"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie

"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"

~ muhasabah diri~

Showing posts with label Rahmat dari Allah... Show all posts
Showing posts with label Rahmat dari Allah... Show all posts

Thursday, January 5, 2012

Kerana Ia Suci




Salam...

Gambar di atas adalah sebatang pokok Melati yang bakal menjadi bosai yang cantik..
^_^

Ia sedang dilatih untuk mendapatkan kecantikannya..

Jika dilihat dari dekat saya menggunakan wayar untuk membentuknya..

Dan ketahuilah bahawa saya telah menyekat airnya..

He, sy bagi ia berpuasa, kerana air yang banyak akan menyebabkan ia cepat tinggi dan akan menjadikan ia tidak cantik...

.....................................................

Subhanallah..

Entah mengapa saya teringat kepada diri seorang INSAN dan sebuah proses yang diberi nama TARBIAH...

Murobbi dan Mutarobbi..

Saya dan dia..

Herm..

Bonsai tersebut saya latih agar menjadi sebatang bonsai yang cantik.. InsyaAllah, saya pun baru sangat belajar dan ia hanya dari salah satu amali kelas Horticulture saya.. Tak pasti hasilnya, namun saya jatuh kasih pada pokok tersebut.. ^_^

Tahukan kalian, untuk mendapatkan bosai yang cantik ia memerlukan masa yang laaammmaaa, ia memerlukan kesabaran dan ia memerlukan bahan-bahan tambahan mengikut keperluanya agar ia dapat hidup subur dan cantik seperti yang diinginkan...

Dan..

Di sini..

Saya benar-benar bermuhasabah diri...

Saya menjadi semakin jelas, membentuk manusia memerlukan masa yang lama.

Saya tidak berkata manusia lain tetapi saya berkata tentang diri SAYA, KAMU dan DIA juga..

Saya mula semakin sedar bahawa untuk menjadi 'cantik' latihan dengan disiplin itu perlu.

Kesabaran itu WAJIB ada.

Kerana kita akan memalui jalan yang panjang. Kesabaran itu perlu dan keyakinan atas sebuah tarbiah itu wajib ada.

Yakinlah tarbiah itu mampu menjadikan kita 'cantik'.

Ohya, seperti bonsai itu ia perlu dikurangkan airnya dan ia sama seperti kita dimana kita digalakkan berpuasa (bulan Ramadahan wajib ok) dan pastinya kalian tahu kebaikan-kebaikan berpuasa, nafsu juga turut kalah dengan berpuasa. Benarkan?

...........................................

Kalaulah INSAN itu boleh diikat dengan wayar agar dapat dibentuk untuk jadikannya 'cantik' dan INSAN itu menurut sahaja tanpa banyak kata, alangkah mudah semua kerja..

Huhu, itulah fitrah INSAN yang dicipta oleh Yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana, Maha Pengasih dan yang paling best Yang Maha Pengampun.

Dan pastinya Allah tahu dimana sumber TARBIAH terbaik buat makhluk bernama INSAN itu, tak dapat dinafikan lagi iaitu Al-Quran dan sunah Rasulullah SAW. ^_^

Indahnya...


Sesi pembelajaran yang membutakan saya sentiasa dekat dengan alam, banyak memberi diri ini peluang mengenal erti sebuah kehidupan dan juga memberi saya ruang untuk memahami kata-kata yang sering diucapkan "Mentaddabur Alam".

.........................................

Erm, saya selalu merasa tenang apabila melihat keletah bayi dan kanak-kanak.

TENANG, sangat TENANG.

Kata orang ia kerana bayi dan kanak-kanak yang comel itu masih suci tiada dosa. Seronokan?

Dan.

Saya dan juga kamu akan merasa tenang apabila melihat alam. Betul tak?

Hah! Kerana apa?

Kerana ia sedang bertasbih. Ia suci.

"Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." (Surah ar-Ra'd, ayat 28)


Thursday, December 1, 2011

ia Perlukan Angin



بسم الله الرحمن الرحيم


" ia perlukan tiupan angin agar ia jadi kuat. Tanpa tiupan angin ia akan lemah"

Itu kata-kata pensyarah Hortikultur saya bila dia sedang seronok menceritakan tentang teknik penanaman pokok bunga Crysanthemun.


