بسم الله الرحمن الرحيم
Terbaca…
Sebaris tulisan seorang kakak dalam sebuah laman maya yang sangat popular sekarang…
“Kita akan diuji oleh Allah swt dengan titik kelemahan kita. Maka berhati-hati. Apa khabar aku hari ini?”
Dan firman Allah pula…
“Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu, dan akan Kami uji perihal kamu” .
.Muhammad : 31.
Teringat kata-kata seorang teman..
“ Mungkin kelemahan kita itulah yang menjadikan kita semakin dekat dengan Allah”
Ya, benar-benar saya akui setiap bait kata-kata itu dan kini saya belajar untuk menghargai setiap apa yang diberi oleh Allah.
Keperitan yang diberi sebagai satu saluran untuk kita merintih dan merayu kepada yang Maha Esa kerana Allah tahu hati yang sebegitulah akan lebih lunak merintih ketika bertahajud di malam hari.
Setiap insan di muka bumi ini diuji oleh Allah dengan cara yang berbeza. Mungkin si dia ini terasa sempit dari segi harta, mungkin si dia itu sentiasa di uji kerana rupanya dan mungkin si dia tu pula sering menerima gelombang besar di hatinya..
“ Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar”.
.Al-Baqarah:155.
Namun, apa yang penting adalah cuba sentiasa bersangka baik dengan Allah.. dan yang paling penting hati ini perlu terus bersabar.
“dan akan Kami uji perihal kamu” ..
ia jelas menunjukkan bahawa Allah benar-benar mengetahui akan perihal tentang diri kita, dan yakinlah bahawa ujian itu diberi setimpal dengan kemampuan kita(rujuk Al-Baqarah ayat 286).
Dan yakinkan diri kita bahawa setiap apa yang diberi mengikut keperluan kita. Anggaplah ujian yang diberi sebagai satu acuan untuk membentuk seorang hamba yang soleh/solehah di muka bumi ini, walaupun air mata jadi peneman. Allah sentiasa ada sebagai sumber kekuatan.
Sabarlah..
Kerana apa??
kerana kita yakin syurga itu sangat manis, maka jalan yang perlu dilalui pastinya sangat pahit..
“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh Allah berserta orang-orang yang sabar”
.Al-Baqarah:153.
Pesan Allah lagi..
" Wahai orang- orang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu..."
. Ali Imran : 200.
dan apa yang saya tahu, keperitan itu walau nampak sama namun tetap tidak sama kerana 'kita berbeza'..