"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie

"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"

~ muhasabah diri~

Thursday, November 11, 2010

Soalan


“Who’s your partner?”

Perasan tak soalan di atas tu?

Soalan tu sering saya terima dari sahabat Pakistan saya yang kini berada di Malaysia, kerana telah berkahwin dengan orang sini. Setiap kali dapat berbual dalam laman maya, soalan tu tak pernah terlepas untuk diajukan. Saat ramai kawan-kawan yang telah berkahwin dan mempunyai cahaya mata, soalan tu mampu membuatkan saya rasa dunia berhenti berputar dan rasa diri terawang-awang. Tak faham saya, apa yang seronok sangat untuk mengetahui jawapannya. Best ke?

Baiklah, kalau ikut jawapan skema kepada kawan-kawan lama yang sudah kurang kenal diri saya, untuk soalan yang seiras dan sepupu dengan soalan di atas, saya akan jawab :

“ Oh, dah kahwin nanti adalah pakwe/kekasih/boyfriend/balak/what ever…”

Pada kawan-kawan se ‘geng’ sekarang, saya pernah jawab :

“ Saya mencari seseorang yang pandai buat kerja rumah, pandai masak dan sangat pandai melayan isteri” . (n_n) Lawak tapi saya serius dengan jawapan tu.

………………………………………….

Sebenarnya, saya tak reti nak jawab soalan tu secara tepat dan mendapatkan markah penuh dari kalian. Sebab saya tiada jawapan. Dan bagi saya ….

Kalau fikir secara main-main, rasa nak pengsan bila ada orang suruh saya berkahwin dan menjadi seorang isteri. Kalau fikirkan kesunyian, rasa nak nangis menunggu saat tiba waktunya. Kalau fikirkan perjuangan, terasa ingin berjuang bersama si dia dengan menguatkan diri dan terus berlari. harapnya. Kalau fikirkan sumbangan pada agama, rasa nak menjerit apabila terfikir masa bujang saya tak sepenuhnya ‘all out’ untuknya.

Erm, banyak betul ‘kalau’ dan siapalah nak jawap semua ‘kalau’ itu.

Dan hanya Allah yang lebih mengetahui segala-galanya. Dugaan dan ujian diberi ada sebab serta hikmah yang insyaAllah untuk membina diri agar terus mekar mencari redha Illahi. Amin ya Allah.

………………………………

Saya tak sanggup nak menjadi seorang isteri atas dasar semata-mata untuk dijadikan seorang penyeri dalam rumah tangga, sebagai tukang masak, tukang cuci, tukang sapu, tukang jaga dan didik anak serta lain-lain jawapan skema dari kalian.

Ya , saya tak sanggup!!!

Tahu tak, tak ada cuti bila kerja sebagai ‘isteri’?

Tahu tak, terlalu banyak kerja yang perlu dibuat?

Tahu tak, boleh jadi bosan dengan kerja tu?

Tahu tak, saya tak sanggup!!!!!!!!!!

Namun…

Andai perkahwinan itu dibina atas dasar cinta kepada Allah dan Rasulnya, maka saya redha menerimanya. Walaupun saya seorang penyeri dalam rumah tangga, namun serinya datang dari bimbingan agama. Walaupun saya seorang tukang masak, tukang cuci dan tukang sapu, namun saya gembira kerana saya akan lelah dalam mengejar pahala. Si dia pula akan sentiasa sedaya upaya menjadi yang terbaik buat saya dan membuatkan saya hanyut dengan janji Allah dan nikmat syurga-Nya kerana dia juga ingin lelah dalam mengejar pahala.

……………………………

Perkahwinan itu bukan sekadar salah satu kitaran dalam kehidupan, namun ia sebagai satu keperluan disaat masanya telah tiba dan hanya Allah yang lebih mengetahui.

Terasa ada titisan mutiara yang mengalir di pipi, pada saat melihat para mujahidah mengendong si anak dan terus semangat berjuang. Adakah saya akan seperti itu?

“ Wa talak caya sama lu, selagi lu belum kerja, lu belum kahwin, lu belum ada anak dan lu masih aktif berjuang”



p/s : jgn tanya boleh tak? tunggu jer kad wangi sampai rumah. he..he..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...