"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie

"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"

~ muhasabah diri~

Thursday, December 23, 2010

Sebuah Perjalanan


Alhamdulillah kerana diberi peluang yang indah ini.

Ini adalah jaulah pertama saya di semenanjung, sebelum ini tak ada kesempatan untuk menyertai.

Pahang --> Rawang --> Shah Alam --> Subang -->Melaka -->Johor --> Serdang --> Rawang --> Pahang


Perjalanan yang hebat bukan??

Sekarang dah kena selsema, musim hujan duduk lama dalam kereta yang sejuk maka jadilah begini. Dan macam ini lah selalu yang terjadi, dah macam normal plak.
Pelik tapi benar. Alhamdulillah juga tanda Allah masih sayang.

Kembali kepada cerita jaulah. Dari jaulah itu, pelbagai cahaya yang dapat saya kutip sebagai penyuluh jalan yang gelap di depan. Hah kenapa saya kata gelap? Tak apa, saya jawab sendiri ok. Sebab hanya Allah Yang Maha mengetahui apa yang dah berlaku, sedang berlaku dan bakal berlaku.

He, jawapan skema. ^_^

Kita mudahkan cerita, terus kepada apa yang bercahaya tu. ^-^ Erm, bagi saya ia cahaya, bagi orang lain mungkin ia sekadar kelip-kelip.


Kasih sayang mencurah-curah
Gurau senda pengikat ukhwah
Tazkirah penghibur hati yang resah
Hati terus berbunga indah
Langkah musafir jadi ibadah
Mujahadah mengejar mardhatillah


Perjalanan ini dirancang bagi memenuhi hak akhwat's fillah yang telah melangkah ke tangga seterusnya iaitu Baitul Muslim. Tahniah, semoga langkah kalian semakin panjang dan diberkhati Allah SWT. Ohya, kami juga sempat menziarahi seorang akhwat yang telah dikurniakan seorang puteri yang telah diberi nama Tasneem dan menariknya diaman tahun nii kami ada dua orang Tasneem. ^_^ erm, seronok kan???


Sewaktu dalam perjalanan pergi,

Di dalam kereta saya dapat mengenali diri akhwat dengan lebih mendalam dengan cara yang istimewa. Mengetahui sesuatu yang saya sendiri tidak sangka. Hehe, bak kata seorang akhwat kepada mereka;
"Muka nampak skema, tapi nakal.Sukar untuk dikesan". Sangat
sweet, bahagia bersama mereka. Perjalanan penuh dengan gelak tawa dan yang paling saya kagumi; saya adalah sebahagian dari mereka yang menjadi penunjuk jalan. Bangganya dengan diri saya. Haha. Syabas Khatijah ^_^

Alhamdulillah, perjalanan sangat dipermudahkan walaupun ada tersesat sikit semasa di Batu Pahat. Kami bertolak pulang selepas dan usai solat asar sampai di Kuala Lumpur dalam jam 9.30 malam dan mungkin lebih. Hati yang resah memikirkan perjalanan pulang ke Rawang dengan menaiki KTM tak dapat disembunyikan. Murobbi yang melihat terus menyalurkan kasih sayang kepada diri ini. Aduhai, siapa yang tak bahagia.

Ingin pulang ke Rawang..

Seorang akhwat telah menawarkan diri untuk menumpangkan sampai ke KL central, sangat bersyukur kerana ia akan memudahkan perjalanan ke Rawang. Namun sesuatu yang tak disangka berlaku dan dengan besar hati akhwat menawarkan diri untuk menghantar saya sampai ke Rawang. Subhanallah, inilah indahnya uhkwah fillah.

Semasa dalam perjalanan, macam-macam cerita yang kami kongsi. Yang melemahkan dan menguatkan. Dia banyak mengigatkan saya tentang pengorbanan dan tujuan sebenar untuk melangkah ke alam perkahwinan. Erm, banyak cerita dan sukar untuk diceritakan semula. Apa yang perlu saya akui " Sharing is caring"


Tuesday, December 21, 2010

Sebuah Penciptaan Satu Ketentuan


Ingin ku cerita...
Di celah-celah derita
Terselit sebuah cahaya
Memberi hidup lebih makna
Mewangi indah haruman Setangi Syurga

Tahukah dikau..
Tercipta ia tidak ku duga
Satu anugerah dari Yang Esa
Terjalin indah sebuah ukhwah
Insan terpilih penuh barakah

Ketika...
Saat hadir dirimu
Terukir senyuman atas seribu rahmat

Dan tibanya...
Hilang dirimu
Sedaya disambut seribu pengertian

Dikau perlu tahu...
Tak perlu dititip salam sayang
Tidak sedikit diri berdendam
Jalan di depan masih panjang
Yang berjuang akan menang
Yang mengalah pasti rebah

Yang terindah...
Cinta kita kerana Allah
Sebuah penciptaan yang terindah
~ bulatan cinta~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...