"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie

"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"

~ muhasabah diri~

Sunday, March 20, 2011

Maha Agung

بسم الله الرحمن الرحيم


Pagi ini, mata ku sangat bertuah kerana masih diberi peluang dapat melihat rembulan yang cantik di gigi langit.

Pagi ini, telinga ku sungguh bertuah kerana masih diberi peluang untuk mendengar alunan bacaan ayat-ayat Allah serta azan subuh yang sayup-sayup kedengaran dari kejauhan sana.

dan

Sehingga saat ini, diri ku memanjatkan syukur kepada illahi kerana masih diberi keizinan meminjam segala milik-Nya agar diri akan dapat terus beribadah kepada-Mu Ya Rabb. Amin Ya Rahman…

………………………………………………………………………..

Entah mengapa pagi ini, bahu ku terasa berat dengan ujian yang datang menduka. Air mata yang mengalir atas izin Mu Ya Allah menjadi pereda keresahan di hati ini. Namun keredhaan di hati, ku mohon sentiasa Engkau berikan. Lantaran kadang-kadang ku tak pernah mengerti dan hanya sekadar terus mangajarkan si hati agar meyakini serta meresapi setiap tanda kasih dan cinta titipan Illahi.

…………………………………………………….

Apabila di saat musibah melanda insan di muka bumi ini, sering ku terdengar aluan indah teralun di bibir itu..

‘Ya Allah’

‘Allahu Akhbar’

‘MasyaAllah’

‘Subhanallah’

Dan ada yang lebih indah

.. Alhamdulillah..

Ia alun indah oleh si hati yang masih mensyukuri kerana si hati itu sentiasa menyedari setiap ujian diberi setimpal dengan kemampuan iman yang bersemadi.

………………………………………

Cuba si hati, bermusahabah diri.. fikirkan saat musibah berat melanda diri.. sehingga air mata bukan lagi pereda dan insan di muka bumi tiada yang mampu menjadi tempat bergantung.. maka pada saat itu, hanya Allah yang ada di hati..adakah kau akui??

Cuba kau renungkan. Di saat kau mendapat berita segala yang kau ada, Dia ambil kembali.. kalimat apa yang kau tuturkan?? Adakah kau akui kini??

…………………….

Maka..

Si hati, sedarlah.. hanya Allah tempat bergantung yang abadi..

Walau sekadar kalimat ‘Allahu akhbar’ yang bergema di bibir, namun terasa ada sedikit kekuatan mengalir di dalam diri..

Itulah kasih Allah, Tuhan seluruh alam yang Maha Agung…

Sehingga yang tidak mengimani, turut mengucapkan ‘Oh my God’..

maka ia terbukti..

setiap hati memerlukan Tuhan sebagai tempat bergantung tika diri hanya mampu menduga, tidak punya kuasa tentang apa yang bakal dia tempuhi..

……

Semoga setiap hati itu dan terutama hati ini yang ada dalam pengetahuan-Mu, terus kekal dalam Redha dan Kasih-Mu ya Illahi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...