Jika Allah inginkan kebaikan pada diri kita, DIA akan menganugerahkan beberapa kesusahan.. Pilihlah syurga jangan memilih neraka..
~S.A.B.A.R & SOLAT~
"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi(face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie
"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"
PANCANG TEKADMU.. JANGAN MUDAH MENGALAH.. PASTIKAN AZAMMU SEMAKIN MENINGGI.. KEJAYAAN ISLAM BUKANLAH SEKADAR MIMPI.. NAMUN JANJI ALLAH YG HAQ DAN PASTI...
Bismillah..Alhamdulillah hari ni masih diberi peluang olah yang Maha Esa utk menghirup udara di kampong halaman..
Hah, esok keputusan UPU akan keluar.. mohon sgt2 aga hati ni tenang menerima per sahaja yang Allah SWT tetapkan.. tapi berdebar tetap berdebar… he2.. :p
Oklah, hari ini ana bukan nak sambung cerita tntng program masa cuti tu..tapi ana nak cerita dilema yang terjadi dekat rumah ni, yang buat hati ana rasa spirit or energy yang agak hebat.. hu2.. betul lah kata orang, bile hati diuji kita akan semakin dekat dengan Allah SWT.. I lOVE U ALLAH.. (^_^)
Sesungguhnya Kami telah menjadikan, apa yg ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka, siapakah diantaranya yang terbaik perbuatannya.
(Al-Kahf:7)
Ayat di atas memang bertepatan dengan pe yg jadi pada ana.. hu2, sape yg tak teruji apabila melihat air mata bonda tersayang mengalir kerana duka..erm, namun per yg terjadi dalam rumah ni tak dapat lah nak bawa keluar lebih2 kan.. Cuma kat sini ana nak bagitau kenapa ia terjadi.. jeng..jeng..jeng..
Oklah pada pandangan ana, perkara ini terjadi kerana masing2 mementingkan diri sendiri. Alhamdulillah... walaupun sebenarnya ana hampir2 terlibat lantaran der satu pihak menyangka ana berpihak pada satu pihak yg satu lagi,pe2 pun ana masih mampu menjernihkan sedikit keadaan dengan ilmu yang ada..he2, bukan ilmu guna2 k.. ilmu pendekatan dengan kasih sayang.. dari kata turun ke hati maka wujudlah kebahagiaan.. he2..
Namun, itu dari posisi ana sebab tindakan drastik yg ana amik tu kerana ana sayangkan bonda ana dan ana nak die rasa rileks semasa bulan Ramadhan nanti dan dapat beribadat dengan tenang..he2.. pe2 pun ana dah clearkan salah faham tu dan kakak ana telah mengambil tindakan yg perlu..
Bagi ana if sume org ikut kata Sang Murobbi (Arwahyarham Ustaz Abdul Rahman) pasti hal ini takkan berlaku.. herm, taklah hati bonda ana terasa. Namun pe yg berlaku adalah takdir Illahi..so , kita wajib redha.. kata nya:
”Ada dua perkara yg kita kena lupakan, kejahatan orang pada kita dan kebaikan kita pada orang.. Ada dua perkara yg kita kena ingat, kebaikan orang pada kita dan kejahatan kitapada orang.”
Hah, sweet kan nasihat tu.. ringkas jer.. tapi mendalam dan agak berat nak dilakukan.. namun bagi orang2 yang beriman, nasihat itu telah sebati dalam diri mereka...tak perlu lah kita nak burukkan orang semata-mata nak tarik perhatian orang lain, kononnya pancing undi.. ngeh2.. susah2 jer.. lagi sakit hati adalah.. cuba kita sembunyikan keburukan orang dan cari penyelesaian yg baik.. pasti manis lg.. (nasihat khas tuk diri sendiri terutamanya)... jgn risau ifkita benar Allah SWT bersama kita kita.. Al-Haq pasti kan menang.. he2..
Namun ana perlu lakukan sesuatu agar keluarga ana tak pecah belah.. saling masam muka.. ana nak semua orang berbahagia dan saoaing sayang menyayangi.. erm, hanya satu cara nak selesaikan.. iaitu ISLAM.. so, fight!! Haiyak!! Allahuakhbar!!
p/s: hu2 .. dalam tempoh ni ana nangis sampai bengkak mata.. :P
15 June 2009.. malam tadi ana telah melakukan sesuatu yg sgt drastik dan sekarang ana merasai kesannya.. agak sedih.. dan ana masih terfikir adakah tindakan ana malam tadi dipandu oleh syaitan atau akal yg waras berpandukan iman acuan AlQuran dan As-Sunnah… hu2.. sedihnya kerana sedikit hal suasana jadi suram..
seronoknya sekiranya setiap tindakan dipandu oleh yang Maha Mengetahui dan Maha Penyayang.. pasti setiap tindakan akan berlaku dengan sweet dan berkhikmah.. namun pa2 juan yang telah berlaku adalah takdir.. so, sebagai hamba kita perlu terima dan cari penyelesaian..
ana tidak berkata or mengeluarkan pendapat kerana perasaan atau menyebelahi sesiapa. Namun ada pihak yang merasakan ana tidak berpihak padanya dan menyangka ana berpihak pada musuhnya.. herm.. bukan orang lain pun diorng tu, adik-beradik jugak..
ana berasa sangat sedih dan merasakan ana perlu lebih kuat lagi untuk mencapai satu perubahan yang mampu memberi aura kebaikan kepada rumah ni..
aduhai alangkah bahagianya jika rumah ini adadlah sebuah keluarga yang terdidik dan membesar dengan acuan Al-Qurana dan As-Sunnah.. so, ana perlu lebih kuat untuk memilikinya.. tapi sedihnya, diri ini sangat lemah dan rasa tak mampu merubah keluarga ini untuk mendekatkan diri mereka dengan cinta hakiki...
but I still can feel the good spirit even it’s came from a bad story. So, anything happen it’s will be something which is only Allah knows it. So, I let Allah take everything to plan it because I always trust Allah is the best planner.