Zap!

Terus je menusuk di hati saya " Manusia juga begitu".

Tahu tak? Angin itu ujian buat Crysanthemum itu dan ia perlukan angin itu untuk jadi kuat.

Hah, begitu jugalah manusia, kita perlukan ujian agar kita terbentuk menjadi lebih kuat.

Herm, benarlah hakikat penyataan ini;

" Ujian itu tanda Allah sayangkan kita"

Teringat pula kisah si monyet yang diceritakan oleh Sang Murobbi dimana katanya,

Suatu ketika seekor monyet sedang memanjat pohon kelapa, setelah cukup lama di pohon itu. Datanglah angin topan, tornado, dan bahorok. Ketiga angin itu berkumpul untuk beradu kekuatan siapakah diantara mereka yang paling kuat dan mampu menjatuhkan Si Monyet dari atas pohon kelapa.

Angin topan mencoba untuk pertama kali, WUUUUUUSSSSS….dia bertiup sekencang-kencangnya. Tapi Si Monyet berpegangan erat di batang pohon kelapa itu dan tidak jatuh.

Lalu angin tornado mencoba kekuatannya, SWIIIIIINGGGGG…. dia bertiup berputar-putar, tapi tetap saja si monyet tidak jatuh. Angin tornado menyerah dan mempersilakan angin bahorok menunjukkan kekuatannya.

Angin bahorok mengeluarkan semua kekuatannya tapi Si Monyet semakin erat bertahan di batang pohon kelapa. Datanglah angin sepoi-sepoi menyapa ketiga angin yang terlebih dahulu datang. Berkatalah si angin sepoi-sepoi bahwa dia bisa menjatuhkan monyet di pohon kelapa itu. Ketiga Angin tertawa,

“Mana mungkin”. Fikir mereka, mereka yang sudah mengeluarkan seluruh kekuatannya saja tidak mampu menjatuhkan Si Monyet, apalagi angin sepoi-sepoi yang lemah lembut.

Angin sepoi-sepoi menghampiri Si Monyet dan meniup pelan ubun-ubunnya.

“Hmmm enak, adem, nyaman” pikir si monyet. Karena keenakan Si Monyet jadi ngantuk dan melepaskan pegangannya lalu terjatuhlah Si Monyet dari atas pohon kelapa.

~ Sumber~


Nah nampakkan?

Keenakan dan kesenangan itu yang membuatkan kita hayut lalu jatuh terseungkur tanpa kita sedari.

Semoga kita tidak menjadi seperti monyet itu dan jika datang suatu kesenangan jadikan ia sebagai suatu asbab untuk kita terus semakin dekat dengan Allah..

Mari kita renung-renungkan bersama dan mari beramal bersama..

Astaghfirullah.. Wallahua'lam.






Wednesday, November 9, 2011

Kongsi Cerita?

بسم الله الرحمن الرحيم

Kita kongsi cerita kita...

Dengan siapa kita dapat kongsi cerita duka/suka kita dengan rasa sangat best lepas kita habis bercerita?

Kita yang bercerita ini....

Pernah tak kita rasa resah jika si pendengar tersalah faham terima cerita kita dan kita rasa dia takkan benar-benar faham apa yang sebenarnya kita rasa?

Dan pernah tak kita rasa ada sesuatu yang tak lepas dalam hati kita walaupun kita dah bercerita pada si dia?

Dan pada ketika..

Bibir ini selalu tak dapat mengungkap kata-kata dan kadang-kadang hanya mampu menutur...

"Allah"
"Ya Allah rindunya..."
" Ya Allah, hatiku..."
"Apa aku patut lakukan?"

dengan hanya sebaris dua kata, mana mungkin ada insan yang dapat memahaminya...

BeNaRKaN?

Maka hati yang mempunyai fitrah yang sentiasa dekat dengan Allah, akan terus hanyut menadah tangan dalam sendu memohon keampunan dan minta diberikan kesabaran.

"Oh Allah, I know how much I want You to love me"

Yang terdengar secara tak sangaja akan kata-kata yang terluah secara tiba-tiba pasti akan berkerut dahinya...

