Allah swt untuk memusnahkan kerusakan, menghilangkan kezhaliman, menghidupkan api keimanan di dalam hati setiap orang, serta menyebarkan ukhuwwah diantara orang-orang yang beriman, hingga da’wah ini menjadi kuat dan mampu mengangkat nama Allah di atas bumi dan mampu menghadapi orang-orang zhalim yang membuat kerusakan”.

Selanjutnya syekh Thanthawi mengatakan: “Ketahuilah anakku, misi ini, yang Allah pilih mereka untuk mengembangnya, menuntut mereka menjadi ahlul hajb, menjadi orang yang tidak nampak kekuatan spiritualnya (tidak boleh jalan di air, tahan dibakar api, dsb) –akan tetapi kedudukan mereka lebih tinggi dari Ahlul Kasyf, mengapa? Sebab, ilmu ahlul kasyf tidak dapat dipelajari, sedangkan ilmu ahlil hajb dapat dipelajari dan dapat berpindah dari satu generasi ke generasi berikutnya hingga akhir zaman”. Tambah syekh Thanthawi, “termasuk diantara ahlil hajb adalah para rasul, nabi Musa as (ahlul hajb) kedudukannya lebih tinggi dari nabi Khidhir as (ahlul kasyf), sebab nabi Musa as termasuk ulul ‘azmi minar-rasul, hanya lima dari sekian banyak nabi dan rasul yang mendapatkan gelar ini, meskipun di dalam Al Qur’an secara sepintas seolah nabi Khidhir lebih tinggi daripadanya.


Demikian pula dengan nabi Sulaiman as, ketika burung pelatuk kecil menemukan kerajaan Bilqis, berkata nabi Sulaiman: “Siapa yang dapat memindahkan singgasana ratu Bilqis kemari sebelum mereka datang ke sini? Berkata salah satu jin Ifrit: “Aku mampu memindahkan singgasana itu sebelum engkau bangkit dari tempat dudukmu”. Berkatalah seseorang yang diberi ilmu kitab, Asyif namanya: “Aku mampu memindahkan singgasana itu sebelum matamu berkedip”. Meskipun ilmu ahli kitab (ahlul kasyf) itu lebih tinggi dibanding nabi Sulaiman as, akan tetapi kedudukan nabi Sulaiman tetap lebih mulia, sebab dia adalah seorang rasul Allah, sedangkan Asyif tidak”.

Kata syekh Thanthawi: “Diantara ahlul hajb adalah sahabat-sahabat yang besar, seperti Abu Bakar Ash-Shiddiq, Umar bin Al Khoththob, Utsman bin Affan, Ali bin Abi Thalib dll. Diantara mereka yang lain adalah kibarul mushlihin (para reformer besar) yang diantaranya adalah Hasan Al Banna”.


Bertanya Ustadza Abdul Halim: “Begitukah engkau melihat Hasan Al Banna?”.Dijawab: “Ya”.Ditanya lagi: “Bagaimana engkau dapat mengenalnya?”Jawab Thanthawi: “Ketika aku mendangar namanya disebut-sebut orang, aku datangi dia dan aku duduk bersamanya, aku tanya dia: “Apa yang engkau da’wahkan?”. Serupa seperti orang lain yang pernah aku jumpai dia menjawab: “Aku menda’wahi orang kepada Al Qur’an”. Maka aku katakan kepadanya: “Masing-masing kelompok mengaku berdakwah kepada Al Qur’an, tidak ada satu kelompokpun di dalam da’wah Islamiyyah ini –termasuk yang sesat sekalipun- kecuali mereka mengatakan: mengajak kepada Al Qur’an. Jawablah pertanyaan saya dengan detail tentang da’wah yang engkau serukan itu pada setiap aspek kehidupan!


Kemudian ia menerangkan da’wahnya dan aku dapati da’wahnya tidak keluar dari kitabullah dan sunnatur-Rasul saw”. Diceritakan pula, ketika Thanthawi akhirnya terkesan dan tertarik serta ingin bergabung dengan Hasan Al Banna. Hassan Al-Banna bertanya: “Wahai Ustadz! Engkau adalah ustadz kami, dan ustadz semua orang di Mesir ini, andalah Hakimul Islam, kulihat anda lebih berhak untuk menduduki kepemimpinan di dalam da’wah ini, ini tanganku, aku siap berbai’at kepadamu”. Ia dijawab oleh Thanthawi: “Tidak, wahai shahibud-da’wah, engkau lebih mampu untuk memikul beban da’wah ini dan engkau lebih pantas, dan ini tanganku”.

Ketika beliau bergabung dengan Ikhwanul Muslimin, teman-teman seangkatan beliau meremehkannya dengan mengatakan: “Anda seorang ulama’ besar dan seorang syekh, mengapa anda mau menjadi kelompok yang dipimpin seorang anak muda dan anda hanya menjadi seorang ketua redaksi? Dijawab oleh Thanthawi: “Seandainya anda mengetahui siapa Al Banna, anda akan lebih dahulu bergabung daripada saya, sayang anda tidak mengetahuinya !”.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...