"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie

"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"

~ muhasabah diri~

Thursday, October 29, 2009

Penyakit di Jalan Panjang

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..


selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahlul bait serta sahabat2 bagunda,, jazakallah (",)


Jalan panjang menghadapi masalah apabila si penunjuk arah tidak mengambil berat terhadapnya dan tidak tahu apa ubatnya lantaran si penunjuk arah membiarkan fikiran negatif menguasai. Sikap si penunjuk arah yang menunggu arahan dan perintah adalah sifat negatif ang berbahaya. Tahukah dia, bahawa dengan menganggap bahawa die seorang jundi yang menjaga perjuangannya, bersiap sedia untuk diperintah oleh si atasanya, adalah merupakan annggapan yang tidak benar.


Kemungkinan si atasan salah dalam merungkai sesuatu masalah, sementara si penunjuk arah yang tidak proaktif melihat kesalahan si atasan di depan mata. Tetapi si penunjuk arah tidak mahu memberi si atasan teguran atau nasihat sambil mengatakan kepada si hati:


”Adakah saya lebih tahu dari individu si atasan?”

”Sudah pasti individu si atsan lebih tahu daripada dirinya akan kesalahan dan kebenaran.”

”Tambahan pula tidak seorang pun yang meminta pendapat dan pandangan dari saya.”


Seandainya begitu memang si penunjuk arah memiliki angapan yang tidak berasas yang tidak dianggap konkrit dan tidak ada maslahatnya samada untuk jalan panjang mahupun untuk dirinya.


sedikit kata2 dari Sayyid Qutb:


"sesungguhnya Allah memilih anda untuk mengembangkan amanah 'jalan panjang' ini adalah merupakan suatu kemulian dan kurnian dari-Nya.Apabila anda tidak berusaha menjadi individu yang layak mengembangkannya, apabila anda tidak bangkit dengan bebanan kemuliaan ini, apabila anda tidak mengetahui tingginya nilai daripada apa yang hina. Maka Allah akan mencabut kurnian itu dan akan diberikan kepada individu selain anda yang dapat menghargai keutamaan Allah"


p/s: takut dgn kata2 di atas.. dalam al-quran Allah der bg peringatan mcm tu (tak ingat ayat mana)



Tuesday, October 20, 2009

.. Tertekan?? Jangannnnnnnnn...



Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Ahlul Bait serta sahabat2 baginda yang dirahmati Allah…

Dah lama tak menulis. He2 bukan sebab sibuk tapi kurang spirit nak menulis.. erm, jarang hal sihir bussy kan diri ni.. ada jer masa lapang nak wat kerja Raheb if der kemahuan nak buat.. namun bebarapa hari lalau diri nin berada dlm mode lemah… roh yang lemah.. :P

Minggu ni, semua student bussy dengan demam finale yang telah menyerang .. ngeh2.. tekanan.. tekanan..tekanan.. itulah.. if difikirkan sangat resultnyer memanglah kita akan merasa tertekan.. buat teman,usahlah rasa tertekan dg finale tu k, sebab keputusan Allah dah tetapkan. kita hanya perlu berusaha..dan ingat juga duhai teman bahawa usaha anda takkan memberi kesan langsung kepada keputusan yg telah ditetapkan oleh Allah.. dan ingatlah jua bahawa kita dinilai dari usaha bukan hasilnya sebab tu hasil tu jangan difikir.. itu urusan Allah, yakinlah bahawa setiap yang berlaku adalah terbaik buat kita kerana “ Allah is the best planner”.. lantaran dunia hanya senda gurau dan sementara.. (if rasa nk dengar lebih bleh YM ana k. biar ana bentang hadith pada kalian k).


Bagi ana pula.. tertekan memang ana rasa tertekan.. nak tau kenapa?? sebab ana takut dengan ayat ni


“ seorang individu muslim perlu melakukan tugas yang dipikul dengan bersunggguh-sungguh”


Herm, itu termasuk dalam 10 muwasafat tu.. bukan apa, ana risau diri ana tidak melakukan sesuatu tugas dengan sehabis baik.. sedangkan Allah nilai kita dari usaha kita.. if cincai maka cincailah nilaian yang kita terima.. sedih tu.. :( kadang2 diri ini terleka dipujuk nafsu malas yang menyerang diri.. :P


Akhir kalam.. selamat bermujahadah dalam mode imtihan.. :D
p/s: usaha keras!! haiyak!! Allahuakhbar!!!!!!!!!

Monday, October 12, 2009

Khusnul Zhon...

Al-quran ini beberapa perkara keatas dirimu:
(1) Belajarlah Al quran sehingga betul bacaan dan sifat hurufnya
(2) Belajarlah Al quran sehingga faham isi kandungannya
(3) Belajarlah Al quran sehingga boleh beramal didalam dirimu
(4) Belajarlah Al quran sehingga boleh menghafal dan Al quran boleh menumpang didalam dadamu,kerana kalam Allah lebih hebat dari segala2nya
(5) Belajarlah Al quran sehingga boleh mengajar Al quran -(nabi saw bersabda sebaik2 manusia ialah beliau yg belajar Al quran dan mengajar Al quran

jadilah seperti lebah, makan daripada sumber yang baik dan mengeluarkan hasil yang baik dan manis pula. Bila ia hinggap di ranting, tidaklah pula sampai mematahkannya, menghisap pati bunga tanpa menyegatnya, mengeluarkan madu tanpa juga tanpa menyengatnya, terbang dengan sebaran debu kecintaan, lalu hinggap membawa kasih sayang. Bersara dengungan bagaikan mebawa berita gembira dan suara desingan umpama ungkapan kesyukuran, ia seakan malaikat dari langit yang turun ke bumi dari alam yang kekal..

