"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie

"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"

~ muhasabah diri~

Wednesday, February 23, 2011

Kata Hati...


"Hati itu sentiasa di hati ku.."

“Hati itu membuat aku kenal erti kasih titipan dari-Mu”

“Kerana hati itu hati ku turut terasa sayu..”

“Aku hairan, mengapa si hati itu begitu payah untuk menerima suatu kebaikan.”

“Aku terlalu hairan, mengapa si hati itu begitu mudah bersetuju dengan kelalaian?”

“Aku menjadi semakin hairan, mengapa si hati itu begitu mudah mengatur langkah bagi yang tiada baiknya?”

“Aku jua turut menjadi hairan, mengapa si hati itu menyusun seribu alasan untuk tidak mengatur langkah ke arah yang dijanjikan kebaikan?”

“Aku menjadi keliru dalam kehairanan, mengapa si hati itu sangat pandai membahagi masa antara buku dan kelalaian?”

“Aku kian menjadi keliru dalam kehairanan, mengapa si hati itu sangat sukar membahagi masa antara buku dan kebaikan?”

Air mata ingin terus menitis, lantaran si hati itu tak dapat ditawan akan cinta Hakiki, cinta Rabb, yang menjanjikan kebahagian hakiki di dunia yang kekal abadi..

“Aduh! “

“aku terlupa kepada sesuatu yang sering dilupakan. Aku terlupa pada pesanan Tuhan, kata-Nya dalam An-Nas ‘kejahatan bisikan syaitan itu bersembunyi, membisikkan kejahatan ke dalam dada manusia, (kejahatan itu) dari golongan jin dan manusia’…”

“Aduhai, bisikan yang bersembunyi sukar untuk ditangani. Makanya di awal ayat Allah berpesan ; Katakanlah ‘Aku berlindung kepada Tuhan manusia’.. “

“Oh, disitu penawarnya..”

“Aku juga selalu terlupa akan fitrah manusia yang sering terlupa. Mungkin si hati itu terlupa dan aku lupa mengingatkan.”

“Aduh, maafkan diriku”

“Ya Allah, mohon sampaikan pada si hati itu.. katakan padanya hanya dengan menjadikan Allah sebagai pelindung maka kejahatan yang bersembunyi itu dapat diatasi..”

“Ya Rabbi, mohon sampaikan pada si hati itu.. kematian itu menanti.. syurga dan neraka itu janji.. jalan yang benar penuh berduri namun mainsnya kekal abadi..”

“Ya Rahman, Ya Rahim, sampaikan pada si hati tu.. sayangku tak pernah berbelah bahagi dan kerana diriku hanya insan biasa dan sayangku kerana illahi.. Mohon beri aku peluang untuk terus menyayangi si hati itu..”

“Ya Ghafur, ampunkan si hati itu dan diriku, lantaran kami insan biasa yang sering terlupa.. maka kuatkan hati kami dengan hidayahmu..”

“Ya Allah, Tuhan yang memiliki setiap hati yang aku sayangi, izinkan aku bawa hati itu ke syurga bertemu dengan-Mu”…


..Tinta_Emas..



3 comments:

nur said...

i like ur blog very muchhh....=)

nur said...

i like ur blog s0 muchhh...=)

Khatijah bt Ibrahim said...

aLHAMDULILLAH.. moga Allah redha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...