"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie

"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"

~ muhasabah diri~

Saturday, July 17, 2010

Penawar

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..


Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahlul bait serta sahabat-sahabat baginda..


sebelum memulakan bicara ana post jua kata-kata indah yang asal dan lebih indah susun aturnya berbanding yang telah ana post kan pada coretan yang lepas.. hayatilah..


Dalam Kita Melangkah Terkadang Diuji Dengan Ujian Yang Terasa Berat Hingga Kita Terduduk Menangis...Peritnya Terasa
Tapi Ketahuilah Dan Renungilah Kembali Ke Dalam Diri Kerana Mungkin Air Mata Tika Itu Hadir Kerana DIA Mahu Kita Menjahit Kembali Sejadah Iman Yang Kian Terkoyak Lantaran Ada Langkah-Langkah Yang Tersasar Dari Keikhlasan Dan Semoga Kita Tabah Dan Ditetapkan Iman...

..............................................................


hermm... baru-baru ini ana ada mendaftarkan diri sebagai ahli HPA, produk yang pernah membuatkan ana jatuh hati terhadapnya pada tiga tahun lepas. apa yang menariknya tetang produk ini ia HALAL dan menggunakan ayat-ayat alQuran dan herba sebagai syifa' (penawar). selain itu ia juga dapat menjana ekonomi kita sebagai umat islam. (hasil ceramah sahabat ana yang dulu pengurus HPA cawangan Bintulu tapi sekarang tidak lagi)



kenapa ana mendaftar???

Because is FREE. (strategi pemasaran)



sebab lain???

:: ana nak menjadi pengguna produk ini dan nak belikan juga untuk mak dan ayah.(insyaAllah semoga murah rezeki)
:: ana nak kembali belajar berniaga, cuma kali ini lain sikit berbanding semasa menjual tafsir dan baju labuh di Bintulu. Kali ini skema sket, sebab kena daftar. If dulu sempoi jer, pelanggan yang cari kita.(maybe sebab popular.he.he.) hanya tampal notis dan iklan di laman maya.
:: ana nak semua orang kenal HPA dan menggunakannya. ermm, sebelum ini bila jumper jer sesiapa yang menggunakan produk HPA tibe-tibe rasa happy (macam ana pengarah urusannnya). bukan apa dari memilih produk yang tak tentu pasal baik guna HPA dan juga happy sebab kesedaran itu ada dalam diri individu.


~~~~..tammat kisah HPA..~~~


kenapa yerk tiba-tiba buka kisah HPA ini??

ohyer, sebab ana terfikir jika penyakit fizikal kita boleh diubati hanya dengan memakan ubat (dengan izin Allah), alangkah baik jika penyakit-penyakit jahiliah dapat diubati dengan cara yang sama.
tapi itu hanya ALANGKAH BAIK JIKA.. betul tak



pe kata kita buat penyelidikan...



Tanda-tanda penyakit??

:: akidah kurang sejahtera
:: akhlak kurang comel
:: hasad, khianat, bongkak
:: tidak solat
:: lain-lain..



Punca??

:: iman yang kelam



Di mana iman??

:: hati



Penawar hati??

:: AlQuran dan zikir

dan Kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-quran itu) hanya akan menambah kerugian
(Al-Isra': 82)



ada seorang sister pernah share dalam usrah, katanya:

saya taknak tinggal baca alQuran dan tafsirnya sekali sebab setiap hari apabila baca tafsir ada je sesuatu yang Allah nak sampaikan melaluinya dan ia pasti ada kaitan dengan masalah atau kemuskilan yang bersarang dalam kepala ni.





p/s : Allah Maha Mengetahui, tak tanya pun dia jawab (melalui al Quran)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...