"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie

"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"

~ muhasabah diri~

Saturday, January 1, 2011

Realiti yang Seram



Dengan lafaz bismillah saya memulakan coretan..


Jika saya merasa diri tidak mampu untuk berfikir lagi, saya akan mengambil keputusan yang drastik iaitu menidurkan diri ini.(he..he..) Kerana itu adalah cara saya melarikan diri dari berfikir perkara yang tidak tentu pasal pada waktu malam, lagipun waktu malam memang masa untuk merehatkan diri. Pada waktu siang pula, ia lebih mudah untuk ditangani kerana ada banyak urusan untuk difikir dan dibereskan. Tambahan pula saya pernah dengar satu penyataan bahawa; waktu magrib adalah waktu pagi bagi syaitan, masa itulah makhluk laknatullah itu mula aktif bekerja. Maka waktu malam mujahadahnya perlu lebih tinggi dalam melawan nafsu.

"dan dari kejahatan malam
apabila telah gelap gelita" Al-Falad:3


Sayid Qutub ada menerangkan ayat ini dengan cara beliau dalam Fil Zilal. Apa yang saya faham dari tulisan beliau dan juga dari penerangan murobbi iaitu dimana pada waktu malam kejahatan mudah berlaku. Sebagai contoh kita lihat kepada kes pecah rumah, zina dan lain-lain kebanyakannya berlaku pada waktu malam. Anda boleh membuat kajian jika ingin tahu kebenarannya. Nigtclub juga buka pada waktu malam kan? He,nama pun 'night' kan. Selain itu, rasa ketakutan itu juga datang pada waktu malam. Macam-macamlah yang kita takutkan, dan perasaam itu tidak hadir pada waktu siang. Itu bagi diri saya lah, tak pasti pula dengan orang lain. Maka marilah kita isi waktu malam kita dengan zikir dan muhasabah diri.

Apa kaitan tidur dengan realiti yang seram?


Bila tidur saya akan tinggalkan dunia nyata dan pergi ke dunia mimpi. Maka, segala kerumitan di dunia nyata saya tinggalkan (kadang-kadang ada yang datang sebagai mimpi ngeri :P ). Semasa terasa bosan dengan nota-nota kuliah, saya akan berlari ke dunia lain iaitu dengan membaca buku-buku yang tiada kaitan dengan kuliah dan saya akan hanyut dengan perjuangan mereka. ^_^

Tahukah anda, bahawa kita selalu melarikan diri???

Pastinya ada yang tahu, kerana mereka termasuk diri saya juga. Jujur saya akui, dunia ini sangat mencabar dan kita perlu akui bahawa "Syurga itu dipagari dengan ujian yang sukar, sedangkan neraka dipagari dengan kenikmatan". Maka apabila kita merasa susah, bergembiralah kerana kita berada di jalan menuju syuga. Andai kita sentiasa merasa nikmat, maka kita patut merasa gundah.

Jika dilihat kepada dunia hiburan sekarang, terlalu banyak cerita-cerita yang tidak berlaku di alam nyata termasuklah cerita-cerita ghaib (hantu, toyol, momok, dan lain-lain). Bukanlah salah pihak yang buat cerita kerana mereka hanya buat ikut permintaan masa kini, siapalah yang berniaga tapi nak rugi.

Apa yang saya nak katakan di sini bahawa dengan menoton cerita-cerita seperti itu kita akan dapat lari dari dunia nyata dan tinggalkan juga tekanan-tekanan yang ada. Erm, kira oklah macam tu kan, daripada ambil dadah atau bunuh diri.(itu lagi susah) Tapi yang tak bagusnya, kita juga tinggalkan realiti yang mereka perlu kita sama-sama fikirkan dan ambil tahu. Contohnya, kisah penderitaan saudara-saudara kita di Palestin, remaja-remaja kita yang semakin pelik, dunia kita yang semakin bahaya dan lain-lain. Yang paling penting kita cuba melarikan diri dari hakikat bahawa nikmat syurga itu indah, tetapi kenapa kita perlu lebih memilih untuk merasai nikmat dunia. Kerana realitinya, syurga itu sangat mahal.


Kisah cinta juga mempunyai permintaan yang tinggi. Bab ni yang paling syaitan suka, bila kit kitya tengok cerita-cerita macam tu, maka mulalah kita tenggelam dalam cerita cinta kita yang hanya sekadar lamunan kosong. Syaitan laknatullah pernah berkata kepada Allah :

" dan pasti akan kusesatkan mereka, dan akan kubangkitkan angan-angan kosong pada mereka,..." An-Nisa':119

Habislah kita kalau kita melakukan perkara yang sama. Kita jadi pengarah, syaitan jadi penerbit. Naudzubillah..


Astaghfirullah, saya perlu muhasabah diri ini. Ingatan keras buat diri saya terutamanya.

Dalam sebuah lagu nasyid ada tertulis :

Jalan kebenaran luas terbentang..
Di depan mata para pejuang..
Tapi..
Jalan kebenaran tak akan selamanya sunyi..
Ada ujian yang datang melanda..
Ada perangkap menunggu mangsa..





p/s: kita semua adalah pejuang, pejuang membina masa depam yang baik di sana nanti..

1 comment:

zEri sAfEerA said...

akak. teruskan brkongsi. sy suke bc :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...