"Apa beza kita mencintai seseorang kerana Allah dan bukan kerana Allah?"
"Saya pernah terbaca ; apabila kita mencintai Allah, maka Allah akan tanam rasa cinta itu pada makhluk lain terhadap kita. Macamana itu? "
Jika Allah inginkan kebaikan pada diri kita, DIA akan menganugerahkan beberapa kesusahan.. Pilihlah syurga jangan memilih neraka.. ~S.A.B.A.R & SOLAT~
"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie
"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"
~ muhasabah diri~
"Apa beza kita mencintai seseorang kerana Allah dan bukan kerana Allah?"
"Saya pernah terbaca ; apabila kita mencintai Allah, maka Allah akan tanam rasa cinta itu pada makhluk lain terhadap kita. Macamana itu? "
Bismillah.. Alhamdulillah kerana masih diberi nikmat iman dan islam. Kali ini saya ingin mencoret rasa sambil mengimbau kenangan lalu.
Di suatu petang..
Pada saat akal sedang berfikir ligat memikirkan tentang tugasan-tugasan yang perlu disiapkan, tiba-tiba memori zaman kanak-kanak menjengah di minda. Erm, sebenarnya cuaca panas di dalam bilik ini yang telah membuatkan memori itu datang kembali. Wah masyaAllah hebat sungguh ciptaan Allah, kisah berpuluh tahun dulu masih dapat diimbas kembali. Kisahnya begini…
Hari pertama belajar puasa..
Seperti selalu dan seperti semua orang, hari pertama adalah hari yang sangat menyeronokkan lebih-lebih lagi untuk diri saya sebab buat pertama kali saya dapat berpuasa macam orang lain. Biasalah fitrah manusia sentiasa suka perkara baik cuma kadang-kadang kita tersalah membuat keputusan. Hah! Cerita tentang cuaca panas tadi, alhamdulillah Allah dah turunkan hujan. (Sekarang dah rasa nyaman sekali). ^_^ “Allah memang memahami”…
Baiklah kembali kepada cerita puasa pertama saya. Masa itu umur saya sudah enam atau tujuh tahun (kurang pasti) pada waktu awal pagi hari pertama puasa saya sangat bersemangat, sampaikan pergi ke rumah jiran petik rambutan untuk dimakan sambil jalan-jalan naik basikal bersama kawan-kawan. Semasa sedang khusyuk dan gembiranya memetik buah rambutan tersebut yang hampir separuh raga tiba-tiba saya teringat bahawa saya sedang berpuasa, maka rambutan itu terpaksalah disimpan hingga sampai waktu berbuka. Kesian.. -_-
Itulah dugaan pertama saya pada hari pertama berpuasa. ^_^ “alhamdulillah, dugaan dapat dilawan”.
Limau bali yang lazat…
Nak dijadikan cerita, hampir waktu berbuka saya diuji dengan ujian yang lebih mencabar iaitu limau bali. Biasalah bila hari dah semakin petang, semangat dah semakin luntur, jiwa dah semakin kacau dan perut semakin lapar. Hehe.. paling tak tahan adik lelaki saya siap makan di depan saya lagi, maka bermulalah pujuk rayu seorang insan yang tidak berdosa “emak, boleh tak nak buka puasa?”.. jawab ibu “ dah nak waktu berbuka, sayang lah. Suka hati kamulah” Dengan muka seperti tak makan sepuluh hari, saya membuat pilihan untuk tidak berbuka maka puasa pada hari itu diteruskan dan alhamdulillah saya telah berjaya menghabiskan puasa pertama saya itu. Sangat bangga dengan diri. ^_^
Esok emak tak bagi puasa..