Sejujurnya, saya sering merasa tidak enak apabila berkongsi cerita dengan sesiapa pun, namun saya perlu belajar berkongsi cerita kerana "dua lebih baik dari satu".. dan

InsyaAllah, duka akan berkurang dan suka dapat disebarkan...

Namun ia tidak mampu mengatasi perasaan yang sukar untuk digambarkan manisnya apabila berkongsi cerita dengan Allah. Walaupun dengan hanya berkata..

"Allah, Engkau tahu hatiku..."

Terasa benar-benar yakin Allah dapat memahaminya.

Pasti tiada salah faham bila bercerita, kerana kita bercerita pada Yang Esa.


" Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hantinya,dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya".
-Qaf:16-


Selidiki mana urat leher kita.
Dekatkan?
Nah, Allah lebih dekat dari itu.


" Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka meperoleh kebenaran".
-Al-Baqarah:186-

Maka tugas kita sebagai hamba untuk memohon pada Allah, kalau kita tak minta macamana Allah nak bagi. Allah dan kata "apabila dia berdoa".

Apa-apa pun Allah Maha Mengetahui apa di depan dan di belakang kita, maka kita perlu bersangka baik dengan Allah kerana..

"Apa yang terbaik bagi kita sekarang adalah apa yang Allah telah takdirkan untuk kita"




Benarlah Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang
Wallahua'lam..... Alhamdulillah..

Monday, October 17, 2011

Sabar Dan Solat


بسم الله الرحمن الرحيم

Lama tidak menulis di sini, semoga Allah sentiasa ada dalam setiap langkah kita..


Kesibukan dalam menyesuaikan diri berdepan dengan lima amali pada semester ini menjadikan diri ini 'perasan sibuk'..

Semoga kesibukan itu tidak melalaikan diri saya, doakan... (-_-) amin,...

Jika dilihat pada tajuk, ia seperti ungkapan-ungkapan biasa yang saya sebutkan di sini iaitu 'SABAR'..dan 'SoLAT'..

Ya, perkara asas atau basic tapi kadang-kadang kita ambil remeh perkara itu, padahal di situlah bekalan kita untuk terus berjaya akhirat dan dunia. Jadikan solat kita itu, ADA ROHG.. kerana ia BEKALAN, KEKUATAN kita. Kerana di masa itulah kita berkata-kata dengan Allah. Setuju??? ^_^

Dan tertarik dengan susunan ayat indah ini,mari rujuk Al-baqarah : 45 dan 153; pada kedua-duanya Allah kata:

"..mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.."

Erm, menarik. Maknanya Allah nak cakap, solat pun kita kena bersabar. Herm, betapa berat solat itu, patutlah ia menjadi bekalan kita. Hah! Di akhirat dan di alam kubur juga,ia adalah yang pertama di tanya. Nampak sangatlah ianya terlalu...terlalu...terlalu.. PENTING!!!

dan dalam ayat Al-baqarah : 45 dan sambungannyer sehingga ayat 46:

"...Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, (iaitu) mereka yang yakin bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya"

Nampak tak?

Allah sendiri kata solat tu berat....

Tapi..

ada kecuali, iaitu orang-orang yang khusyuk..

Herm...

Payah tu nak khusyuk.. Nangis kalau fikirkan. Apa tidaknya kepala asyik serabut dengan hal dunia, macamana nak khusyuk? Herm.. Soalan yang tiada jawapan :(

Susunan takdir Allah yang sangat sweet, ayat ini dibaca entah kali keberapa termasuk yang kali ini namun kali ini ia sedikit berbeza..

" (iaitu) mereka yang yakin bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya"

Yup, itulah orang-orang yang khusyuk. Terang-terang Allah beritahu.

Anda yakinkan?

Nah, andalah orangnya..

Fikirkan-fikirkan..

