"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie

"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"

~ muhasabah diri~

Monday, October 17, 2011

Sabar Dan Solat


بسم الله الرحمن الرحيم

Lama tidak menulis di sini, semoga Allah sentiasa ada dalam setiap langkah kita..


Kesibukan dalam menyesuaikan diri berdepan dengan lima amali pada semester ini menjadikan diri ini 'perasan sibuk'..

Semoga kesibukan itu tidak melalaikan diri saya, doakan... (-_-) amin,...

Jika dilihat pada tajuk, ia seperti ungkapan-ungkapan biasa yang saya sebutkan di sini iaitu 'SABAR'..dan 'SoLAT'..

Ya, perkara asas atau basic tapi kadang-kadang kita ambil remeh perkara itu, padahal di situlah bekalan kita untuk terus berjaya akhirat dan dunia. Jadikan solat kita itu, ADA ROHG.. kerana ia BEKALAN, KEKUATAN kita. Kerana di masa itulah kita berkata-kata dengan Allah. Setuju??? ^_^

Dan tertarik dengan susunan ayat indah ini,mari rujuk Al-baqarah : 45 dan 153; pada kedua-duanya Allah kata:

"..mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.."

Erm, menarik. Maknanya Allah nak cakap, solat pun kita kena bersabar. Herm, betapa berat solat itu, patutlah ia menjadi bekalan kita. Hah! Di akhirat dan di alam kubur juga,ia adalah yang pertama di tanya. Nampak sangatlah ianya terlalu...terlalu...terlalu.. PENTING!!!

dan dalam ayat Al-baqarah : 45 dan sambungannyer sehingga ayat 46:

"...Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, (iaitu) mereka yang yakin bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya"

Nampak tak?

Allah sendiri kata solat tu berat....

Tapi..

ada kecuali, iaitu orang-orang yang khusyuk..

Herm...

Payah tu nak khusyuk.. Nangis kalau fikirkan. Apa tidaknya kepala asyik serabut dengan hal dunia, macamana nak khusyuk? Herm.. Soalan yang tiada jawapan :(

Susunan takdir Allah yang sangat sweet, ayat ini dibaca entah kali keberapa termasuk yang kali ini namun kali ini ia sedikit berbeza..

" (iaitu) mereka yang yakin bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya"

Yup, itulah orang-orang yang khusyuk. Terang-terang Allah beritahu.

Anda yakinkan?

Nah, andalah orangnya..

Fikirkan-fikirkan..

Selamat beramal... ups silap.. Mari kita sama-sama beramal.. ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...