Disebabkan puasa pertama telah berjaya maka dengan azam yang tak seberapa saya ingin meneruskan puasa yang seterusnya. Namun yang sedihnya mak tak bagi puasa sebabnya, nanti saya minta nak berbuka awal lagi dan dia malas nak dengar. Saya agak sedikit kecewa dengan jawapan itu, tapi dengan muka selamba saya tetap meneruskan puasa dan bertekad untuk tidak meminta izin berbuka puasa awal lagi. Saya perlu membuat pilihan terbaik untuk diri saya dan saya memilih untuk terus belajar berpuasa. :P
Tuala_air, menyejukkan
Disebabkan amaran emak pada pagi itu, maka saya mengambil keputusan untuk berdikari unutk puasa seterusnya dimana jika lapar saya tahan, jika dahaga saya biarkan dan jika panas saya sejukkan. He.. disinilah bermula cerita tentang ‘cuaca panas’. Pada hari kedua berpuasa saya sangat berusaha keras untuk menghabiskannya. Ada perkara yang mencuit hati saya sehingga sekarang apabila memikirkannya dimana pada waktu itu apabila terasa lemah, panas dan dahaga saya akan basahkan muka dan badan dengan menggunakan tuala kecil yang telah dicleup ke dalam air. Hehe… nak ketawa apabila teringat tentang peristiwa itu sebab semuanya saya lakukan tanpa pengetahuan emak demi membuktikan saya mampu berpuasa. Walaupun susah tapi itu pilihan saya maka saya perlu melaluinya :P
Pilihan..
Erm, jika difikirkan dengan mata hati kita akan dapat merasai bahawa hampir setiap saat kita perlu membuat pilihan, hampir setiap saat kita akan membuat tawar menawar dengan diri kita, hampir setiap saat juga kita perlu bermujahadah untuk memilih yang terbaik dan hampir setiap saat kita telah membuat keputusan untuk ke syurga atau ke neraka. Adakah kita perasan mengenainya?
Syurga atau neraka..
Setiap hari kita akan diuji dengan pelbagai ujian dan setiap saat syaitan durjana akan berusaha keras untuk mengheret kita ke neraka untuk bersama dengannya. Maka jika kita mengambil pilihan yang salah untuk melalui ujian tersebut maka kita sedang menuju ke neraka dan jika kita mengambil pilihan yang baik untuk melalui ujian tersebut maka kita mengambil pilihan untuk menuju syurga.
Tertulis di dalam al-Quran itu… Al-Isra’: 61-65
“ Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat ‘sujudlah kamu semua kepada Adam’, lalu mereka sujud kecuali iblis. Ia (iblis) berkata ‘Apakah aku harus bersujud kepada orang yang Engkau ciptakan dari tanah?’. Ia (iblis) berkata ‘Terangkanlah kepadaku, inikah yang lebih Engkau muliakan daripada aku? Sekiranya Engkau memberi waktu kepadaku sampai hari kiamat, pasti akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil.” Dia (Allah) berfirman, ‘Pergilah, tetapi barang siapa di antara mereka yang mengikuti kamu maka sungguh, neraka jahanamlah balasanmu semua, sebagai balasan yang cukup. Dan perdayakanlah siapa sahaja antara mereka yang engkau (iblis) sanggup dengan suaramu (yang memukau), kerahkanlah pasukanmu terhadap mereka, yang berkuda dan yang berjalan kaki, dan bersekutulah dengan mereka pada harta dan anak-anak lalu berilah janji kepada mereka.’ Padahal setan itu hanya menjanjikan tipuan belaka kepada mereka. ‘ Sesungguhnya (terhadap) hamba-hamba-Ku engkau (iblis) tidaklah berkuasa atas mereka. Dan cukuplah Tuhanmu sebagai penjaga."
Dalam surah Ibrahim juga ada tertulis, pada ayat ke-22..
“Dan setan berkata ketika perkara (hisab) telah diselesaikan ‘sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencercaku, tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu dan kamu pun tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu. ‘Sungguh orang yang zalim akan mendapat siksaan yang pedih.”
Maka..
Jangan memilih untuk bersama iblis, pilihlah untuk bersama Allah dan syurga-Nya. Teknologi, dan hiburan juga agen iblis maka fikirlah, dan buat pilihan.