Selamat beramal... ups silap.. Mari kita sama-sama beramal.. ^_^

Tuesday, December 21, 2010

Sebuah Penciptaan Satu Ketentuan


Ingin ku cerita...
Di celah-celah derita
Terselit sebuah cahaya
Memberi hidup lebih makna
Mewangi indah haruman Setangi Syurga

Tahukah dikau..
Tercipta ia tidak ku duga
Satu anugerah dari Yang Esa
Terjalin indah sebuah ukhwah
Insan terpilih penuh barakah

Ketika...
Saat hadir dirimu
Terukir senyuman atas seribu rahmat

Dan tibanya...
Hilang dirimu
Sedaya disambut seribu pengertian

Dikau perlu tahu...
Tak perlu dititip salam sayang
Tidak sedikit diri berdendam
Jalan di depan masih panjang
Yang berjuang akan menang
Yang mengalah pasti rebah

Yang terindah...
Cinta kita kerana Allah
Sebuah penciptaan yang terindah
~ bulatan cinta~

Sunday, November 21, 2010

Sayang si akhwat's kerana Allah..


Bismillah...

kata akhwat...

"Ya Allah.. jadikanlah hati-hati kami tunduk merendahkan diri kerana takut kepada Mu.. dan jadikanlah mata-mata kami mengalirkan air mata kerana takutkan Mu.. dan jadikanlah kami wahai tuhai dari golongan orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang mendapat keampunan .." amin..

kata akhwat's lagi...

"dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada" (57:4)

Jika bersedih,Dia ada untukmu mengadu. Jika kesusahan, Dia ada sebagai pelindung dan penolong. Ingat dan berharaplah hanya kepada-Nya". Rindu ukhti..

pesanan akhwat's..

"keimanan yang benar menjadikan perjalanan hidup umpama sebuah kisah dalam kehidupan. Pengorbanan menukar ujian pahit menjadi satu kenangan manis. Kesabaran menjadikan segala beban yang ditanggung, ringan dan mudah. Keyakinan pada janji-janji Allah menjadikan jiwa tenang ketika perjalanan begitu sukar dan kerinduan pada-Nya menjadi pembakar semangat setiap kali berdepan dengan kegagalan dan ujian berat"
~salam ukhwah sekenjang dakwan.. insyaAllah~

akhwat's mendoakan..

"Ya, Rabbi. ku titipkan rindu untuk saudaraku yang selalu menghembuskan nafas-nafas iman islam Mu. Jadikan dia insan solehah yang selalu mendapat kasih sayang Mu. Jadikan dia muslimah yang sentiasa menjaga izzah addin Mu. Ya Allah, sayangilah, cintailah, ampunilah, brakahilah dan masukanlah dia dalam jannah Mu.." Salam ukhwah filllah, i Love you..


titipan akhwat's...

"teman yang solehah malunya pada kurangnya amalan, beraninya pada kebenaran, cintanya berlandaskan iman, rindunya pada janji-janji Tuhan, tetap dihatinya tertanam taqwa dan keimanan.."

amin ya rabb...

Friday, November 19, 2010

Katakan "awak, kamu, dia, saya; kuat..."


"Ketika Allah menciptakan bumi, bumi itu dalam keadaan goncang dan miring, kemudian dimantapkan dengan menancapkan gunung-gunung di atasnya. Pada masa itu para malaikat menyaksikan kekuatan gunung-gunung raksasa, lalu bertanya; ' Ya Allah. apakah Engkau menciptakan makhluk yang lagi kuat daripada gunung-gunung?' Allah menjawab ;'Ya,besi.' Para malaikat bertanya lagi;'Ya Allah, apakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih kuat daripada besi?' Allah menjawab;'Ya, api.' Para malaikat bertanya lagi;'Ya Allah, apakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih kuat daripada api?' Allah menjawab;'Ya, air.' Para malaikat bertanya lagi; 'Ya Allah apakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih kuat daripada air?' Allah menjawab;'Ya, angin' Para malaikat bertanya lagi;'Ya Allah,apakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih kuat daripada angin?' Alllah menjawab;'Ya. Anak Adam apabila mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya dan menyembunyikan sedekah itu dari tangan kirinya."

