"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie

"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"

~ muhasabah diri~

Thursday, January 5, 2012

Kerana Ia Suci




Salam...

Gambar di atas adalah sebatang pokok Melati yang bakal menjadi bosai yang cantik..
^_^

Ia sedang dilatih untuk mendapatkan kecantikannya..

Jika dilihat dari dekat saya menggunakan wayar untuk membentuknya..

Dan ketahuilah bahawa saya telah menyekat airnya..

He, sy bagi ia berpuasa, kerana air yang banyak akan menyebabkan ia cepat tinggi dan akan menjadikan ia tidak cantik...

.....................................................

Subhanallah..

Entah mengapa saya teringat kepada diri seorang INSAN dan sebuah proses yang diberi nama TARBIAH...

Murobbi dan Mutarobbi..

Saya dan dia..

Herm..

Bonsai tersebut saya latih agar menjadi sebatang bonsai yang cantik.. InsyaAllah, saya pun baru sangat belajar dan ia hanya dari salah satu amali kelas Horticulture saya.. Tak pasti hasilnya, namun saya jatuh kasih pada pokok tersebut.. ^_^

Tahukan kalian, untuk mendapatkan bosai yang cantik ia memerlukan masa yang laaammmaaa, ia memerlukan kesabaran dan ia memerlukan bahan-bahan tambahan mengikut keperluanya agar ia dapat hidup subur dan cantik seperti yang diinginkan...

Dan..

Di sini..

Saya benar-benar bermuhasabah diri...

Saya menjadi semakin jelas, membentuk manusia memerlukan masa yang lama.

Saya tidak berkata manusia lain tetapi saya berkata tentang diri SAYA, KAMU dan DIA juga..

Saya mula semakin sedar bahawa untuk menjadi 'cantik' latihan dengan disiplin itu perlu.

Kesabaran itu WAJIB ada.

Kerana kita akan memalui jalan yang panjang. Kesabaran itu perlu dan keyakinan atas sebuah tarbiah itu wajib ada.

Yakinlah tarbiah itu mampu menjadikan kita 'cantik'.

Ohya, seperti bonsai itu ia perlu dikurangkan airnya dan ia sama seperti kita dimana kita digalakkan berpuasa (bulan Ramadahan wajib ok) dan pastinya kalian tahu kebaikan-kebaikan berpuasa, nafsu juga turut kalah dengan berpuasa. Benarkan?

...........................................

Kalaulah INSAN itu boleh diikat dengan wayar agar dapat dibentuk untuk jadikannya 'cantik' dan INSAN itu menurut sahaja tanpa banyak kata, alangkah mudah semua kerja..

Huhu, itulah fitrah INSAN yang dicipta oleh Yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana, Maha Pengasih dan yang paling best Yang Maha Pengampun.

Dan pastinya Allah tahu dimana sumber TARBIAH terbaik buat makhluk bernama INSAN itu, tak dapat dinafikan lagi iaitu Al-Quran dan sunah Rasulullah SAW. ^_^

Indahnya...


Sesi pembelajaran yang membutakan saya sentiasa dekat dengan alam, banyak memberi diri ini peluang mengenal erti sebuah kehidupan dan juga memberi saya ruang untuk memahami kata-kata yang sering diucapkan "Mentaddabur Alam".

.........................................

Erm, saya selalu merasa tenang apabila melihat keletah bayi dan kanak-kanak.

TENANG, sangat TENANG.

Kata orang ia kerana bayi dan kanak-kanak yang comel itu masih suci tiada dosa. Seronokan?

Dan.

Saya dan juga kamu akan merasa tenang apabila melihat alam. Betul tak?

Hah! Kerana apa?

Kerana ia sedang bertasbih. Ia suci.

"Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." (Surah ar-Ra'd, ayat 28)


Sunday, December 11, 2011

Jihad itu...

بسم الله الرحمن الرحيم


mutiara pagi:-
kereta/bangunan baru sebelum diguna, mesti diuji....
begitulah kita.. bila mula mendapat iman dan keyakinan baru, Allah akan menguji untuk mengetahui tahap ketahanannya.... sama ada rapuh atau boleh diguna untuk ujian hidup seterusnya...
orang yg tdk diuji, barangkali orang yang lemah kerana Allah menguji seseorg berdasarkan tahap kemampuannya...
ayuh, berusaha jadi insan lebih sabar dan lebih baik :)



Kata-kata di atas sangat diakui kebenarannya kerana telah tertulis di dalam Qalam Allah;

" Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar".
- Ali imran: 142-

Ya, kita pasti di uji.

Agar Allah benar-benar tahu siapa di antara kita yang benar-benar berjihad dan sabar.

Jihad itu bukanlah menjurus kepada pergi berperang atau mengangkat senjata, berusaha untuk berpegang dan beramal dengan apa yang kita imani (yakini) juga satu jihad. Melawan nafsu juga adalah jihad.

Tatkala gelora mula mengoncang iman, akal yang waras mula hilang pertimbangan hati yang bungkam mula tidak tentu haluan dan disitu matlamat mula menjadi kelam, dan kekuatan hanya datanag dari Tuhan, semoga hati disemai iman yang melahirkan kewarasan akal itu kuat utntuk terus menuju jalan kebenaran. Amin Ya Rahman....


Thursday, December 1, 2011

ia Perlukan Angin



بسم الله الرحمن الرحيم


" ia perlukan tiupan angin agar ia jadi kuat. Tanpa tiupan angin ia akan lemah"

Itu kata-kata pensyarah Hortikultur saya bila dia sedang seronok menceritakan tentang teknik penanaman pokok bunga Crysanthemun.


