"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie

"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"

~ muhasabah diri~

Showing posts with label dari Kalam Allah. Show all posts
Showing posts with label dari Kalam Allah. Show all posts

Tuesday, August 9, 2011

Susah payah


بسم الله الرحمن الرحيم

Astaghfirullah.. Astaghfirullah.. Astaghfirullah..
Subhanallah..Wa Alhamdulillah.. Wa Laillah haillallah.. Wa Allahuakhbar

Assif jiddan kerana telah lama tidak menulis di sini, sebenarnya ada juga saya menulis beberapa hari yang lepas namun tiada kekuatan untuk menghabiskan dan meng'post' nya. Herm... Benarlah kata-kata seorang akhi dalam penulisan beliau,

"..kata ustadz, dosa akan mematri dan mematikan segala pancaindera untuk beribadah pada Allah"

Dari perkongsian beliau saya dapat memahami bahawa seandainya kita semakin jauh dari Allah maka kita akan cepat buntu dalam melakukan sesuatu perkara dalam kehidupan seharian kita dan apa yang lebih menyedihkan jika iaberlaku ketika kita ingin melakukan sesuatu kebaikan, dek kerana dosa kita segala kebolehan kita jadi beku dan tidak dapat kita gunakan dengan baik. Alangkah ruginya... T_T

Dengan itu amatlah penting untuk kita menjaga amal fardi kita kerana kita benar-benar meyakini disitulah sumber kekuatan seorang muslim. Peringatan untuk diri saya terutamanya. Astaghfirullah3X...

................................................

Hari ini saya ingin berkongsi sesuatu yang buat hati saya tersentuh dikala saya dalam keadaan yang murung. Ya pastinya, ketika ini unsur jahiliah mudah untuk diserap. Naudzubillah min zalik.

Dan...

Perkongsian ini pastinya dari Surat Cinta dari Allah, ia dari surah al-Balad.

4. Sungguh Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah.

Hah! Ayat inilah yang buat hati saya tiba-tiba terdetik dan mula berfikir "MasyaAllah, Allah beritahu direct je dekat kita. MasyaAllah awal-awal lagi Allah dah bagitahu. Oh, itulah hakikatnya". Itulah yang terbit dari hati saya.

Maka pembacaan diteruskan, setiap ayatnya mula saling berkaitan dan hati semakin memahami...

10. Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (kebajikan dan kejahatan).
11. Tetapi dia tidak menempuh jalan mendaki dan sukar?
12. Dan tahukan kamu apakah jalan mendaki dan sukar itu?
13. (Yaitu) melepaskan perbudakan (hamba sahaya),
14. atau memberi makan pada hari kelaparan,
15. kepada anak yatim yang ada hubungan kerabat,
16. atau orang miskin yang sangat fakir.
17. Kemudian dia termasuk orang-orang yang beriman, dan saling berpesan unutk bersabar dan saling bepesan untuk berkasih sayang.

Ayat-ayat ini sangat baik susunannya, betul tak? Ia betul-betul menyentap hati saya pada ketika itu. Maka benarlah,


"Jika Allah inginkan kebaikan pada diri kita, DIA akan menganugerahkan beberapa kesusahan.. Pilihlah syurga jangan memilih neraka.. ~S.A.B.A.R & SOLAT"



Dunia adalah ladang akhirat, kita menyemai di sini dan hasinya kita tuai di sana nanti. Mengikut apa yang Allah kata dalam surah al-Balad "jalan mendaki dan sukar". Ia jelas menunjukkan bahawa Allah nak kita tahu bahawa jalan kebajikan itu sukar, perit dan meletihkan. Huhu.. T_T

Namun,

"...Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan"
-ali imran:134-

dan...

" Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik"
-ali imran:14-

.. dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik.

Huhu, nak tinggalkan kesenangan itu memang payah, perit dan susah.

Apa-apa pun mari kita sama-sama doa agar sentiasa berada dalam golongan yang bersusah payah itu..Amin..



p/s: dalam susah payah saya selalu je terjatuh.. huhu.. doakan saya.

Tuesday, June 14, 2011

Kita berbeza

بسم الله الرحمن الرحيم

Terbaca…


Sebaris tulisan seorang kakak dalam sebuah laman maya yang sangat popular sekarang…


“Kita akan diuji oleh Allah swt dengan titik kelemahan kita. Maka berhati-hati. Apa khabar aku hari ini?”

Dan firman Allah pula…


“Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu, dan akan Kami uji perihal kamu” .

.Muhammad : 31.

Teringat kata-kata seorang teman..


“ Mungkin kelemahan kita itulah yang menjadikan kita semakin dekat dengan Allah”


Ya, benar-benar saya akui setiap bait kata-kata itu dan kini saya belajar untuk menghargai setiap apa yang diberi oleh Allah.


Keperitan yang diberi sebagai satu saluran untuk kita merintih dan merayu kepada yang Maha Esa kerana Allah tahu hati yang sebegitulah akan lebih lunak merintih ketika bertahajud di malam hari.


Setiap insan di muka bumi ini diuji oleh Allah dengan cara yang berbeza. Mungkin si dia ini terasa sempit dari segi harta, mungkin si dia itu sentiasa di uji kerana rupanya dan mungkin si dia tu pula sering menerima gelombang besar di hatinya..


“ Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar”.

.Al-Baqarah:155.

Namun, apa yang penting adalah cuba sentiasa bersangka baik dengan Allah.. dan yang paling penting hati ini perlu terus bersabar.

“dan akan Kami uji perihal kamu” ..

ia jelas menunjukkan bahawa Allah benar-benar mengetahui akan perihal tentang diri kita, dan yakinlah bahawa ujian itu diberi setimpal dengan kemampuan kita(rujuk Al-Baqarah ayat 286).

Dan yakinkan diri kita bahawa setiap apa yang diberi mengikut keperluan kita. Anggaplah ujian yang diberi sebagai satu acuan untuk membentuk seorang hamba yang soleh/solehah di muka bumi ini, walaupun air mata jadi peneman. Allah sentiasa ada sebagai sumber kekuatan.


Sabarlah..


Kerana apa??


kerana kita yakin syurga itu sangat manis, maka jalan yang perlu dilalui pastinya sangat pahit..


“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh Allah berserta orang-orang yang sabar”

.Al-Baqarah:153.

Pesan Allah lagi..


" Wahai orang- orang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu..."

. Ali Imran : 200.


dan apa yang saya tahu, keperitan itu walau nampak sama namun tetap tidak sama kerana 'kita berbeza'..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...