Tuesday, May 25, 2010

sekadar Menyapa..

bismillah..

salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahlul bait dan sahabat-sahabat baginda..

sekeping hati dibawa belari...
jauh melalui jalan yang sepi..
jalan kebenaran luas terbentang..
di depan mata para pejuang...
tapi jalan kebenaran ..
tak akan selamanya sunyi..
ada ujian yang datang melanda..
ada perangkap menunggu mangsa...
..............................
jalan panjang..:::
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba..
p/s : afwan, tak dapat meng' update blog.. Abu Dzar (laptop) di tangan orang lain.. (",)

Thursday, March 25, 2010

berita gembira buat para muslim

Bismillah hirrahman nirrahim...

Ingin ana kongsi bersama kalian...

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: " Allah berfirman, jika hamba-Ku berniat melakukan keburukan, jangan kalian (para malaikat) catat kesalahannya hingga ia melakukannya. Jika ia telah melakukannya, tulislah dengan semisalnya. Jika ia meninggalkannya kerana-Ku, tulislah untuknya satu kebaikan. Jika ia berniat melakukan kebaikan dan belum melakukannya, tulislah untuknya satu kebaikan. Jika telah melakukannya, tulislah untuknya (ganjaran) sepuluh kali ganda hingga 700 kali ganda".. (riwayat Bukhari dan Muslim)


kiriman dari teman:

Suatu hari Abu Syuraih berjalan lalu menangis. Dia ditanya, "Mengapa engkau menangis?" Dia menjawab,"Aku memikirkan hilangnya umurku,sedikitnya amalku dan telah dekatnya ajalku." Abu Sulaiman berkata,"Biasakan matamu menangis dan hatimu merenung." Dia berkata lg, "Memikirkan dunia merupakan hijab Akhirat memikirkan akhirat membuahkan hikmah dan menghidupkan hati."

Nabi Daud as berkata:

"Ya Tuhan, jika Engkau melihat aku terlewat ke majlis zikir ( kpd ALLAH) dan pergi ke majlis org2 lalai, maka pecahkan kedua kakiku. Bukan mereka. Sesungguhnya itu merupakan nikmat yg Engkau berikan padaku

Monday, January 4, 2010

Hati ~~ kekuatan


BISMILLAH HIRRAHMANNIRRAHIM

pesan pd hati,sekiranya kau peroleh kejayaan,janganlah kau berbangga diri kerana kejayaan itu pinjaman Allah&bila2 masa sahaja boleh ditarik balik.pesan juga pada hati,sekiranya kau menghadapi kegagalan,ini merupakn satu bentuk ujian untuk menguji sejauh mana kau tabah menghadapinya dan kemudian bangkit berdiri

kiriman kali ini bukan berbentuk hadith atau dari ayat suci Al_Quran namun ia mungkin dari hati yang bermonolog untuk menguatkan seorang da'i.. hu2.. tiber2 teringat kelas Kemahiran Berfikir, dimana pensyarah ada mengatakan bahawa orang islam ada satu kecerdasan yang tak dapat diukur iaitu kita akan sentiasa bermonolog dalam diri untuk memberikan semangat pada roh kita atau dalam kata lain kepada hati kita..

hah.. betol3...


ohyer, kiriman di atas juga mengingatkan ana tentang kata2 seorang akhawat :

''Andai didapati kebaikan dari seseorang janganlah dipuji selagi ia belum mati kerana kita tidak tahu bagaimana pengakhirannya, gantikanlah ia dengan doa berpanjangan agar akhirnya sampai ke syurga- qudama''

hah, samalah dengan kejayaan yang kita perolehi dengan izin Allah SWT... if ada lah orang puji kiter, mintak pada dia tuk doakan kita.. sebenarnyer ana selalu tak reti nak jawab if terima satu pujian.. Astagfirullah hal a'zim, hati ni memang kena selalu beristighfar lantas riak cuber menguasai diri..muhasabah diri.. hah, so jawapan terbaru ana adalah " alhamdulillah, rezeki. Allah SWT dah tetapkan".. herm jawapan ini bagi yang faham dan rapat dengan ana mereka pasti akan jawab " betol2.. kita usaha jer".. so sweet.. love u lah.. namun bagi yang sangat2 rapat ana akan luahkan kata2 di atas... (",)

"setiap yang bernyawa akan merasakan mati, Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada kami"
Al-Anbiya' : 35

kita akan sentiasa diuji sama ada dengan kebaikan atau keburukan. Namun setiap ujian yang diterima sebagai muslim apa2 yang terjadi pada kita, kita harus kembali kepada ALlah SWT supaya kita tergolong dalam golongan yang diluluskan ujian tersebut.. balasannya pasti semua orang dah tahu kan..

