"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie

"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"

~ muhasabah diri~

Showing posts with label cerita hati. Show all posts
Showing posts with label cerita hati. Show all posts

Sunday, September 1, 2013

Sayang

Assalamu'alaikum w.b.t..

Semoga pertemuan kali ini kita sentiasa berada dalam lindungan kasih dan redha illahi.. Alhamdulillah saya, kamu dan dia masih diberikan masa untuk terus beramal bagi menempah syurga dengan Rahmat dari Illahi.

Hari ini bertarikh 1.September.2013... Semalam adalah tarihk keramat bagi negara kita Malaysia malah menjadi tarikh yang bermakna bagi mereka yang telah melangkah ke fasa hidup yang seterusnya iaitu alam rumah tangga. Herm, teramatlah banyak jemputan kenduri pada tanggal 31.Ogos. yang lepas. Semoga setiap pasangan yang telah selamat diijabkabulkan dengan bersaksikan Allah, hidup bahagian dan dirahmati Allah hingga ke syurga.

Maka bertambah seorang lagi insan yang perlu disayangi dalam kehidupan seorang isteri/suami. Ya, perlu disayangi.

Mudah untuk menuturkan kata-kata ' Saya sayangkan kamu, I Love You, Saya mencintai kamu' dan lain-lain ungkapan yang membawa maksud anda menyayangi dan mencintai seseorang yang ada dalam kehidupan anda. Namun apakah sayang kita itu betul caranya?

Menjaga dirinya agar tidak dicederakan, menjaga hatinya agar tidak dikewakan dan menjaga seluruh hidupnya semampu kita agar dia sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera. Ya, jika itu caranya ia benar kamu, dia dan saya mencintai dan menyayangi si dia yang bermakna dalam kehidupan kita.

Saya cukup merasa bangga dan gembira apabila melihat seseorang itu begitu menyayangi insan-insan yang berada di sisi-sisinya. Namun, saya sedih dan terkilan apabila ia menyayangi dengan cara yang tidak kena.

Sayang itu harus bermakna anda mahukan  SYURGA buatnya.

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya pula malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan” (At-Tahrim : 6)

Ya, syurga.

Jangan berpakaian cantik yang melanggar syariat demi kebahagiaan si dia..

Kadang-kadang kita tak sampai hati ingin menegur si dia kerana risau dia akan berkecil hati..
Kadang-kadang kita tak sampai hati ingin kejutkan si dia kerana dia kelihatan begitu letih dengan kerjanya..
Kadang-kadang kita tak sampai hati ingin menghalang si dia melakukan apa yang diminatinya kerana risau dia menarik muka..

Segalanya rasa tak sampai hati untuk membawa si dia ke arah kebaikan, semata-mata inginkan bahagian di dunia yang sementara ini. Benarlah kata si dia;


Jannah itu jauh..
tapi ia pasti..

Dunia itu dekat
namun ia hanya ilusi...


Memang rasa tak sampai hati namun kerana sayangkan dia, maka hati harus dikuatkan demi syurga buat kita, kamu dan dia walau ia nampak luar biasa.

Jangan berani kata sayang jika kita, dia dan kamu biarkan si dia menuju neraka!!!

Ya Allah kuatkan hambamu untuk terus menjaga ibadah dan iman menuju syurgaMu, amin ya Rahman.

Wednesday, September 14, 2011

Perasan!

Sendiri tak pasti adakah ia sebuah luahan atau perkongsian. Namun jauh di sudut hati moga ia menemui si pemilik hati yang amat disayangi lantaran rasa tak mampu berjalan tanpa berpegangan tangan dengan kalian menuju akhirat nanti dimana pada hari tiada siapa mampu membantu diri ini dan hanya kepada illahi kita boleh meminta bantuan.
Rasa berbeza, kerana hati ini merasa gundah gulana. Sedih yang ketara namun rasa tak perlu ditangisi. Marah yang menyala rasa tak perlu dibiar membara. Kecewa yang mencengkam hati rasa perlu dibiar pergi. Hamasah yang kian mereda rasa perlu dicari-cari. Sahabat yang lama menyepi rasa perlu hati-hati ini bermuhasabah diri..
Perlu selalu diingatkan pada hati yang sering lupa akan hakikat ini, Jalan itu tidak perlukan kita, malah kita perlukan ia. Kerana telah tercatat dalam surat cinta dari Illahi, ada pengganti yang lebih baik dari diri ini. Aduh mungkin diri perasan sendiri! Perasan!! Diri perasan tanpa kita Jalan itu akan suram. Aduhai, malangnya diri ini.
Ya Illahi, tautkan hati-hati itu kerana cinta kepada-Mu..
Bangkitlah duhai hati kerana syurga yang diimpi..





~ Kerana aku diberi sedikit kefahaman yang aku ingin terus kekal untuk berusaha memperjuangkan~

Wednesday, April 27, 2011

ia pergi...

