"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie

"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"

~ muhasabah diri~

Thursday, December 31, 2009

Bahagia.. siapa??


Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, daripada Suhaib radhiyallaahu ‘anhu beliau berkata, suatu ketika Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk bersama para sahabatnya dan tiba-tiba Baginda ketawa. (Melihatkan keadaan sahabat yang terkejut) Baginda berkata: Apakah kamu tidak mahu bertanyakan aku apa yang menyebabkan aku ketawa? Mereka berkata: Ya Rasulullah, mengapa engkau ketawa?Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda: Ajaib sungguh perihal seorang mukmin. Semuanya baik belaka untuk dirinya. Jika dia mendapat sesuatu yang disukainya, dia memuji Allah lalu hal itu menjadi kebaikan buatnya. Dan jika dia ditimpa sesuatu yang dibencinya, dia bersabar. Lalu hal itu menjadi kebaikan buatnya. Bukan semua orang yang boleh menjadikan segala perkara adalah baik untuknya kecuali MUKMIN

kiriman dari sahabat ini mengingatkan tentang beberapa slot dalam daurah ISK tuk adik2 beberapa bulan yg lepas..iaitu tentang sunnatullah, dakwah vs belajar dan berserah totally pada yang Maha Esa (byklah plak berkait yer.. hu2..)

sebenaryer semenjak duduk dalam jalan panjang ni, dah banyak kali join ISK.. tp setiap kali pergi pasti der sstu yg baru tuk dibawa pulang.. betollah kata seorang akhawat..

" even kita dah dengar berjuta kali pun sstu tajuk tu tapi apabila kita melangkah untuk ke pogram tersebut kita perlu set kan diri untuk mendegar dan menerima dengan hati yg terbuka kerana mungkin pada saat ketika yg lepas kita hanya dapat memahami dan mengaplikasikan beberapa perkara yg disampaikan. dan pada kali ini kita mohon dgn Allah agar memberi kita kefahaman lain yang sepatutnye kita dapat.. ameen.. kan ada dalam satu hadith mengatakan bhw, 'sesiapa yg Allah kehendaki darinya kebaikan, dia akan diberi faham dalam pd agama'.."

dan seingat ana, ini adalah kali ke ntahlah tak ingat .. tp lebih dari 3 or 4.. dan memang betol ana dapat sesuatu yg baru.. dimana ana telah mendapat kefahaman yg baru dan benar tentang sunatullah.. he2.. (berkerut dahi murobbi biler ana sharing dlm family ARJ..ngeh2..)..pe2 pun ana bersyukur kerana ana diizinkan Allh untuk hadir pada hari itu.. even sebagai pembantu yg kurang membantu... :P

---> Sunatullah ?? cerita mudahnyer.. jika kita lapar kita kene buat apa?
makan!!!
Hah, betul2.. kita kena makan supaya kenyang.. tu sunatullah yg semua org tahu kan.. tapi even kita makan tuk kenyang tapi belum tentu kita akan kenyang. sebab Allah yang selayaknyer memberi rasa kenyang tu.. kalau Allah kata kita takkan kenyang, maka ia akan terjadi seperti yg telah Allah tentukan.. so, berserah diri sahajah pada Allah.. (sebelum makan kita kena ingat Allah )..
oooooooooooooo...
he2.. :)

ohye, de seorang akhawat bagitau pada ana bahawa makanan untuk seornag cukup untuk dua orang.. sharing is caring.. caring is loving.. (^_^) jazakillah, i will remeber that..

baiklah pergi kepada sesuatu yg ana dapat dalam daurah itu yg seiring dan sejalan dgn sabda Rasulullah SAW di atas, dimana penyampai pada hari itu ada memperkatakan tentang pe2 yang berlaku pada kita adalah yang terbaik buat kita.. alah, macam dalam surah Al-Baqarah ayat 216 tu..

.... tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sstu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sstu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah menbegtahu sedang kamu tidak mengetahui.

sebab tu lah orang mukmin ni beruntung dan selalu bahagia.. sebab per yg jadi pada dia, pasti dia kembali kepada Allah SWT dan redha kerana dia mengetahui bahawa apa yang Allah SWT tetapkan adalah yg terbaik buat dirinya... dan don't worry, urusan dunia Allah SWT yg aturkan untuk kita.. berserah dirilah kepada Allah, pasti hati kita akan tenang... (even kadang2 diri melatah dgn sstu keadaan.. ampun ya Allah)...

for akhawat2 yang menyampaikan ... jazakumullah.. love u all filah ..