Ok, akhir kalam.. ana nak share doa ni..
Dari Ibnu ‘Abbas Radiyallahu’anhuma, ia berkata : Apabila Rasulullah SAW bangun malam untuk solat tahajjud, Baginda mengucapkan doa:-
Ya Allah, ya Tuhan Kami, bagiMu segala puji-pujian. Engkaulah Pengatur langit dan bumi serta yang ada di dalamnya. BagiMu segala puji, Engkau adalah benar, janjiMu adalah benar, perjumpaan denganMu adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, para nabi adalah benar, Muhammad SAW dan hari qiamat adalah haq. Ya Allah, padaMu aku berserah diri, kepadaMu aku beriman, kepadaMu aku bertawakal, kepadaMu aku kembali, denganMu aku berhujah, dan denganMu aku membuat keputusan. Maka ampunilah dosaku yang terdahulu dan terkemudian, yang ku rahsiakan dan yang ku zahirkan, serta yang lebih Engkau ketahui dariku. Engkau yang mendahulukan (satu perkara) dan Engkau pula yang mengakhirkan. Tiada Tuhan (yg berhak) melainkan Engkau.
(Hadith Riwayat Iman enam dan hadith ni di lafaz Bukhari dan Muslim)
Dah lama ana tak menulis.. rasa rindu pun ada..he2. ye ke rindu..
Oklah, kali ini ana nak share sesuatu yang ana dapat semasa ana mengikuti program musim cuti..iaitu program “Qiyadah Wa Jundiyah” pada 4 – 7 jun 2009.. dimana Ustaz Zainal Ariffin telah diberi tanggungjawab untuk memberi pengisian. he2, sangat2 membuka mata.. best tau..
Pada awal bicara, ustaz memulakan dengan suatu hadith dimana ia lebih kurang begini, Rasulullah SAW pernah bersabda dimana di akhirat kelak ada satu golongan yang akan dimuliakan oleh Allah dan dicemburui oleh para sahabat. Para sahabat bertanya pada Rasulullah SAW, siapakah mereka? Mereka adalah golongan akhir zaman yang mentaatiku (agama yg dibawa oleh Rasulullah SAW) namun tidak pernah melihatku..
He2.. sape2 yg tak pernah lihat Rasulullah SAW dan mentaati baginda maka kalian blehlah berbangga (izzah) kerana sahabat2 Rasulullah SAW mencemburui anda. He2, best kan?? So sweet..
Oklah kat sini ana bukan lah nak bercerita tntang “Qiyadah wa Jundiyah” tu.. nak tau tntng Qiyadah Wa Jndiyah tu better bace sendiri buku tulisan Mustaffar Mahsyur dan dengar sendiri secara langsung dari orang2 yg berpengalaman..he2, dan kat sini ana nak share apa yg tak ada dalam buku tu.. bleh tak?? Tak bleh pun ana nak cerita jugak.. tp ana hanya mampu share per yg anan ingat sahaja..
Semasa ustaz zainal bg pengisian ana tergerak hati nak share dgn sape2 yg sudi bace blog ana ni tntang cerita benar yg dikongsi oleh ustaz zainal.. ok, macam ni cerita die.
Suatu hari ustaz zainal berada di sebuah surau atau masjid dimana di sana te;ah diadakan solat hajat untuk saudara2 kita di Palestin.. tibe dating seorng pakcik (seorg kot, kurng ingat) bertanya pada ustaz.
Pakcik : Solat hajat untuk apa ustaz?
Ustaz : solat hajat untuk saudara kita di Palestin..
Pakcik : xperlulah ustaz.. xkan menangnya.. dah lama perang tak menang2 pun.. Pihak musuh tu pakai senjata canggih2 org palestin mana bleh lawan.. lupakan jelah.. dah 60 tahun Palestin diserang tak pernah menang pun..
Ustaz zainal aga terkejut tapi dia still dapat jawab dgn tenang.. nak tau dia jawab apa?? Jeng.. jeng.. jeng..
Ustaz :tak pernah kalah pun. Pasti ada ’something’ dekat sana..
Herm.. tak terfikir ana nak jawab macam tu.. hu2, ustaz memang hebat. Cuba kita bayangkan org islam palestin tak ada senjata perang yang canggih dan if kita tengok dah banyak org islam Palestin terkorban tapi cuba kita lihat dan fikir baik3.. perasan tak diorng masih dapat hidup macam biasa?? de kanak2 yang dapat main bola sepak lagi even tgh berperang.. nampak sangatada satu kuasa yg melindungi dan memberi ketenangan pada diorng.. dan ia hanya dapat dinikmati oleh org yang beriman kerana mereka yakin dengan jalan yg mereka pilih..
Herm.. ana xtau la sampai or tak pe yang ana nak sampaikan ni...tapi ana nak sangt antumna rasa pe yg ana rasa bile dgr jawapan ustaz tu.. hu2, amat2 terasa mereka berada di jalan yg benar..
Oklah, ni baru satu perkara yg ana share.. nnti ana share lg pada lembaran yg lain.. buat umat Islam di Palestin, doaku sentiasa mengiringi kalian... salam perjuangan Mujahid wa mujahadah sekalian.. Haiyak!! Allahu akhbar!!
Mereka itu akan diberi balasan dengan tempat yg tinggi (dlm syurga) atas kesabaran mereka, dan di sana mereka akan disambut dgn penghormatan dan salam.