بسم الله الرحمن الرحيم
Apa yang pergi?

Yang pergi meninggalkan diri ini adalah 'ketenangan'..

...................

Usai sahaja membaca sedikit pengisian, tiba-tiba bahu menjadi berat dek amanah yang dipikul sebagai abid dan khalifah di muka bumi ini.

Hati pula tiba-tiba memberontak.

Maka iman tergopoh gapah menenangkan si hati.

Oh Tuhan..

Rabak benar 'muslimah' yang ada dalam diri ini.. :(

Kejora yang ingin ku capai terlalu jauh..

Puas hati bermonolog dengan yang Satu..

"Mana silapku .. ya, terlalu banyak silapku.."

"Astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah.."

"Oh Tuhan.."

"Adakah hati ini lupa pada-Mu lantaran kerja sihirku yang semakin mencengkam ini?"

"Oh tidak..!!"

"Tidak ku rela ia terjadi.."

"Oh tuhan.. Telah ku pastikan bibir ini berzikir di permulaan hari ini..mengapa hati ku resah begini?.."

"Oh mungkin ada ketika diri alpa dengan tugasan duniawi..ya, pastinya ada. di ketika akal ku lelah dalam menelaah ilmu dunia pasti tika itu diri ini alpa, namun ia demi akhirat ku Ya Rahman. kerana ku yakin ia alat bagi mencapai matlamatku.."

"Benarkah??"

"Ya Rahman..Ya Ghafur.. Faqina azabannar.. "

dan..

tatkala hati dan iman saling menguatkan dan bermonolog dengan Yang Esa dalam mencari kekuatan bagi meneruskan perjalanan yang kian mencabar..

Tiba-tiba terdengar sayup-sayup alunan azan di kajauhan sana..

oh... teringat akan perkongsian dari akhwat dalam sebuah pogram yang lalu..

Azan itu, meneutralkan diri kita..

Oh.. terlalu banyak ion-ion negatif yang mengalir dalam badanku agaknya.. ia perlu dialirkan keluar.. Segera!!

maka..

Mata dirapatkan..

dan..

Hati mula mengalunkan azan..

selepas seketika..

sedikit ketenangan menjengah di hati..

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

kini tugas ku sebagai pelajar dapat diteruskan..

"Muslimah yang belajar!!!"

"بسم الله الرحمن الرحيم"

keredhaan-Mu adalah nyawa bagiku

"Astaghfirullah"





Wednesday, April 20, 2011

"aku mencintai Allah kerana itu aku mencintai mu"

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah, masih diberikan nyawa untuk bertemu sekali lagi di laman maya ini. Mungkin sedikit bersawang teratak ini lantaran sudah lama tidak terisi. Bukan cuba menyendiri namun kekadang kelu untuk berkongsi. Huhu.. astagfirullah… sedihnya sifat ini..

Namun saat ini tiadalah barisan isi yang panjang untuk saya coretkan . Sekadar melepaskan kerinduan yang lama terpendam..

Jazakumullah kathira kepada kalian yang sudi berkunjung ke laman yang tak punya apa dan sekadar punyai sedikit usaha dalam mencintai illahi. insyaAllah..

……

“aku mencintai Allah kerana itu aku mencintaimu”

Satu ungkapan yang sering saya gunakan dalam beberapa minggu ini, tidak kira secara lisan mahupun tulisan.

Kerana..

Ia lahir dari hati yang satu ini..

Maafkan saya kerana tidak mampu untuk menyembunyikan apa yang bersemi di hati ini..

Maka saya luahkan agar hati-hati yang berhak memiliki dan fahaminya dapat merasai ..

Saya ingin luahkan sekali lagi.. mohon didengari..


“aku mencintai Allah kerana itu aku mencintaimu”


Huhu.. berlinangan si air mata, lantaran ia merasai seribu satu perasaan yang tak mampu saya luahkan kerana saya sendiri kadang-kadang sukar untuk mengerti dan hanya Allah yang lebih memahami. Terima kasih Allah.

…..

Maka…

Kerana cinta itu..

Mana mungkin saya mencintai yang tidak halal untuk dicintai..

Kerana cinta itu..

Mana mungkin saya mencintai perbuatan yang Allah murkai..

Dan ..

Kerana cinta itu saya akan sentiasa berusaha mencintai apa yang dapat meraih cinta-Nya..

Maka saya mohon kepada kalian yang ada di sisi agar terus mengingatkan diri ini untuk terus mencintai Illahi kerana hanya dengan cinta itu ‘aku mencintaimu’. Itu jaminan dariku..


InsyaAllah...

Saturday, April 2, 2011

... Hati ku_Hati itu ...

Saat ini air mata jadi peneman..

Sesuatu datang mengguris perasaan..

Hati ku remuk..

Luluh..

Di bawah jagaan- Mu Ya Tuhan..

Oh Tuhan..

Ingin sahaja ku mengikut kata-kata itu..

