"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie

"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"

~ muhasabah diri~

Monday, April 13, 2009

Moga Hati Ku Selalu Basah Dengan RAhMAT- MU

.Air mata..

Sebuah luahan tanpa suara...

Namun di situ terhimpun seribu jeritan duka hati dia yang bergelar manusia..

Air mata mampu menenangkan hati yang lara walau diremuk seribu duka..

Namun ia tak mampu bersuara megungkap segalanya apa yang dirasa..

Lantaran kesedihan didada hanya Yang Esa mengetahuinya..

Namun bile terkenang pahlawan tercinta duka yg dirasa tidak sehebat mereka..

Mereka menjadikan si air mata sebagai kekuatan bukan kelemahan..

Lantaran si air mata tidak akan mengalir untuk yang sia-sia..

Pastinya si air mata mengalir demi Yang Maha Esa..


Duhai air mata..

Boleh kah kau sampaikan pada si hati..

Aku mengharap kau mengalir hanya kerana DIA..

Bukan untuk yang sia-sia..


Duhai air mata..

Bolehkah kau sampaikan pada si hati..

Aku hanya mengharap kasih Yang Maha Esa, tidak kira siapa perantara..

Bukan mengharap pada dunia..


Duhai air mata..

Bolehkan kau sampaikan pada Illahi..

Aku mengimani bahawa diri ku ini hanya milik –NYA moga ia tsabat kan hati ini..

Moga si air mata mengalir untuk terus mengharap hanya pada SYURGA-NYA dengan izin dan Rahmat daripada-NYA, dan jadikan diri ini sebagai si solehah keranaku seorang hamba....


~~khadijahyusra~~~



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...