Monday, December 28, 2009

cerita..story..---> History

Bismillah..

alhamdulillah.. allahuakhbar..


semasa cuti semester lepas.. ana pulang lewat ke rumah, dan pulang awal ke selangor.. ibu yg memerhati berkerut dahi melihat gelagat anak die yg sorang ni... hu2.. cuti anak mu tidak seperti die dan die.. herm, moga suatu hari ibu dpt memahi dan menjadi tulang belakang dalam setiap langkah ku...

erm, cuma hati ni nak bagitau bahawa cuti ana tidaklah berlalu dgn baik.. pogram kabilah pun ana xder join dan ana x mampu nak bg idea or rancang pe2 dgn kakak2 lain.hari tu de jmputan ke jaulah kuantan, namun ana tak sempat join sebab terpaksa pulang lebih awal ke selangor..


sebenarnyer... ana sedih, sebab ana seolah-olah tak nampak fungsi dan kepentingan pogram kabilah dan ana tak pandai nk bernafas di bawahnyer..
ana sibuk dgn tugasan sebagai seorang anak dan kakak di rumah.. huh.. sedihnyer.. harap cuti sem depan ana akan join lebih byk pogram.. p/s: hari tu dpt tugasan tuk satu daurah.. hu2.. tak sangka ana bleh nangis.. huaw2.. (",)


TERINGAT..... kata2 seorang kakak... waktu ISK..

" Erm.. oklah.. bayangkan adik2 bagi pinjam duit RM100 pada akak. pastu akak janji nak bayar sebulan selepas itu. apabila cukup sebulan adik tuntut dekat akak, tapi akak kata.. kalau akak bagi sekarang, akak akan bayar RM100 tapi if adik sanggup tunggu 10 tahun lg akak akan bg adik RM100ribu."


herm.. pasti adik2 sanggup tunggu 10 tahun kan?? Duit tu.. hah, macam tulah nikmat akhirat nanti.. memang lah panjang perjalanannya,tp if kita sanggup sabar pasti kita dapat merasai sstu yg lebih besar kemanisanyer.. tapi fitrah manusia sukakan perkara yg nampak dan cepat hasilnyer..

sudah terang lagi bersuluh bahawa dunia yang fana ini adalah yang paling dekat dgn kita dan maksud sebenar 'dunia' adalah dekat dan hina... telah byk disebut dalam Al-Quran Allah berfirman bahawa Allah akan sentiasa bersama org2 yg sabar..dan terdapat juga dalam Al-QURAN dimana Allah berulang kali menyebut tentng dunia itu sementara, dunia itu senda gurau, dunia itu permainan dan juga Allah berulang kali menyebut tentang nikmat di dalam syurga kerana Allah tahu..insan ini selalu terlupa.. so Allah selalu ingatkan umatnyer... herm, bestkn dijaga oleh yg Maha Mengetahui dan Maha Pengasih.. :)

if Rasulullah SAW dan para sahabat tak sabar xsampailah islam kepada kita kan..

kehidupan yg indah, tenang dan aman di dunia yg fana ini adalah untuk mukmin yg sentiasa bersabar :)

Monday, December 14, 2009

Lawak...

tnyla diri sendiri di mana tahap keimanan kite..semoge dpt dijadikan iktibar..insyaallah

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...

tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:

"Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan
sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....

Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah...

" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "

" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama

Lawak kan ???/ Kenapa gelak/ tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka email ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak????

wallahuaallam

p/s: catatan ini terdpt dlm fs ana sudah bertahun lamanya.. tibe2 rasa nk kuarkan balik tuk refresh.. now, spirit from Umar Muhktar inside my body :)

Wednesday, December 9, 2009

(^_^)


Buat akhwat trsayang, Perempuan yang suci adalah perempuan yang di jaga oleh ALLAH,tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya...Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita?Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita" "Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki ,bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya..Mengapa masih ragu-ragu?" "Kekuatan usah di tunggu tapi harus dicari" Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan... "Sebesar-besar dosa adalah dosa yang di lakukan ketika rasa berdosa melakukannya" -Imam Ghazali-

Semoga Keredhaan Allah sentiasa bersama kalian.. ku titpkan klata2 ini kerana ia sgt menyentuh hati.. terima kasih kepada pengirimnya.. Jazakallah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...