Menunjuk rajuk yang tiada kesudahan..

Namun ku takut tersalah jalan..

Kaki melangkah menuju musnah..

Duhai hati..

Aku ingin sampaikan pesan..

Aku bukan malaikat menjelma insan..

Sungguh hina di bumi Tuhan..

Aku punya seribu impian..

Namun kekurangan tak dapat ku halang..

Aku membuat hati itu kelam..

Menitis air mata kerana ku Ya Tuhan..

Aku tidak meminta diri dijulang..

Dunia itu bukan di depan..

Yang ku tuju pada-Mu Ya Rahman..

Dunia sekadar tempat persinggahan..

Buat aku cari bekalan..

Oh Tuhan..

Hati ini pilu..

Sayu menikam kalbuku..

Oh Ya Rahman..

Hati keliru..

Namun ku tetap pegang yang satu..

Redha –Mu adalah matlamatku..

Walau ku sendiri kekadang tak tahu..

Untuk-Mu atau kerana ciptaan-Mu..

Namun hati hanya ada Engkau..

Maka tak pernah henti aku belajar..

Menjadi insan solehah demi-Mu..

Wahai Tuhan ku yang Satu..


`~Tinta _Emas~’

Sunday, March 20, 2011

Maha Agung

بسم الله الرحمن الرحيم


Pagi ini, mata ku sangat bertuah kerana masih diberi peluang dapat melihat rembulan yang cantik di gigi langit.

Pagi ini, telinga ku sungguh bertuah kerana masih diberi peluang untuk mendengar alunan bacaan ayat-ayat Allah serta azan subuh yang sayup-sayup kedengaran dari kejauhan sana.

dan

Sehingga saat ini, diri ku memanjatkan syukur kepada illahi kerana masih diberi keizinan meminjam segala milik-Nya agar diri akan dapat terus beribadah kepada-Mu Ya Rabb. Amin Ya Rahman…

………………………………………………………………………..

Entah mengapa pagi ini, bahu ku terasa berat dengan ujian yang datang menduka. Air mata yang mengalir atas izin Mu Ya Allah menjadi pereda keresahan di hati ini. Namun keredhaan di hati, ku mohon sentiasa Engkau berikan. Lantaran kadang-kadang ku tak pernah mengerti dan hanya sekadar terus mangajarkan si hati agar meyakini serta meresapi setiap tanda kasih dan cinta titipan Illahi.

…………………………………………………….

Apabila di saat musibah melanda insan di muka bumi ini, sering ku terdengar aluan indah teralun di bibir itu..

‘Ya Allah’

‘Allahu Akhbar’

‘MasyaAllah’

‘Subhanallah’

Dan ada yang lebih indah

.. Alhamdulillah..

Ia alun indah oleh si hati yang masih mensyukuri kerana si hati itu sentiasa menyedari setiap ujian diberi setimpal dengan kemampuan iman yang bersemadi.

………………………………………

Cuba si hati, bermusahabah diri.. fikirkan saat musibah berat melanda diri.. sehingga air mata bukan lagi pereda dan insan di muka bumi tiada yang mampu menjadi tempat bergantung.. maka pada saat itu, hanya Allah yang ada di hati..adakah kau akui??

Cuba kau renungkan. Di saat kau mendapat berita segala yang kau ada, Dia ambil kembali.. kalimat apa yang kau tuturkan?? Adakah kau akui kini??

…………………….

Maka..

Si hati, sedarlah.. hanya Allah tempat bergantung yang abadi..

Walau sekadar kalimat ‘Allahu akhbar’ yang bergema di bibir, namun terasa ada sedikit kekuatan mengalir di dalam diri..

Itulah kasih Allah, Tuhan seluruh alam yang Maha Agung…

Sehingga yang tidak mengimani, turut mengucapkan ‘Oh my God’..

maka ia terbukti..

setiap hati memerlukan Tuhan sebagai tempat bergantung tika diri hanya mampu menduga, tidak punya kuasa tentang apa yang bakal dia tempuhi..

……

Semoga setiap hati itu dan terutama hati ini yang ada dalam pengetahuan-Mu, terus kekal dalam Redha dan Kasih-Mu ya Illahi..

Wednesday, February 23, 2011

Kata Hati...


"Hati itu sentiasa di hati ku.."

“Hati itu membuat aku kenal erti kasih titipan dari-Mu”

“Kerana hati itu hati ku turut terasa sayu..”

“Aku hairan, mengapa si hati itu begitu payah untuk menerima suatu kebaikan.”

“Aku terlalu hairan, mengapa si hati itu begitu mudah bersetuju dengan kelalaian?”

“Aku menjadi semakin hairan, mengapa si hati itu begitu mudah mengatur langkah bagi yang tiada baiknya?”

“Aku jua turut menjadi hairan, mengapa si hati itu menyusun seribu alasan untuk tidak mengatur langkah ke arah yang dijanjikan kebaikan?”