Zap!

Terus je menusuk di hati saya " Manusia juga begitu".

Tahu tak? Angin itu ujian buat Crysanthemum itu dan ia perlukan angin itu untuk jadi kuat.

Hah, begitu jugalah manusia, kita perlukan ujian agar kita terbentuk menjadi lebih kuat.

Herm, benarlah hakikat penyataan ini;

" Ujian itu tanda Allah sayangkan kita"

Teringat pula kisah si monyet yang diceritakan oleh Sang Murobbi dimana katanya,

Suatu ketika seekor monyet sedang memanjat pohon kelapa, setelah cukup lama di pohon itu. Datanglah angin topan, tornado, dan bahorok. Ketiga angin itu berkumpul untuk beradu kekuatan siapakah diantara mereka yang paling kuat dan mampu menjatuhkan Si Monyet dari atas pohon kelapa.

Angin topan mencoba untuk pertama kali, WUUUUUUSSSSS….dia bertiup sekencang-kencangnya. Tapi Si Monyet berpegangan erat di batang pohon kelapa itu dan tidak jatuh.

Lalu angin tornado mencoba kekuatannya, SWIIIIIINGGGGG…. dia bertiup berputar-putar, tapi tetap saja si monyet tidak jatuh. Angin tornado menyerah dan mempersilakan angin bahorok menunjukkan kekuatannya.

Angin bahorok mengeluarkan semua kekuatannya tapi Si Monyet semakin erat bertahan di batang pohon kelapa. Datanglah angin sepoi-sepoi menyapa ketiga angin yang terlebih dahulu datang. Berkatalah si angin sepoi-sepoi bahwa dia bisa menjatuhkan monyet di pohon kelapa itu. Ketiga Angin tertawa,

“Mana mungkin”. Fikir mereka, mereka yang sudah mengeluarkan seluruh kekuatannya saja tidak mampu menjatuhkan Si Monyet, apalagi angin sepoi-sepoi yang lemah lembut.

Angin sepoi-sepoi menghampiri Si Monyet dan meniup pelan ubun-ubunnya.

“Hmmm enak, adem, nyaman” pikir si monyet. Karena keenakan Si Monyet jadi ngantuk dan melepaskan pegangannya lalu terjatuhlah Si Monyet dari atas pohon kelapa.

~ Sumber~


Nah nampakkan?

Keenakan dan kesenangan itu yang membuatkan kita hayut lalu jatuh terseungkur tanpa kita sedari.

Semoga kita tidak menjadi seperti monyet itu dan jika datang suatu kesenangan jadikan ia sebagai suatu asbab untuk kita terus semakin dekat dengan Allah..

Mari kita renung-renungkan bersama dan mari beramal bersama..

Astaghfirullah.. Wallahua'lam.






Wednesday, November 9, 2011

Kongsi Cerita?

بسم الله الرحمن الرحيم

Kita kongsi cerita kita...

Dengan siapa kita dapat kongsi cerita duka/suka kita dengan rasa sangat best lepas kita habis bercerita?

Kita yang bercerita ini....

Pernah tak kita rasa resah jika si pendengar tersalah faham terima cerita kita dan kita rasa dia takkan benar-benar faham apa yang sebenarnya kita rasa?

Dan pernah tak kita rasa ada sesuatu yang tak lepas dalam hati kita walaupun kita dah bercerita pada si dia?

Dan pada ketika..

Bibir ini selalu tak dapat mengungkap kata-kata dan kadang-kadang hanya mampu menutur...

"Allah"
"Ya Allah rindunya..."
" Ya Allah, hatiku..."
"Apa aku patut lakukan?"

dengan hanya sebaris dua kata, mana mungkin ada insan yang dapat memahaminya...

BeNaRKaN?

Maka hati yang mempunyai fitrah yang sentiasa dekat dengan Allah, akan terus hanyut menadah tangan dalam sendu memohon keampunan dan minta diberikan kesabaran.

"Oh Allah, I know how much I want You to love me"

Yang terdengar secara tak sangaja akan kata-kata yang terluah secara tiba-tiba pasti akan berkerut dahinya...

Sejujurnya, saya sering merasa tidak enak apabila berkongsi cerita dengan sesiapa pun, namun saya perlu belajar berkongsi cerita kerana "dua lebih baik dari satu".. dan

InsyaAllah, duka akan berkurang dan suka dapat disebarkan...

Namun ia tidak mampu mengatasi perasaan yang sukar untuk digambarkan manisnya apabila berkongsi cerita dengan Allah. Walaupun dengan hanya berkata..

"Allah, Engkau tahu hatiku..."

Terasa benar-benar yakin Allah dapat memahaminya.

Pasti tiada salah faham bila bercerita, kerana kita bercerita pada Yang Esa.


" Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hantinya,dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya".
-Qaf:16-


Selidiki mana urat leher kita.
Dekatkan?
Nah, Allah lebih dekat dari itu.


" Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka meperoleh kebenaran".
-Al-Baqarah:186-

Maka tugas kita sebagai hamba untuk memohon pada Allah, kalau kita tak minta macamana Allah nak bagi. Allah dan kata "apabila dia berdoa".

Apa-apa pun Allah Maha Mengetahui apa di depan dan di belakang kita, maka kita perlu bersangka baik dengan Allah kerana..

"Apa yang terbaik bagi kita sekarang adalah apa yang Allah telah takdirkan untuk kita"




Benarlah Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang
Wallahua'lam..... Alhamdulillah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...