"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie

"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"

~ muhasabah diri~

Thursday, December 31, 2009

Bahagia.. siapa??


Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, daripada Suhaib radhiyallaahu ‘anhu beliau berkata, suatu ketika Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk bersama para sahabatnya dan tiba-tiba Baginda ketawa. (Melihatkan keadaan sahabat yang terkejut) Baginda berkata: Apakah kamu tidak mahu bertanyakan aku apa yang menyebabkan aku ketawa? Mereka berkata: Ya Rasulullah, mengapa engkau ketawa?Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda: Ajaib sungguh perihal seorang mukmin. Semuanya baik belaka untuk dirinya. Jika dia mendapat sesuatu yang disukainya, dia memuji Allah lalu hal itu menjadi kebaikan buatnya. Dan jika dia ditimpa sesuatu yang dibencinya, dia bersabar. Lalu hal itu menjadi kebaikan buatnya. Bukan semua orang yang boleh menjadikan segala perkara adalah baik untuknya kecuali MUKMIN

kiriman dari sahabat ini mengingatkan tentang beberapa slot dalam daurah ISK tuk adik2 beberapa bulan yg lepas..iaitu tentang sunnatullah, dakwah vs belajar dan berserah totally pada yang Maha Esa (byklah plak berkait yer.. hu2..)

sebenaryer semenjak duduk dalam jalan panjang ni, dah banyak kali join ISK.. tp setiap kali pergi pasti der sstu yg baru tuk dibawa pulang.. betollah kata seorang akhawat..

" even kita dah dengar berjuta kali pun sstu tajuk tu tapi apabila kita melangkah untuk ke pogram tersebut kita perlu set kan diri untuk mendegar dan menerima dengan hati yg terbuka kerana mungkin pada saat ketika yg lepas kita hanya dapat memahami dan mengaplikasikan beberapa perkara yg disampaikan. dan pada kali ini kita mohon dgn Allah agar memberi kita kefahaman lain yang sepatutnye kita dapat.. ameen.. kan ada dalam satu hadith mengatakan bhw, 'sesiapa yg Allah kehendaki darinya kebaikan, dia akan diberi faham dalam pd agama'.."

dan seingat ana, ini adalah kali ke ntahlah tak ingat .. tp lebih dari 3 or 4.. dan memang betol ana dapat sesuatu yg baru.. dimana ana telah mendapat kefahaman yg baru dan benar tentang sunatullah.. he2.. (berkerut dahi murobbi biler ana sharing dlm family ARJ..ngeh2..)..pe2 pun ana bersyukur kerana ana diizinkan Allh untuk hadir pada hari itu.. even sebagai pembantu yg kurang membantu... :P

---> Sunatullah ?? cerita mudahnyer.. jika kita lapar kita kene buat apa?
makan!!!
Hah, betul2.. kita kena makan supaya kenyang.. tu sunatullah yg semua org tahu kan.. tapi even kita makan tuk kenyang tapi belum tentu kita akan kenyang. sebab Allah yang selayaknyer memberi rasa kenyang tu.. kalau Allah kata kita takkan kenyang, maka ia akan terjadi seperti yg telah Allah tentukan.. so, berserah diri sahajah pada Allah.. (sebelum makan kita kena ingat Allah )..
oooooooooooooo...
he2.. :)

ohye, de seorang akhawat bagitau pada ana bahawa makanan untuk seornag cukup untuk dua orang.. sharing is caring.. caring is loving.. (^_^) jazakillah, i will remeber that..

baiklah pergi kepada sesuatu yg ana dapat dalam daurah itu yg seiring dan sejalan dgn sabda Rasulullah SAW di atas, dimana penyampai pada hari itu ada memperkatakan tentang pe2 yang berlaku pada kita adalah yang terbaik buat kita.. alah, macam dalam surah Al-Baqarah ayat 216 tu..

.... tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sstu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sstu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah menbegtahu sedang kamu tidak mengetahui.

sebab tu lah orang mukmin ni beruntung dan selalu bahagia.. sebab per yg jadi pada dia, pasti dia kembali kepada Allah SWT dan redha kerana dia mengetahui bahawa apa yang Allah SWT tetapkan adalah yg terbaik buat dirinya... dan don't worry, urusan dunia Allah SWT yg aturkan untuk kita.. berserah dirilah kepada Allah, pasti hati kita akan tenang... (even kadang2 diri melatah dgn sstu keadaan.. ampun ya Allah)...

for akhawat2 yang menyampaikan ... jazakumullah.. love u all filah ..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...