“Aku menjadi keliru dalam kehairanan, mengapa si hati itu sangat pandai membahagi masa antara buku dan kelalaian?”

“Aku kian menjadi keliru dalam kehairanan, mengapa si hati itu sangat sukar membahagi masa antara buku dan kebaikan?”

Air mata ingin terus menitis, lantaran si hati itu tak dapat ditawan akan cinta Hakiki, cinta Rabb, yang menjanjikan kebahagian hakiki di dunia yang kekal abadi..

“Aduh! “

“aku terlupa kepada sesuatu yang sering dilupakan. Aku terlupa pada pesanan Tuhan, kata-Nya dalam An-Nas ‘kejahatan bisikan syaitan itu bersembunyi, membisikkan kejahatan ke dalam dada manusia, (kejahatan itu) dari golongan jin dan manusia’…”

“Aduhai, bisikan yang bersembunyi sukar untuk ditangani. Makanya di awal ayat Allah berpesan ; Katakanlah ‘Aku berlindung kepada Tuhan manusia’.. “

“Oh, disitu penawarnya..”

“Aku juga selalu terlupa akan fitrah manusia yang sering terlupa. Mungkin si hati itu terlupa dan aku lupa mengingatkan.”

“Aduh, maafkan diriku”

“Ya Allah, mohon sampaikan pada si hati itu.. katakan padanya hanya dengan menjadikan Allah sebagai pelindung maka kejahatan yang bersembunyi itu dapat diatasi..”

“Ya Rabbi, mohon sampaikan pada si hati itu.. kematian itu menanti.. syurga dan neraka itu janji.. jalan yang benar penuh berduri namun mainsnya kekal abadi..”

“Ya Rahman, Ya Rahim, sampaikan pada si hati tu.. sayangku tak pernah berbelah bahagi dan kerana diriku hanya insan biasa dan sayangku kerana illahi.. Mohon beri aku peluang untuk terus menyayangi si hati itu..”

“Ya Ghafur, ampunkan si hati itu dan diriku, lantaran kami insan biasa yang sering terlupa.. maka kuatkan hati kami dengan hidayahmu..”

“Ya Allah, Tuhan yang memiliki setiap hati yang aku sayangi, izinkan aku bawa hati itu ke syurga bertemu dengan-Mu”…


..Tinta_Emas..



Sunday, February 6, 2011

Berjuang..

بسم الله الرحمن الرحيم

Hati terlalu risau..
tatkala terjatuh lalu berdarah..
hati yang sayu terus meratapi..
airmata menitis tanda kesakitan yang dirasai..
namun adakah diri ini mampu berdiri lagi..
mencapai dahan-dahan teguh..
agar terus bangun berjuang..
demi membina sebuah impian..
di dunia kekal yang tak ternilai..
Hati ini tentunya gelisah..
tatkala memikirkan..
jika mata ini terbuka dari lena..
terlupa kepada ikrar Shahadatul Haq ku..
mohon dijauhkan Ya Allah...
Hati menjadi kelu..
andai diri ini tiada..
dalam lelah perjuangan mereka..
yang sedikit..
lantaran ia telah tertulis dalam Al-Quran..
mohon sentiasa diberi peluang..
untuk bangun dan terus berjuang..
bersama mereka yang sedikit..
walau diri sekadar pembalut luka para pejuang..

:: doakan diri ini ::

Saturday, January 1, 2011

Realiti yang Seram



Dengan lafaz bismillah saya memulakan coretan..


Jika saya merasa diri tidak mampu untuk berfikir lagi, saya akan mengambil keputusan yang drastik iaitu menidurkan diri ini.(he..he..) Kerana itu adalah cara saya melarikan diri dari berfikir perkara yang tidak tentu pasal pada waktu malam, lagipun waktu malam memang masa untuk merehatkan diri. Pada waktu siang pula, ia lebih mudah untuk ditangani kerana ada banyak urusan untuk difikir dan dibereskan. Tambahan pula saya pernah dengar satu penyataan bahawa; waktu magrib adalah waktu pagi bagi syaitan, masa itulah makhluk laknatullah itu mula aktif bekerja. Maka waktu malam mujahadahnya perlu lebih tinggi dalam melawan nafsu.

"dan dari kejahatan malam
apabila telah gelap gelita" Al-Falad:3


Sayid Qutub ada menerangkan ayat ini dengan cara beliau dalam Fil Zilal. Apa yang saya faham dari tulisan beliau dan juga dari penerangan murobbi iaitu dimana pada waktu malam kejahatan mudah berlaku. Sebagai contoh kita lihat kepada kes pecah rumah, zina dan lain-lain kebanyakannya berlaku pada waktu malam. Anda boleh membuat kajian jika ingin tahu kebenarannya. Nigtclub juga buka pada waktu malam kan? He,nama pun 'night' kan. Selain itu, rasa ketakutan itu juga datang pada waktu malam. Macam-macamlah yang kita takutkan, dan perasaam itu tidak hadir pada waktu siang. Itu bagi diri saya lah, tak pasti pula dengan orang lain. Maka marilah kita isi waktu malam kita dengan zikir dan muhasabah diri.