"Dan orang2 yang beriman dan mengerjakan kebajikan, sungguh mereka akan Kami tempatkan pada tempat2 yang tinggi (di dalam Syurga) yang mengalir di bawahnya sungai2, mereka kekal di dalamnya. Itulah sebaik-baik balasan bagi orang2 yang berbuat kebajikan"
Al-'Ankabut: 58

sebenarnyer der lagi ayat yg best.. erm,tapi tak ingat ayat berapa.. dan akhir ayat tu cakap " tuk menguji siapakah diantara kamu yang benar2 beriman".. lebih kurang ler.. nak tambah?? sila2...

dan if bercakap bab hati ni memang susah sket.. hati tulah nak berkasih sayang, hati tu lah nak rindu dendam, hati tu lah nak curheart dan hati tu lah nak bertaqwa.. hati yang satu tul ah.. aduhai, memang kena jaga hati yang satu tu.. sebab dia adalah raja dalam diri kita...

camner nak jaga???

"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram"
Ar-Ra'd:28

senang kata.. jaga hubungan dengan Allah (pesan paling keras buat diri sendiri).. tulah, ni yang mula nak curheart ni.. erm, tapi takut lain plak mode coretan pada kali ini.he2.. xper2, curheart dekat akhawat2 fillah jer nnti.. pe2 doakan ana k..

kekuatan da'i :

Dengan nama Allah Yang MAha Pemurah, Maha Penyayang
1. Wahai orang yang berselimut

2. Bangunlah (untuk salat) pada malam hari, kecuali sebahagian kecil
3. iaitu separuhnya atau kurang sedikit dari itu

4. Atau lebih dari (seperdua) itu, dan bacalah Al-Quran itu dengan perlahan-lahan

5. sesunggunya Kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu
6. Sungguh, bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa) dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan..
Al-muzammil : 1-6

so ulul albab..
think..
do it!

come on khatijah..
Allahuakhbar!!!!!!!

Thursday, December 31, 2009

Bahagia.. siapa??


Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, daripada Suhaib radhiyallaahu ‘anhu beliau berkata, suatu ketika Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk bersama para sahabatnya dan tiba-tiba Baginda ketawa. (Melihatkan keadaan sahabat yang terkejut) Baginda berkata: Apakah kamu tidak mahu bertanyakan aku apa yang menyebabkan aku ketawa? Mereka berkata: Ya Rasulullah, mengapa engkau ketawa?Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda: Ajaib sungguh perihal seorang mukmin. Semuanya baik belaka untuk dirinya. Jika dia mendapat sesuatu yang disukainya, dia memuji Allah lalu hal itu menjadi kebaikan buatnya. Dan jika dia ditimpa sesuatu yang dibencinya, dia bersabar. Lalu hal itu menjadi kebaikan buatnya. Bukan semua orang yang boleh menjadikan segala perkara adalah baik untuknya kecuali MUKMIN

kiriman dari sahabat ini mengingatkan tentang beberapa slot dalam daurah ISK tuk adik2 beberapa bulan yg lepas..iaitu tentang sunnatullah, dakwah vs belajar dan berserah totally pada yang Maha Esa (byklah plak berkait yer.. hu2..)

sebenaryer semenjak duduk dalam jalan panjang ni, dah banyak kali join ISK.. tp setiap kali pergi pasti der sstu yg baru tuk dibawa pulang.. betollah kata seorang akhawat..

