"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie

"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"

~ muhasabah diri~

Sunday, November 21, 2010

Sayang si akhwat's kerana Allah..


Bismillah...

kata akhwat...

"Ya Allah.. jadikanlah hati-hati kami tunduk merendahkan diri kerana takut kepada Mu.. dan jadikanlah mata-mata kami mengalirkan air mata kerana takutkan Mu.. dan jadikanlah kami wahai tuhai dari golongan orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang mendapat keampunan .." amin..

kata akhwat's lagi...

"dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada" (57:4)

Jika bersedih,Dia ada untukmu mengadu. Jika kesusahan, Dia ada sebagai pelindung dan penolong. Ingat dan berharaplah hanya kepada-Nya". Rindu ukhti..

pesanan akhwat's..

"keimanan yang benar menjadikan perjalanan hidup umpama sebuah kisah dalam kehidupan. Pengorbanan menukar ujian pahit menjadi satu kenangan manis. Kesabaran menjadikan segala beban yang ditanggung, ringan dan mudah. Keyakinan pada janji-janji Allah menjadikan jiwa tenang ketika perjalanan begitu sukar dan kerinduan pada-Nya menjadi pembakar semangat setiap kali berdepan dengan kegagalan dan ujian berat"
~salam ukhwah sekenjang dakwan.. insyaAllah~

akhwat's mendoakan..

"Ya, Rabbi. ku titipkan rindu untuk saudaraku yang selalu menghembuskan nafas-nafas iman islam Mu. Jadikan dia insan solehah yang selalu mendapat kasih sayang Mu. Jadikan dia muslimah yang sentiasa menjaga izzah addin Mu. Ya Allah, sayangilah, cintailah, ampunilah, brakahilah dan masukanlah dia dalam jannah Mu.." Salam ukhwah filllah, i Love you..


titipan akhwat's...

"teman yang solehah malunya pada kurangnya amalan, beraninya pada kebenaran, cintanya berlandaskan iman, rindunya pada janji-janji Tuhan, tetap dihatinya tertanam taqwa dan keimanan.."

amin ya rabb...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...