Apa kaitan tidur dengan realiti yang seram?


Bila tidur saya akan tinggalkan dunia nyata dan pergi ke dunia mimpi. Maka, segala kerumitan di dunia nyata saya tinggalkan (kadang-kadang ada yang datang sebagai mimpi ngeri :P ). Semasa terasa bosan dengan nota-nota kuliah, saya akan berlari ke dunia lain iaitu dengan membaca buku-buku yang tiada kaitan dengan kuliah dan saya akan hanyut dengan perjuangan mereka. ^_^

Tahukah anda, bahawa kita selalu melarikan diri???

Pastinya ada yang tahu, kerana mereka termasuk diri saya juga. Jujur saya akui, dunia ini sangat mencabar dan kita perlu akui bahawa "Syurga itu dipagari dengan ujian yang sukar, sedangkan neraka dipagari dengan kenikmatan". Maka apabila kita merasa susah, bergembiralah kerana kita berada di jalan menuju syuga. Andai kita sentiasa merasa nikmat, maka kita patut merasa gundah.

Jika dilihat kepada dunia hiburan sekarang, terlalu banyak cerita-cerita yang tidak berlaku di alam nyata termasuklah cerita-cerita ghaib (hantu, toyol, momok, dan lain-lain). Bukanlah salah pihak yang buat cerita kerana mereka hanya buat ikut permintaan masa kini, siapalah yang berniaga tapi nak rugi.

Apa yang saya nak katakan di sini bahawa dengan menoton cerita-cerita seperti itu kita akan dapat lari dari dunia nyata dan tinggalkan juga tekanan-tekanan yang ada. Erm, kira oklah macam tu kan, daripada ambil dadah atau bunuh diri.(itu lagi susah) Tapi yang tak bagusnya, kita juga tinggalkan realiti yang mereka perlu kita sama-sama fikirkan dan ambil tahu. Contohnya, kisah penderitaan saudara-saudara kita di Palestin, remaja-remaja kita yang semakin pelik, dunia kita yang semakin bahaya dan lain-lain. Yang paling penting kita cuba melarikan diri dari hakikat bahawa nikmat syurga itu indah, tetapi kenapa kita perlu lebih memilih untuk merasai nikmat dunia. Kerana realitinya, syurga itu sangat mahal.


Kisah cinta juga mempunyai permintaan yang tinggi. Bab ni yang paling syaitan suka, bila kit kitya tengok cerita-cerita macam tu, maka mulalah kita tenggelam dalam cerita cinta kita yang hanya sekadar lamunan kosong. Syaitan laknatullah pernah berkata kepada Allah :

" dan pasti akan kusesatkan mereka, dan akan kubangkitkan angan-angan kosong pada mereka,..." An-Nisa':119

Habislah kita kalau kita melakukan perkara yang sama. Kita jadi pengarah, syaitan jadi penerbit. Naudzubillah..


Astaghfirullah, saya perlu muhasabah diri ini. Ingatan keras buat diri saya terutamanya.

Dalam sebuah lagu nasyid ada tertulis :

Jalan kebenaran luas terbentang..
Di depan mata para pejuang..
Tapi..
Jalan kebenaran tak akan selamanya sunyi..
Ada ujian yang datang melanda..
Ada perangkap menunggu mangsa..





p/s: kita semua adalah pejuang, pejuang membina masa depam yang baik di sana nanti..

Thursday, November 11, 2010

Soalan


“Who’s your partner?”

Perasan tak soalan di atas tu?

Soalan tu sering saya terima dari sahabat Pakistan saya yang kini berada di Malaysia, kerana telah berkahwin dengan orang sini. Setiap kali dapat berbual dalam laman maya, soalan tu tak pernah terlepas untuk diajukan. Saat ramai kawan-kawan yang telah berkahwin dan mempunyai cahaya mata, soalan tu mampu membuatkan saya rasa dunia berhenti berputar dan rasa diri terawang-awang. Tak faham saya, apa yang seronok sangat untuk mengetahui jawapannya. Best ke?

Baiklah, kalau ikut jawapan skema kepada kawan-kawan lama yang sudah kurang kenal diri saya, untuk soalan yang seiras dan sepupu dengan soalan di atas, saya akan jawab :

“ Oh, dah kahwin nanti adalah pakwe/kekasih/boyfriend/balak/what ever…”

Pada kawan-kawan se ‘geng’ sekarang, saya pernah jawab :

“ Saya mencari seseorang yang pandai buat kerja rumah, pandai masak dan sangat pandai melayan isteri” . (n_n) Lawak tapi saya serius dengan jawapan tu.

………………………………………….

