Sekarang dah kena selsema, musim hujan duduk lama dalam kereta yang sejuk maka jadilah begini. Dan macam ini lah selalu yang terjadi, dah macam normal plak. Pelik tapi benar. Alhamdulillah juga tanda Allah masih sayang.
Kita mudahkan cerita, terus kepada apa yang bercahaya tu. ^-^ Erm, bagi saya ia cahaya, bagi orang lain mungkin ia sekadar kelip-kelip.
Gurau senda pengikat ukhwah
Tazkirah penghibur hati yang resah
Hati terus berbunga indah
Langkah musafir jadi ibadah
Mujahadah mengejar mardhatillah
Di dalam kereta saya dapat mengenali diri akhwat dengan lebih mendalam dengan cara yang istimewa. Mengetahui sesuatu yang saya sendiri tidak sangka. Hehe, bak kata seorang akhwat kepada mereka; "Muka nampak skema, tapi nakal.Sukar untuk dikesan". Sangat sweet, bahagia bersama mereka. Perjalanan penuh dengan gelak tawa dan yang paling saya kagumi; saya adalah sebahagian dari mereka yang menjadi penunjuk jalan. Bangganya dengan diri saya. Haha. Syabas Khatijah ^_^
Alhamdulillah, perjalanan sangat dipermudahkan walaupun ada tersesat sikit semasa di Batu Pahat. Kami bertolak pulang selepas dan usai solat asar sampai di Kuala Lumpur dalam jam 9.30 malam dan mungkin lebih. Hati yang resah memikirkan perjalanan pulang ke Rawang dengan menaiki KTM tak dapat disembunyikan. Murobbi yang melihat terus menyalurkan kasih sayang kepada diri ini. Aduhai, siapa yang tak bahagia.
Seorang akhwat telah menawarkan diri untuk menumpangkan sampai ke KL central, sangat bersyukur kerana ia akan memudahkan perjalanan ke Rawang. Namun sesuatu yang tak disangka berlaku dan dengan besar hati akhwat menawarkan diri untuk menghantar saya sampai ke Rawang. Subhanallah, inilah indahnya uhkwah fillah.
Semasa dalam perjalanan, macam-macam cerita yang kami kongsi. Yang melemahkan dan menguatkan. Dia banyak mengigatkan saya tentang pengorbanan dan tujuan sebenar untuk melangkah ke alam perkahwinan. Erm, banyak cerita dan sukar untuk diceritakan semula. Apa yang perlu saya akui " Sharing is caring"