" even kita dah dengar berjuta kali pun sstu tajuk tu tapi apabila kita melangkah untuk ke pogram tersebut kita perlu set kan diri untuk mendegar dan menerima dengan hati yg terbuka kerana mungkin pada saat ketika yg lepas kita hanya dapat memahami dan mengaplikasikan beberapa perkara yg disampaikan. dan pada kali ini kita mohon dgn Allah agar memberi kita kefahaman lain yang sepatutnye kita dapat.. ameen.. kan ada dalam satu hadith mengatakan bhw, 'sesiapa yg Allah kehendaki darinya kebaikan, dia akan diberi faham dalam pd agama'.."

dan seingat ana, ini adalah kali ke ntahlah tak ingat .. tp lebih dari 3 or 4.. dan memang betol ana dapat sesuatu yg baru.. dimana ana telah mendapat kefahaman yg baru dan benar tentang sunatullah.. he2.. (berkerut dahi murobbi biler ana sharing dlm family ARJ..ngeh2..)..pe2 pun ana bersyukur kerana ana diizinkan Allh untuk hadir pada hari itu.. even sebagai pembantu yg kurang membantu... :P

---> Sunatullah ?? cerita mudahnyer.. jika kita lapar kita kene buat apa?
makan!!!
Hah, betul2.. kita kena makan supaya kenyang.. tu sunatullah yg semua org tahu kan.. tapi even kita makan tuk kenyang tapi belum tentu kita akan kenyang. sebab Allah yang selayaknyer memberi rasa kenyang tu.. kalau Allah kata kita takkan kenyang, maka ia akan terjadi seperti yg telah Allah tentukan.. so, berserah diri sahajah pada Allah.. (sebelum makan kita kena ingat Allah )..
oooooooooooooo...
he2.. :)

ohye, de seorang akhawat bagitau pada ana bahawa makanan untuk seornag cukup untuk dua orang.. sharing is caring.. caring is loving.. (^_^) jazakillah, i will remeber that..

baiklah pergi kepada sesuatu yg ana dapat dalam daurah itu yg seiring dan sejalan dgn sabda Rasulullah SAW di atas, dimana penyampai pada hari itu ada memperkatakan tentang pe2 yang berlaku pada kita adalah yang terbaik buat kita.. alah, macam dalam surah Al-Baqarah ayat 216 tu..

.... tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sstu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sstu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah menbegtahu sedang kamu tidak mengetahui.

sebab tu lah orang mukmin ni beruntung dan selalu bahagia.. sebab per yg jadi pada dia, pasti dia kembali kepada Allah SWT dan redha kerana dia mengetahui bahawa apa yang Allah SWT tetapkan adalah yg terbaik buat dirinya... dan don't worry, urusan dunia Allah SWT yg aturkan untuk kita.. berserah dirilah kepada Allah, pasti hati kita akan tenang... (even kadang2 diri melatah dgn sstu keadaan.. ampun ya Allah)...

for akhawat2 yang menyampaikan ... jazakumullah.. love u all filah ..


Wednesday, December 9, 2009

(^_^)


Buat akhwat trsayang, Perempuan yang suci adalah perempuan yang di jaga oleh ALLAH,tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya...Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita?Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita" "Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki ,bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya..Mengapa masih ragu-ragu?" "Kekuatan usah di tunggu tapi harus dicari" Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan... "Sebesar-besar dosa adalah dosa yang di lakukan ketika rasa berdosa melakukannya" -Imam Ghazali-

Semoga Keredhaan Allah sentiasa bersama kalian.. ku titpkan klata2 ini kerana ia sgt menyentuh hati.. terima kasih kepada pengirimnya.. Jazakallah..

Wednesday, September 16, 2009

...salam Lebaran....


dengan lafaz bismillah... dengan rasa kerdil ana mohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan ana...

Wednesday, February 25, 2009

ALhamdulillah

Nik Nur Insyirah selamat dilahirkan pada 14 Februari 2009.

he2.. Tuk kali ke dua diriku memberikan namer yang indah pada anak2 sedara ku (perasan bagus..hu2).. perkenalkan Nik Nur Insyirah.. cahaya Ketenangan..

1_250983850l.jpg

surah al-Insyirah diturunkan kepada Rasulullah SAW utk memujuk hati Rasulullah SAW yg dalam kesedihan kerana telah lama tidak menerima wahyu dari yg Maha Esa.. Sgt sweet kan.. So, semoga Nik Nur Insyirah akan mmbawa sinar ketenangan kepada keluarga


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...