Sebenarnya, saya tak reti nak jawab soalan tu secara tepat dan mendapatkan markah penuh dari kalian. Sebab saya tiada jawapan. Dan bagi saya ….

Kalau fikir secara main-main, rasa nak pengsan bila ada orang suruh saya berkahwin dan menjadi seorang isteri. Kalau fikirkan kesunyian, rasa nak nangis menunggu saat tiba waktunya. Kalau fikirkan perjuangan, terasa ingin berjuang bersama si dia dengan menguatkan diri dan terus berlari. harapnya. Kalau fikirkan sumbangan pada agama, rasa nak menjerit apabila terfikir masa bujang saya tak sepenuhnya ‘all out’ untuknya.

Erm, banyak betul ‘kalau’ dan siapalah nak jawap semua ‘kalau’ itu.

Dan hanya Allah yang lebih mengetahui segala-galanya. Dugaan dan ujian diberi ada sebab serta hikmah yang insyaAllah untuk membina diri agar terus mekar mencari redha Illahi. Amin ya Allah.

………………………………

Saya tak sanggup nak menjadi seorang isteri atas dasar semata-mata untuk dijadikan seorang penyeri dalam rumah tangga, sebagai tukang masak, tukang cuci, tukang sapu, tukang jaga dan didik anak serta lain-lain jawapan skema dari kalian.

Ya , saya tak sanggup!!!

Tahu tak, tak ada cuti bila kerja sebagai ‘isteri’?

Tahu tak, terlalu banyak kerja yang perlu dibuat?

Tahu tak, boleh jadi bosan dengan kerja tu?

Tahu tak, saya tak sanggup!!!!!!!!!!

Namun…

Andai perkahwinan itu dibina atas dasar cinta kepada Allah dan Rasulnya, maka saya redha menerimanya. Walaupun saya seorang penyeri dalam rumah tangga, namun serinya datang dari bimbingan agama. Walaupun saya seorang tukang masak, tukang cuci dan tukang sapu, namun saya gembira kerana saya akan lelah dalam mengejar pahala. Si dia pula akan sentiasa sedaya upaya menjadi yang terbaik buat saya dan membuatkan saya hanyut dengan janji Allah dan nikmat syurga-Nya kerana dia juga ingin lelah dalam mengejar pahala.

……………………………

Perkahwinan itu bukan sekadar salah satu kitaran dalam kehidupan, namun ia sebagai satu keperluan disaat masanya telah tiba dan hanya Allah yang lebih mengetahui.

Terasa ada titisan mutiara yang mengalir di pipi, pada saat melihat para mujahidah mengendong si anak dan terus semangat berjuang. Adakah saya akan seperti itu?

“ Wa talak caya sama lu, selagi lu belum kerja, lu belum kahwin, lu belum ada anak dan lu masih aktif berjuang”



p/s : jgn tanya boleh tak? tunggu jer kad wangi sampai rumah. he..he..

Sunday, October 31, 2010

mereka



mereka mampu berkata apa sahaja..
mereka mampu menafsir mengikut rasa..
namun diri lebih mengetahui jalan cerita..
duka..
mahu pun suka...
bukan diri tidak pasrah..
namun sedang bertatih dengan payah..
mengutip cebis-cebis sabar,
buat bekalan di masa sana,

Tuesday, September 28, 2010

Biah itu suasana

“ Tak sukanya duduk dalam kereta ni lama-lama. Nak muntah rasanyer.” rungut hatiku yang memang kurang serasi dengan situasi seperti itu.


Sampai sahaja depan rumah emak,cepat jer kaki ku mengatur langkah untuk keluar dari kereta. Dalam kepala ini dah tak fikir apa. Nak masuk rumah, buka tudung, jumpa mak dan enjoy… he..


Tiba sahaja dalam rumah, kaki terus meluru ke bilik. Tudung di kepala ditanggalkan dan mata terus meliar mencari sekujur tubuh yang banyak berjasa pada diri ku. Tangan dan pipinya ku cium sambil khabarnya ku ambil tahu. Kelibat insan kedua yang berjasa dalam hidup ku tidak dapat ku cari, rupanya dia tidak berada di rumah. Kata emak, ayah sibuk menguruskan pembahagian dan jualan daging lembu milik persendirian dan syarikat. Herm, sibuk orangnya ayah ku ini.


Selepas habis ku tawaf sebanyak sekali rumahku, kaki terus meluru ke dapur semula dan di sana diri ku dapat melihat aksi cucu yang manja bertemu dengan atok nya. Naik geram hati ku melihat si tembam

tu. Seperti biasa tanganku rakus mencubit pipinya yang tembam tu. Maka keluarlah rengekan manja dari si tembam, namun tiada reaksi kesian dari diri ku kerana ku tahu dia insan yang manja. Lagi ku usik sehingga dia menangis adalah. :P


Sedang asyik ku berkasih sayang dengan emak, adik da

n kakak-kakakku tiba-tiba diri ku terasa lain. Ada yang kurang pada diri ku, ada yang tidak kena. Puas ku fikir sehingga berkerut dahi ku. Lantas ku mengambil nafas panjang, mendiamkan diri seketika.