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma'aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”
(al-Baqarah : 286)


Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu: * Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. * Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. * Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat(yg lima waktu). * Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.



Tarbiah Buat Ramadhanku:


Tazkirah Ramadhan: Dari Abu Hurairah R.A: Rasulullah SAW bersabda: "Puasa itu perisai,maka tidak boleh berkata kotor dan tidak boleh berbuat bodoh,jika seseorang itu memeranginya atau mencacinya,maka hendaklah ia berkata" Aku berpuasa" Aku berpuasa".Demi jiwaku didalam kekuasaanNya sesunggunya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum disisi Allah dari haruman kasturi.(Allah berfirman)"Orang yang berpuasa itu meninggalkan makan,minum serta syahwatnya keranaKu,dan aku yang akan memberi ganjarannya".dan satu kebaikan itu dilipat ganda seumpama sepuluh..H.R BUKHARI


Daripada ‘Aishah r.anha berkata,“Ya Rasulullah! Beritahulah kepada aku sekiranya aku tahu malam manakah Lailatulqadar,apakah doa yang sepatutnya aku pohon?”Baginda S.A.W. bersaba,“Katakanlah : (Allhumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anna)Ya Allah sesunnguhnya Engkaulah Maha Pengampun dan Engkaulah sukakan pengampunan,maka ampunilah daku.”Riwayat Ahmad,Ibn Majah dan At-Tirmizi.Jadi kawan2,marilah kita bersama2 mengamalkan doa ini..Mudah2an semua dosa kita yg lalu diampunkan ALLAH s.w.t..insyaALLAH



tiada lagi.....pasti da yg salah pada tingkahku.............


...Pengorbanan??...

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang...


Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammmad SAW, ahlul bait serta kaum kerabat baginda...


Erm.. beginilah selalunya.. per yang dirasa di sini ana luahkan.. jika dibiar terpendam di hati ini.. lukanya pasti semakin parah dan diri ana menjadi semakin lemah... pedih, sakit .. huawwwwww.... rasa nak nangis..


Hari ini awal2 pagi bersama-sama teman menyiapkan banner tuk program kami.. Alhamdulillah ia dapat disempurnakan.. seronok dapat meluangkan masa dgn kawan2 sambil bercerita.. dapatlah diselitkan dgn ilmu berguna. Even tak banyak .. i was try my best..


Kemudian.. sedang asyik menunjukkan bakat masing2 yang kurang bakat tu.. tibe2 dtg sekumpulan penari yg nak buat latihan di dewan tersebut.. hati ana agak terganggu.. ntahlah, ana pun tak pasti kenapa.. marah mungkin..


Maka bermula aksi melentik dan melentok.. disebabkan malas nak melayan perasaaan ana terua ambil berus warna dan mula menyibukkan diri dengan menambah apa yang patut manakala kawan2 yg lain sedang asyik melihat aksi2 yang free dihadapan mereka..


”wah, selamba dia jer”.. rengek seorang kawan apabila melihat seorang penari dipijak kedua-dua pehanya oleh jurulatih mereka.kononnya demi mendapatkan badan yang fleksibel, agar lenggang, lentik dan lenggoknyer nampak lebih sempurna... : p itulah yang ana dengar dari perbualan mereka..


”Subhanallah, sanggup diorang menahan kesakitan dipijak. Pengorbanan jenis apa tu??”.. rungut hati kecil ini.. kagum?? Tak jugak?? Konfius mungkin.. jauh di sudut hati, ana rasa sedih yang amat sangat.. dan tibe2 teringat perjuangan srikandi Sumaiyyah yang sanggup bergadai nyawa demi agama yang tercinta agar dirinya dapat bertemu yang dirindui dgn wajah yang ceria di sana nanti.. tapi pengorbanan penari2 tu?? Ya Allah berilah hidayah kepada mereka..


Penari2 tu sanggup menanggung kesakitan itu?? diri ana?? Pe yang ana dah berkorban, apa sakit yang ana tanggung?? Ini tak boleh jadi, ana perlu lebih sanggup berkorban daripada mereka. Yup! demi melawan jahiliah yang semakin marak di muka bumi ini.. ana perlu lebih sanggup berkorban.. kerana ana yakin dengan pe yg ana pegang.. Allahuakhbar!!!

air mata tak dapat ku tahan lagi..


Dan lebih mengejutkan lagi apabila lagu yang mengiringi tarian mereka berkisarkan tentang kisah Adam dan Hawa... dan terdengar alunan zikir dan selawat.. Muka yang marah tak dapat ditahan.. apa maksud diorng??. adakah mereka ingin memberitahu semua orang bahawa agama membenarkan apa yang mereka lakukan??? Bencinyerrrrrrrrrrrrrrrrr......


tak kira!! HAQ dan BATIL takkan boleh bercampur. even, kalian terinjak-injak dgn diiringi lagu yang islamik tapi kalian tetap salah!!!


Wah, alangkah indahnya jika ana mampu berkata demikian dihadapan mereka... namun itu bukanlah cara yg baik untuk mengajar mereka yang telah jauh... mereka akan lari makin jauh jika tersalah langkah...


Teringat seorang teman yang tekad keluar dari bidang yang dia amat minati kerana dipaksa untuk tidak memakai tudung jika nak menari.. ana sangat terharu kerana teman ana tu sangat kuat mempertahankan tudung yang dia pakai.. malu pun ada. Even, dia nampak biasa dan cara penutupan aurat belum sempurna namun dia sgt sensitif apabila da orang mengarahkan dia menanggalkan tudung.. tu soal agama.. ana sangat2 kagum..


Astagfirullah.. Subhanallah.. T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...