assalamualaikum w.b.t…
dengan namaAllah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang…
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahlul bait serta sahabat-sahabat baginda…. Jazakumullah..
Astaghfirullah.. subhanallah .. alhamdulillah.. allahuakhbar..
lama tidak bertandang rindu kian mendalam.. kini mencuri peluang agar kerinduan menjadi kelam
hermmm..dunia ini berliku-liku, banyak selekoh tajam, kalau tak berhati-hati mungkin jatuh akan terjunam. semoga kita ada pautan yang mempu menyelamatkan diri kita. Sebagai manusia biasa kita tak dapat lari dari detik-detik suka dan duka dunia yang fana ini. Telah tertulis dalam al-Quran bahawa segala yang berlaku tidaklah sia-sia melainkan ada hikmah disebaliknya. Selain itu Allah juga sering berfirman iaitu yang banyak tertulis di dalam Al-Quran “ mintalah pertolongan dengan solat dan sabar” dan banyak lagi ayat-ayat di dalam Al-Quran yang menyebut tentang SABAR. Oh ya, ada satu ayat yang ana suka menyebut kerana ia mudah disebut iaitu “ innallah hamaas sobirin” yang bermaksud sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. Erm, sebenarnya point ana ialah kita hanya perlu sabar dan beserah diri kepada Allah dalam menempuh hikmah yang berada di hadapan.
Sebenarnya nak berkongsi kiriman dari seorang teman:
"Bila engkau memandang segalanya dari TuhanMu, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu, kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahukan, kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya." semuanya dari-Nya yang maha mengetahui...SeGALA PeNDeRITAAN HAMBANYA
“Dalam kita mengorak langkah menjalani kehidupan yang penuh dengan suka dan duka tiba-tiba kita dihujani ujian, sehingga membuatkan kita terduduk dan menitiskan air mata. Lalu kita berfikir adakah Allah tidak sayangkan kita kerana memberi ujian yang rasa tidak tertanggung deritanya. Rintihan dan keluhan sering menjadi teman, ucapan syukur dan redha semakin hilang pengertian. Namun kita lupa Allah memberi ujian kerana Dia rindukan kita, Allah rindu ingin mendengar rintihan kita dan ujian-ujian datang kerana Allah tak nak kita lupakan Dia dan Mungkin ia sebagai ingatan kepada kita agar menjahit kembali sejadah iman yang kian rabak.”
p/s : jika ku mampu lari jauh.
No comments:
Post a Comment