Hatiku bermonolog :

Kenapa rasa semacam.

Dimana diri ku sekarang?

Ya, di rumah emak.

Kenapa rasa pelik ni bertandang di hatiku?

Tadi balik rumah emak dengan siapa?

Ya, dengan kakak ku.

Ohye, kakakku dah berkahwin.

Astaghfirullah…

Kepala ku tidak mengenakan tudung, Alhamdulillah abang iparku masih sedang sibuk mengangkut beg di luar.


“Adik, tolong ambilkan tudung akak dekat bilik. Tolonglah dik.. nanti abang Nik masuk umah.” laju jer mengarahkan adik ku yang bongsu.

…………………………….


Kejadian seperti itu pernah juga berlaku dahulu. Selepas memiliki abang ipar diri ku di ajar oleh rasa takut ku akan dosa untuk memakai tudung di dalam rumah demi menjaga auratku. Pernah sekali diri ku bertembung dengan abang ipar yang berada di pintu dapur kerana dia ingin meminta sesuatu,

mukanya nampak pelik namun tidak ku indahkan. Selepas keperluannya dipenuhi, kaki melangkah masuk ke rumah tengah dan barulah ku sedar bahawa diri ini tidak memakai tudung. Hati beristighfar panjang, patutlah abang ipar bermuka pelik. Sebelum kejadian itu, tudung dikepala telah ku tanggalkan selepas pulang dari sekolah menengah kerana mendapati tiada insan yang tidak halal untuk melihatnya. Niat ku hanya sebentar sekadar ingin menghilangkan lelah selepas penat menjalani latihan pantun dan bahas di sekolah. Saat kaki melangkah ke dapur diriku tidak menyedari kesilapan tersebut.


Kini kejadian itu berlaku lagi.

………………………………..

Begitulah kehidupan yang tidak membantu tarbiah diri untuk menjadi seorang muslimah. Bukan diri tidak redha, cuma sekadar ingin berkongsi bahawa betapa pentingnya biah (suasana) yang soleh/solehah kepada kita. Biah yang baik dapat membantu kita untuk menjadi baik.


Jika pada masa tersebut ada akhawat di sisi ku sudah pas

ti cepat sahaja diri ku diingatkan. Tapi apabila bersendirian, kita terpaksa mengingatkan diri sendiri. Namun segalanya adalah takdir, setiap perkara ada hikmahnya. Alhamdulillah kerana Allah pernah berfirman dalam Al-Quran bahawa Dia tidak akan menghukum kita atas kesalahan yang tak disengajakan atau kita terlupa.


Wallahua’lam..



p/s : . Adalah lebih molek kalau dapat buat Rumah Islam de

ngan akhawat.

Monday, September 20, 2010

uhkti fillah





Lebaran kian menjelma, ramadhan mula mengatur langkah untuk mengundurkan diri. masyaAllah tak dapat digambarkan dengan seuntai kata-kata betapa kelirunya perasaan yang ada dalam fikiran ini.


Inalillahi wainalillahi rajiun.. semoga roh mu ditempatkan bersama-sama para mujahid /mujahadah yang soleh dan solehah.

Airmata tak dapat ku tahan apabila ukhti fillah mengkhabarkan berita yang tidak terduga ini. Kerinduan ku dibalas dengan satu berita yang tak dapat diubah namun perlu diterima sebagai ikhtibar buat diri yang masih mempunyai jalan yang panjang untuk dilalui.

Mengikut pertemuan hanya beberapa kali kami pernah bertemu, namun semangat dan kelincahan arwah membuatkan hati jadi terusik dan kali terakhir pertemuan kami adalah di Gombak.

Dan setiap kali pogram, kelibatnya sentiasa ku cari dan sering juga bertanya kepada akhawat yang lain. Namun pelbagai jawapan yang ku terima. Jawapan yang terakhir yang pernah ku terima “Dia dah ke Terengganu”. Diri yang semakin faham dengan persekitaran, hanya mengangguk tanda faham.

Kerinduan ku tidak terbalas.

Namun pada 26 Ramadhan berita kepulangannya ke Rahmatullah sampai kepadaku. Hati sayu. rinduku terpaksa dipendam.. semoga kami dipertemukan di syurga kelak. Amin.

Dan begini kisahnya ….

Dahulu pernah seorang kakak memberi tugasan kepada kami untuk memilih seorang akhawat yang bukan berada dalam bulatan cinta kami dan kami perlu berta’aruf dengannya. Diriku memilih dirinya sebagai individu yang perlu ku ta’aruf. Jika dilihat kepada perkenalan kami yang hanya bertemu untuk beberapa kali, kata orang belum sempat pun berbunga indah. Namun ikatan akidah yang ternyata hebat simpulannya berbanding ikatan persaudaraan yang terbentuk kerana lahir dari ibu atau ayah yang sama, member kesan yang mendalam dalam diri ini. Itulah kehebatan dalam uhkuwwah fillah.

