
Jika Allah inginkan kebaikan pada diri kita, DIA akan menganugerahkan beberapa kesusahan.. Pilihlah syurga jangan memilih neraka.. ~S.A.B.A.R & SOLAT~
"Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi (face to face), maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai." -Imam Syafie
"Andai kamu penat melakukan kebaikan, ketahuilah sesungguhnya kepenatan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal dan jika kamu seronok melakukan kejahatan, ketahuilah bahawa keseronokan itu akan hilang dan kejahatan itu akan kekal"
~ muhasabah diri~
Tuesday, August 9, 2011
Susah payah

Tuesday, June 14, 2011
Kita berbeza
بسم الله الرحمن الرحيم
Terbaca…
Sebaris tulisan seorang kakak dalam sebuah laman maya yang sangat popular sekarang…
“Kita akan diuji oleh Allah swt dengan titik kelemahan kita. Maka berhati-hati. Apa khabar aku hari ini?”
Dan firman Allah pula…
“Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu, dan akan Kami uji perihal kamu” .
.Muhammad : 31.
Teringat kata-kata seorang teman..
“ Mungkin kelemahan kita itulah yang menjadikan kita semakin dekat dengan Allah”
Ya, benar-benar saya akui setiap bait kata-kata itu dan kini saya belajar untuk menghargai setiap apa yang diberi oleh Allah.
Keperitan yang diberi sebagai satu saluran untuk kita merintih dan merayu kepada yang Maha Esa kerana Allah tahu hati yang sebegitulah akan lebih lunak merintih ketika bertahajud di malam hari.
Setiap insan di muka bumi ini diuji oleh Allah dengan cara yang berbeza. Mungkin si dia ini terasa sempit dari segi harta, mungkin si dia itu sentiasa di uji kerana rupanya dan mungkin si dia tu pula sering menerima gelombang besar di hatinya..
“ Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar”.
.Al-Baqarah:155.
Namun, apa yang penting adalah cuba sentiasa bersangka baik dengan Allah.. dan yang paling penting hati ini perlu terus bersabar.
“dan akan Kami uji perihal kamu” ..
ia jelas menunjukkan bahawa Allah benar-benar mengetahui akan perihal tentang diri kita, dan yakinlah bahawa ujian itu diberi setimpal dengan kemampuan kita(rujuk Al-Baqarah ayat 286).
Dan yakinkan diri kita bahawa setiap apa yang diberi mengikut keperluan kita. Anggaplah ujian yang diberi sebagai satu acuan untuk membentuk seorang hamba yang soleh/solehah di muka bumi ini, walaupun air mata jadi peneman. Allah sentiasa ada sebagai sumber kekuatan.
Sabarlah..
Kerana apa??
kerana kita yakin syurga itu sangat manis, maka jalan yang perlu dilalui pastinya sangat pahit..
“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh Allah berserta orang-orang yang sabar”
.Al-Baqarah:153.
Pesan Allah lagi..
" Wahai orang- orang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu..."
. Ali Imran : 200.
dan apa yang saya tahu, keperitan itu walau nampak sama namun tetap tidak sama kerana 'kita berbeza'..
Wednesday, April 27, 2011
ia pergi...

Wednesday, April 20, 2011
"aku mencintai Allah kerana itu aku mencintai mu"
Alhamdulillah, masih diberikan nyawa untuk bertemu sekali lagi di laman maya ini. Mungkin sedikit bersawang teratak ini lantaran sudah lama tidak terisi. Bukan cuba menyendiri namun kekadang kelu untuk berkongsi. Huhu.. astagfirullah… sedihnya sifat ini..
Namun saat ini tiadalah barisan isi yang panjang untuk saya coretkan . Sekadar melepaskan kerinduan yang lama terpendam..
Jazakumullah kathira kepada kalian yang sudi berkunjung ke laman yang tak punya apa dan sekadar punyai sedikit usaha dalam mencintai illahi. insyaAllah..
……
“aku mencintai Allah kerana itu aku mencintaimu”
Satu ungkapan yang sering saya gunakan dalam beberapa minggu ini, tidak kira secara lisan mahupun tulisan.
Kerana..
Ia lahir dari hati yang satu ini..
Maafkan saya kerana tidak mampu untuk menyembunyikan apa yang bersemi di hati ini..
Maka saya luahkan agar hati-hati yang berhak memiliki dan fahaminya dapat merasai ..
Saya ingin luahkan sekali lagi.. mohon didengari..
“aku mencintai Allah kerana itu aku mencintaimu”
Huhu.. berlinangan si air mata, lantaran ia merasai seribu satu perasaan yang tak mampu saya luahkan kerana saya sendiri kadang-kadang sukar untuk mengerti dan hanya Allah yang lebih memahami. Terima kasih Allah.
…..
Maka…
Kerana cinta itu..
Mana mungkin saya mencintai yang tidak halal untuk dicintai..
Kerana cinta itu..
Mana mungkin saya mencintai perbuatan yang Allah murkai..
Dan ..
Kerana cinta itu saya akan sentiasa berusaha mencintai apa yang dapat meraih cinta-Nya..
Maka saya mohon kepada kalian yang ada di sisi agar terus mengingatkan diri ini untuk terus mencintai Illahi kerana hanya dengan cinta itu ‘aku mencintaimu’. Itu jaminan dariku..
InsyaAllah...
