"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie

"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"

~ muhasabah diri~

Sunday, September 29, 2013

..aku, Dia dan alam..

Alhamdulillah...
Baru pulang dari beraktiviti bersama akhawat fillah..

Ia suatu 'ketika' yang berharga dan indah sekali..
Terima kasih Allah kerana izinkan diri ini untuk bersama-sama mereka..

Dan kadang ketika itu.
Sering merasa..
Hati ini begitu mensyukuri dalam sedu..
Lantaran diri ini selalu leka dan penuh dosa..
Namun, Engkau izinkan jua diri ini untuk terus bersama..
Terima kasih Allah..
Terima kasih Allah..
Terima kasih Allah..

..............

Sajak ku dari sesi taddabur alam..

Begitulah hati seorang manusia,
Yang hanya mampu diselami Yang Maha Esa,
Di mana lemahnya dan jua kekuatannya,
Hanya Dia memilikinya,
Mengetahui cara memujuknya,
Mengetahui cara menukar duka menjelma bahagian,
Sebagai asbab semakin dekat dengan-Nya,

Maka dicipta alam seindah rupa,
Tatkala dipandang tiada cacatnya,
Mata terus menatap, 
Hati terus mengharap,
Ketenangan perlahan-lahan datang menyerap,
Alunan zikir sungai mengalir,
Deruan angin mengucap takbir,
Senyuman manis terus terukir,
Ribuan Rahmat yang sukar ditafsir.




Sunday, September 1, 2013

Sayang

Assalamu'alaikum w.b.t..

Semoga pertemuan kali ini kita sentiasa berada dalam lindungan kasih dan redha illahi.. Alhamdulillah saya, kamu dan dia masih diberikan masa untuk terus beramal bagi menempah syurga dengan Rahmat dari Illahi.

Hari ini bertarikh 1.September.2013... Semalam adalah tarihk keramat bagi negara kita Malaysia malah menjadi tarikh yang bermakna bagi mereka yang telah melangkah ke fasa hidup yang seterusnya iaitu alam rumah tangga. Herm, teramatlah banyak jemputan kenduri pada tanggal 31.Ogos. yang lepas. Semoga setiap pasangan yang telah selamat diijabkabulkan dengan bersaksikan Allah, hidup bahagian dan dirahmati Allah hingga ke syurga.

Maka bertambah seorang lagi insan yang perlu disayangi dalam kehidupan seorang isteri/suami. Ya, perlu disayangi.

Mudah untuk menuturkan kata-kata ' Saya sayangkan kamu, I Love You, Saya mencintai kamu' dan lain-lain ungkapan yang membawa maksud anda menyayangi dan mencintai seseorang yang ada dalam kehidupan anda. Namun apakah sayang kita itu betul caranya?

Menjaga dirinya agar tidak dicederakan, menjaga hatinya agar tidak dikewakan dan menjaga seluruh hidupnya semampu kita agar dia sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera. Ya, jika itu caranya ia benar kamu, dia dan saya mencintai dan menyayangi si dia yang bermakna dalam kehidupan kita.

Saya cukup merasa bangga dan gembira apabila melihat seseorang itu begitu menyayangi insan-insan yang berada di sisi-sisinya. Namun, saya sedih dan terkilan apabila ia menyayangi dengan cara yang tidak kena.

Sayang itu harus bermakna anda mahukan  SYURGA buatnya.

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya pula malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan” (At-Tahrim : 6)

Ya, syurga.

Jangan berpakaian cantik yang melanggar syariat demi kebahagiaan si dia..

Kadang-kadang kita tak sampai hati ingin menegur si dia kerana risau dia akan berkecil hati..
Kadang-kadang kita tak sampai hati ingin kejutkan si dia kerana dia kelihatan begitu letih dengan kerjanya..
Kadang-kadang kita tak sampai hati ingin menghalang si dia melakukan apa yang diminatinya kerana risau dia menarik muka..

Segalanya rasa tak sampai hati untuk membawa si dia ke arah kebaikan, semata-mata inginkan bahagian di dunia yang sementara ini. Benarlah kata si dia;


Jannah itu jauh..
tapi ia pasti..

Dunia itu dekat
namun ia hanya ilusi...


Memang rasa tak sampai hati namun kerana sayangkan dia, maka hati harus dikuatkan demi syurga buat kita, kamu dan dia walau ia nampak luar biasa.

Jangan berani kata sayang jika kita, dia dan kamu biarkan si dia menuju neraka!!!

Ya Allah kuatkan hambamu untuk terus menjaga ibadah dan iman menuju syurgaMu, amin ya Rahman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...