Erm, terasa benar kehebatanya. Teringat pula kisah-kisah orang-orang pada zaman Rasulullah SAW dulu. Mereka sering meminta agar Rasulullah SAW menunjukkan mukjizat baginda untuk membuktikan baginda adalah pesuruh Allah. Namun ada kalangan mereka hanya sekadar unutk mempermainkan Rasulullah kerana mereka pasti akan mengatakan mukjizat itu dalah sihir dan mereka tidak beriman.

Namun sekarang Rasulullah SAW telah wafat maka tiada lagi mukjizat. Bagi diri saya, kehebatan dan kenikmatan dalam jalan Allah adalah sesuatu yang boleh dikatakan seperti mukjizat kerana mereka pasti akan tersentuh apabila melihat kehebatan tersebut. Contohnya, melihat kepada kehebatan ukhuwwah fillah antara para sister yang berada di sekeliling ku. masyaAllah, memang hebat. So, if nak rasa kena lah join dan berada di jalan Allah. Hatimu pasti terpaku. J

Wallahua’lam..




Note :

Ta’aruf = berkenalan secara rapat

Halaqah = bulatan (buat perbincangan)

Friday, August 6, 2010

suatu ketika:


Sebelum bertemu dengan Ramadan..



bismillah...

Alhamdulillah.... even nikmat tubuh badan yang sihat telah ditarik buat sementara waktu namun saya masih mampu untuk melakukan kerja-kerja seharian...

Subhanallah.. beberapa hari lagi akan tibe bulan yang dinanti-nantikan oleh semua muslim..

RAMADAN...

so, dalam beberapa hari ni selalu jer saya mendengar ucapan gembira dari mulut para sahabat yang merindui bulan yang mulia itu.. :)

erm, minggu ni saya diminta untuk berkongsi dengan akhawat fillah tentang persediaan menyambut ramadhan.. masa mula-mula terima dengan yakinnya saya menjawab.." ok, insyaAllah kak".. (n_n)

tiba-tiba

semua idea lari lintang pukang.. beku akal untuk berfikir, hati layu untuk menghayati.. rasa berdebar muncul disegenap hati ini.. puas buku-buku yang ada di bilik dibelek, blog-blog dibuka, email-email dibaca dan tidak lupa merisik dekat sahabat-sahabat... tapi still rasa macam kosong, langsung tak ada apa yang menarik nak dikongsi..

jiwa jadi kacau.. tapi muka still buat selamba.. he..

...................................................

maka tibalah masa dan waktunya perjalanan ke lokasi "bulatan cinta" bermula... bak kata akhawat fillah " Pengembaraan Bermula"... :)

di dalam kereta (yang diberi nama Farouq), hati yang resah dibiarkan sahaja.. apabila tiba di Ansar (rumah kami di Nilai), selepas solat isya' maka "bulatan cinta" bermula.... PIC (personal in charge a.k.a masulah) pada minggu ini memulakan bicara dengan membuka majlis dengan umul kitab Al-Fatihah...

PIC mula tersengih-sengih (nakal), sebab tak sabar nak kenakan diri ini. Tapi entah macamana "bulatan cinta" pada malam itu dimulakan dengan cerita kami di MUKITA (mukhayam kita), atas permintaan mama kami.. :)

Akhawat fillah mula rancak bercerita dan saya yang hanya dapat hadir ke MUKITA pada hari sabtu sahaja, lebih banyak mendengar dari bercakap. Banyaklah cerita-cerita yang basah dan meresap ke hati kami. terasa cemburu menguasai diri, air mata terus bergenang kerana terasa rugi tak dapat merasainya bersama akhawat fillah. :(

erm... cerita punya cerita maka ia tiba di penghujung. maka tiba saat saya melaksanakan tugasan yang diberi. he.
tiba-tiba rasa kelu..

saya hanya dapat berkongsi apa yang ada dalam hati pada waktu itu, berharap sangat petunjuk dari Allah. tiada apa yang bombastik yang saya kongsikan hanya perkara-perkara biasa.

yang basah dan meresap di hati adalah kata-kata dari mama kami. erm, memanglah kita kata RINDU, ternanti-nanti, dan berazam akan melakukan setiap ibadah dengan lebih baik. tapi kata mama adakah usaha dan persediaan telah kita lakukan..

macam mama, dia membeli sebuah buku berkaitan Ramadan untuk mendapatkan feel Ramadan tu.. itu usaha die..

muhasabah diri..

teringat kata-kata seorang adik di FB nyer:

" ramai orang kata impiannyer adalah syurga,
namun pelik kerana amalan mereka tidak seperti penghuninyer"

..............................................
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...